
Syabas kepada pasukan Kelantan yg berjaya juga menundukkan pasukan Negeri Sembilan walaupun ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan penalti Shahurain. Namun gol cantik menerusi tandukan Hairuddin Omar berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua sebelum larian solo Badru Razi mengesahkan kemenangan pasukan Kelantan.
