Saturday, January 16, 2010

My fish

Memang aku menjangkakan sesuatu yang pelik terjadi pada ikan merah peliharaanku. Mlm semlm aku lihat dia agak lemah dan hanya duduk menyendiri dibwh lindungan pokok plastik. Pabila ku berikan makananan dia melonjak naik ke atas namun tidak stabil seperti selalu, badannya agak mengiring ketepi. Malam ini, pulangnya dari Jeram ku lihat ikan merah ku sudah terkapar kaku di dasar akuarium. Sad but true..

Saturday, January 9, 2010

Piala Sumbangsih

Liga Super memulakan tirai 2010 dengan pertemuan tumpuan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan selaku juara Piala Malaysia dengan Selangor selaku juara liga tahun 2009.

Pada separuh masa Negeri Sembilan mendahului melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti dan ditanduk masuk oleh Idris Karim menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol Selangor. Selangor yang menurunkan pemain-pemain baru antaranya Faderin Kadir, Liew Kit Kong, Safiq Rahim dan Assaruddin Putra. Namun gerakan-gerakan kurang bertenaga dan dua percubaan dari luar kotak penalti melalui Faderin berjaya digagalkan oleh penjaga gol lawan.

Lewat separuh masa kedua, Selangor membawa masuk R.Surendran dan Amirul Hadi. Ternyata membawa kesan terutama kepada bahagian midfield dimana Amri bertindak selaku midfield dan Safee berganding bersama-sama R.Surendran.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan melalui gerakan menarik R.Surendran menewaskan 2 pemain pertahanan sebelum melorongkan bola kepada Safee dan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan. Selepas itu, hasil gerakan menarik R.Surendran mengarahkan bola kpd Safee dan membuat hantaran silang dan disempurnakan dengan cantik oleh R.Surendran untuk gol kemenangan Selangor.

Wednesday, January 6, 2010

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama

Nur Aisyah memulakan persekolahannya hari ini.

Sunday, January 3, 2010

Tahun Baru

Secara sedar ataupun tidak blog ini telah melalui beberapa peristiwa dan sejarahnya yang telah tercatit. Begitu mudah menoleh semula meninjau ke masa silam hanya sekadar klik pada arkib blog untuk mengetahui dan mengingatkan kembali kenangan dan peristiwa yang pernah dilalui tetapi telah ditinggalkan menjadi kenangan.

Harapan begitu banyak menggunung dan tersimpan dalam angan-angan yang senantiasa menghantui perjalanan hidup. Semuanya tertumpu bagaimana untuk meningkatkan ekonomi, akal senantiasa berpusing-pusing memerah otak yang kadangkala menjadi lembab dan lemah kerana masih buntu mencari jawapan. Sedangkan masa senantiasa berdetik kehadapan bersama-sama dengan angan-angan yang masih terawang-awang.

Arah tujuan kadangkala berubah tidak konsisten terbawa-bawa senario semasa dan keadaan ekonomi yang semakin memberi tekanan jiwa dan perasaan. Satu ketika kononnya mencari ilmu untuk menjadi yang terbaik dan belajar tetapi sampai bila, sedangkan ilmu kekayaan dunia masih tersimpan jauh didalam angan-angan.

Hijrah datang disusuli tahun masihi, bagaikan begitu mudah masa yang berlalu tanpa sebarang pergerakan didunia yang nyata. Masih seperti arkib dahulu tidak berubah, sedangkan yang dikejar semakin jauh tetapi bebanan dan tekanan lain pula semakin menghimpit. Dunia dikejar, dibelakang pula dunia lain seiring bahkan tanda-tanda putih mulai melata memadami kehitaman perhiasan dikepala.

Friday, January 1, 2010

2010

WELCOME 2010....

Search This Blog