Wednesday, December 31, 2025
tahun yg ditinggalkan
Pagi td aku terlepas bangun awal, 2x ada missed call. Sedar sahaja dah jam 615am. Pkul 1am aku dikejutkan dgn panggilan drpd penyewa sebelah. Tidur aku terganggu ditengah aku lena, aku sangkakan sudah jam 5am rupanya bukan. Bila aku turun, aku dapati pintu tidakpun diselak. Badan aku masih penat. Hujan semalam petang aku redahkan demi rutin petang untuk menjemput yg disayang.
Anehnya aku disalahkan. Aku diam, hanya mampu berkata maaf. Dan aku juga rasa kesudahannya aku hanya sendiri dihujung tahun ini.
Wednesday, December 17, 2025
Sunday, December 14, 2025
ucu masuk hospital lg
Paru2 ucu dah semakin mengeras, bahaya jika ditidurkan.
Kami dah siap2 mlm tu nak bw abah g hospital, abah kata nanti dia boleh tahan, suruh letak minyak kat dada.
Dah tgh malam baru kami hantar ke hospital sbb nafas abah dah berbunyi kuat.
Kebun dah bersih dan berbuah. Sebelum tu singgah makan tghari di sabak.
musang king
Makan ditepi pantai, angin sepoi2 bahasa.
Katanya musim durian sampai hari raya. Kedai pun dah berkemas2, bakul2 durian diluar dibawa masuk ke dalam kedai. Aku belek2 cari bentuk yg bulat. Dulu musang king hanya mampu tengok. Skrg rm16/kg sekurangnya dpt juga merasa.
Subscribe to:
Comments (Atom)