Monday, October 24, 2011

TIM HONDA CAFE RACER





Thursday, October 20, 2011

Tuesday, October 11, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda....

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Thursday, October 6, 2011

seruan HAJI


Akhirnya hasrat mak abah untuk menunaikan haji tercapai selepas mendapat kelulusan Tabung Haji. Pada 7 Oktober ini mereka akan berangkat. Semoga hajat dan amalan ibadah yang bakal dikerjakan disana mendapat keberkatan dan pastinya haji mabrur. AMIN

Monday, October 3, 2011

keikhlasan datang dari jiwa yang luhur

Bilamana kita dalam keadaan yg stress dan marah. Kita dapat menilai keikhlasan seseorang itu. JIka setiap kali masalah menyelubungi dan perkara yang sama berulang bermakna ada yang tidak kena pada jiwa kita.

Keikhlasan bukan perkara yang boleh dipermainkan. Provokasi yang berlebihan seterusnya membawa kepada suasana tegang. Disinilah kita dapat menilai dan melihat sejauh mana keikhlasan sesuatu hubungan. Ke arah mana amarah itu dilepaskan. Kadangkala isu ataupun masalah itu hanya sedikit tapi cara melepaskan amarah itu melampaui batas. Termasuk bersifat biadap kepada pasangan bahkan provokasi untuk mendatangkan kebencian dan dendam.

Lama kelamaan kasih sayang yang pernah wujud kukuh itu tersisih sedikit demi sedikit kerana kata-kata yang sering melampaui batas dan peribadi yang tidak konsisten.

Berfikir secara waras itu dan bagaimana kita dididik itu juga sebenarnya mencerminkan apa yang bakal kita lakukakn. Jika keluarga dan persekitaran kita dalam suasana yang baik dan aman sedikit sebanyak akan mempengaruhi kata-kata kita bila berdepan dengan situasi. Manakala sebaliknya jika dilahirkan didalam keruntuhan dan permasaelahan rumah tangga dan masalah sosial,hubungan kita dengan orang lain juga turut terbias dengan norma-norma dan nilai buruk yang telah sebati dalam diri seseorang.

Jadi keikhlasan itu bukan sekadar datang dari hati yang luhur tapi dengan kekuatan diri dan sejauh mana kita mahukan dan sayangkan seseorang itu.

INI PERKARA BESAR DAN BUKAN MAINAN, KERANA INILAH MASA DEPAN

Thursday, September 29, 2011

berlalu pergi

ramadhan berlalu memberi laluan untuk syawal. Hari Raya Aidilfitri 2011 muncul dengan pelbagai gaya dan ragam. Syukur alhamdulillah Allah melimpahkan rezeki yg melimpah ruah. Aku berharap aku tidak tamak dan senantiasa beringat dan pemurah. Aku tahu harta itu hanya pinjaman semata.

Wednesday, September 7, 2011

Ray Ban 1944


The Ray-Ban Aviator became a well-known style of sunglasses when General Douglas MacArthur landed on the beach in the Philippines in World War II, and photographers snapped several pictures of him wearing them

Search This Blog