Tuesday, January 13, 2026

gagal

Bila aku renung pd usia yg aku lewati dr apa yg aku ada, aku fikir aku dah putus asa dan tewas dlm perjuangan duniawi. Utk aku duduk dirumah yg selesa pun aku tidak mampu, hanya menumpang diruang bilik yg kecil. Masih menguatkan kudrat dgn bermotosikal sedangkan org lain seusia aku dah menaiktaraf dgn kenderaan yg selesa. Aku sndiri pun tidak mampu menjaga diri dan memberikan keselesaan yg mutlak apatah lg utk membahgiakan org lain. 

Aku terperangkap dlm dunia yg sempit diusia begini. Ye dah masuk 2026, tp tiada perubahan besar dlm hidup aku. Hanyalah sebuah kegagalan drps episod yg lepas. 
Lauk telur berlado, sambal tempe rm7.

hilang

Dah masuk kali ke 3 hilang barang, anehnya kali ini hilang didalam rumah. Helmet sgv biru elok aku letak atas box selama ini bila balik kerja tadi tiada ditempat biasa. Seperti biasa bila tanya pd rakan serumah jawapannya tidak tahu. Yg sgt menghairankan aku letak didalam rumah.

Kali pertama hilang helmet masa kerja kilang volvo masa tu baru beli helmet meroon ltd, aku letak sticker zildjian, balik kerja jer dah hilang. Aku beli dgn a.din kat kedai sparepart simpang 5 klang. Budak kilang jg yg rembat sbb motor parking dlm kilang. Aku lupa bgmana aku balik aritu.

Kali kedua helmet rt clone fiber. Hilang kena rembat dlm givi box. Bila aku turun je tgk box dah terbuka. Masa kejadian motor parking kat depan kaki lima opis. 

Part 2
Pg mcm biasa slps subuh aku gerak hantar eusuff ke sekolah, hari ni terlewat sikit bangun, walaupun syg dah kejutkan seawal jam 5am. Bila aku buka pagar aku nmpk motor lagenda dan ada helmet berwarna biru. Aku cuba intai visor namun tidak berapa jelas. Dalama kegelapan subuh aku tertanya2, dan sbnrnya mmg aku tidak percaya pun cerita iman. 

Slps selesai urusan ke sekolah, aku mmg bercadang ingin terus ke pejabat siapkan janji2 semalam utk kerja2 projek kuang. Aku baru sedar yg hard disk tertinggal dan terpaksa jg blik ke rumah, hati aku berdetik dan harap motor pagi tadi masih ada. Tepat tekaan aku dan mmg helmet biru tu aku punya, cuma sticker o dah dibuang. 

Aku kenal sosok india tu, mmg pernah berkunjung dan katanya kawan iman. Brader sebelah ni tanya kat india tu
"Siapa bagi topi, awat hang amik topi orang?_
"Iman yg bagi suruh pakai"

Saturday, January 10, 2026

mkn tghari

sbnrnya teringin sgt nak makan mee goreng tp bahan nak masak xde, kuali pun xde. Adala periuk elektrik kecik cukup utk masak maggi shj. Cadang td masuk giant nak berjimat2, amik kepak ayam 5 pcs, serbuk lada hitam, limau mandarin, perencah segera tomyam dan sambal ikan bilis, total rm41. Terlebih budget jadinya.

Bila aku buka rupanya botol tu kecik berbanding kotak, patutla cepat hbis. 

Wednesday, January 7, 2026

rezeki durian kkb

Kisah durian smlm, memula cdg nak cr buah langsat n manggis, dah fikir mn nak singgah, lps urusan kat majlis.

Mmg murah la durian rm6/kg, manggis n langsat rm5/kg

Masa beli langsat tu ada psgn suami isteri jg dtg singgah dia beli durian dan makan situ. Sy x fikir nak beli sbb naik motor kan susah, dan bila tanya penjual mrk xde bekas.

Entah camna brother tu offer sy rasa dgn sungguh2 , sy x dpt tolak. Mmg sedap dan rezeki sy dpt merasa seulas kucing tidur.

Sy fikir mmg kena cr bekas, kebetulan nmpk mrdiy..sy g solat dulu lps tu baru dtg blik singgah.

Suka makcik tu dia nmpk sy dtg bw bekas, gelak2 kami pasal sy bw bekas tu.

Makcik tu belanja sy 2 biji durian kecik makan kat sana. Syukur sgt dpt jumpa peniaga mcm ni.

Mereka x kaya dan bergaya dgn keta mewah, pakaian pun biasa2 tp akhlak mrk sgt terpuji, x perlula nak berjanggut berjubah berpurdah sgt pun. Berkongsi rezeki sbb mrk percaya rezeki itu akan jd lebih byk.

Thursday, January 1, 2026

mulakan hari dgn mendobi

Hari silih berganti begitu juga tahun, hari ini masuk ke tahun 2026, alhamdulillah dgn nikmat yg allah berikan. Aku mengharapkan kesihatan yg baik2, emosi yg baik2 dan hubungan yg baik2 dgn manusia. 

Tiada ucapan2 drpd org yg aku harapkan, cuma ada 2 org rakan sekolah zuheer dan dan drpd saravanan. 

Search This Blog