Friday, June 9, 2017

circle of friends



Ada perkara lalu yg hanya kita boleh gambarkan dan rasakan kenangan tersebut. Antaranya dengan lagu yg akan merentas semula ke masa lalu yg kita tinggalkan. Secara naturalnya bagaikan filem2 lama yg dicuci keluar gambaran2 lalu yg pernah dilalui.

1994....tahun akhir di alam sekolah tentu byk perkara2 yg diluar akal kita pernah lakukan...semangat kekawanan begitu tinggi , segala2nya semua berkisahkan sahabat2 yg bersama2 menempuh suka duka.

kisah org felda



Friday, May 19, 2017

gerimis

Seorang lagi ikon grunge menggantungkan dirinya....tentu terkesan dengan lirik lagunya be yourself. Now grunge is dead. Hujan lebat dijumaat indah ini menyejukkan kepanasan suhu dipermukaan. Rintik2 hujan begitu indah dihayati, 'Maggi masih belum kembang sepenuhnya". Memang menjadi kegemaranku membiarkan maggi benar2 kembang sebelum dijamah.

'hmm....'

Mr.Box masih belum menjelaskan bayaran jualan yang lalu. Kegusaran bermain2 dalam menyusun startegi. Cukuplah dengan youcube yang masih lagi bermain tekateki, menjanjikan kata2 manis.

Ramadhan tiba lagi dibumi darussalam untuk kali ke 2.....




Monday, April 10, 2017

menjangkau ke satu angka 1, 2, 3 and 4

Gadget-gadget menjadikan kita semakin malas, terlalu byk jalan pintas bg memudahkan cara, secara tidak langsung terkesan sedikit untuk meluangkan masa mengadap skrin dan menekan2 semula bait2 huruf untuk menjadikan satu perenggan cerita.

Walaupun banyak perkara yg telah berlalu dan berlaku, tertangguh juga sudahnya dan lama kelamaan memori yg membuak2 utk menulis itu terpadam beransur2. Ada satu ketika apabila jemari ini mula menulis seakan apa yg dimuntahkan drpd akal terlalu laju untuk ditukar kepada tenaga kinetik jari2 yg menekan dan mencari huruf2 di papan kekunci.

Ada lontaran itu diterjemahkan dilaman sosial lain sekadar utk memberi ingatan ada sesuatu yg penting telah berlaku dan perlu diambil perhatian dan pengajaran.

Januari....bermula sebagai tahun yg baru bersama2 dgn sebuah perjalanan baru sebagai manusia yg telah ditumbuhi uban2 dikepala. Perjalanan juga menuju ke alam akhiran yg selalu dikatakan inilah titik persinggahan kematangan seorg manusia dimuka bumi. 

Seterusnya dengan usia yg xkan berkurang, begitu juga manusia2 disekeliling, kita selalu lupa pintu masa itu sebenarnya hampir dan akan terputus bila2 masa. Kesihatan yg juga bukan boleh di overhaul sbgmna engine kereta yg telah usang, jantung yg boleh ditukar ganti drpada brg2 terpakai jdm. 

Perjalanan mengawal emosi dan kesabaran itulah perjuangan sebenar. Bgmana manusia yg matang bisa mengawal emosinya bila terganggu dan amarahnya itu disabarkan dengan baik. Pengalaman yg membezakan. Persaingan keduniaan mmg hancur dibuatnya segala ciri2 baik kemanusian, menjadikan ketamakan dunia sbg asas dan dasar kejayaan seseorang. Angka disini juga memperlihatkan dimana nilai manusia itu dr segi dokumen2 diri yg perlu ditulis setiap kasta2 dunia dipangkal2 nama untuk diberitahu sahabat2 dan manusia lain dia telah berubah.

Kehilangan seseorg yg kita kenali mulai terasa, apabila izrail menghampiri sahabat2 yg ada disekeliling kita. Airmata yg tumpah itu pun sekadar meluahkan seketika tetapi yg pergi tetap pergi bersama2 dgn kenangan. sahabatku sesungguhnya mmg aku rindukan kamu, tetapi ini pengakhiran sebuah kerinduan dan pertalian sahabat yg pasti kita tidak perlu untuk menyesalnya. Perbaiki diri dan hargai sahabat yg ada dan masih ada...

Aku hadiahkan surah Alfatihah utk sahabat, saudara yg telah pergi...semoga mereka ditempatkan dalam org yg ada iman dihati mereka. Ampunilah dosa2 mereka. Amin

Friday, November 4, 2016

Tuesday, September 6, 2016

hijrah

sesuatu yang sukar sebenarnya untuk aku membuat keputusan, walaupun aku tahu pilihan yang ada hanyalah satu. Kerjaya yg aku bina 15 tahun jatuh bangun bersama2 teman2 yg silih berganti, hakikatnya byk perkara yg aku pelajari. Bila aku renung semacam satu fasa baru dalam kehidupan menjejaki kategori sisa hidup yg dikatakan kematangan seorg manusia. Dimana pada ketika itu jugala nabi dilantik menjadi rasul.

Aku harapkan sesuatu yg dpt aku sumbangkan kpd teman2, sedarah sedaging, saudara muslim yg memerlukan. Cengkaman kuku pemerintah yg mementingkan keuntungan juga meninggalkan kesan, terutama cukai2 tambahan yg tidak pernah terlintas satu hari nanti kita perlu tanggung.

##Interlud##

Cik kena bayar tau.....
Aku terdiam memikirkan kata2 pegawai imigresen itu tadi. Secara langsung pelbagai imiginasi bermain2 di dalam fikiran, 'Esok??'....Esok bagaimana?...aku masih termenung.

'Minta tolong semakkan nama kat website.'
Hati aku berdebar , cemas dan tiada perasaan. Kekusutan ku kian  beselirat apabila status mengesahkan yg aku perlu rujuk ke pejabat imigresen berhampiran.

Penat mendaki tangga sehingga aras 6 masih terasa. Lift rosak katanya.

'Esok nak kena g UTC' aku beritahu.
'Kena selesaikan sbb takut x boleh keluar dari miri'






Tuesday, March 15, 2016

perginya permata..alfatihah



"Wak yem baru call..kebumi lps asar"
Kuletak semula hp sambil merenung jam didashboard...pukul 430pm. Aku menekan pedal minyak memastikan halaju pada yg sepatutnya, masih dalam had yg dibenarkan.

Awan mendung, mmg hujan tadi sebentar diwaktu tengahari. selepas cuaca panas katanya kesan gerhana matahari. Syukur sejuk seketika bumi dibasahi hujan, namun pada ketika ini aku fokus dengan pemanduan dan berdoa agar aku selamat sampai sebelum solat jenazah.

##Jam 300pm##
Ada panggilan masuk..aku seakan kenal no tersebut namun disebabkan tiada tertera nama aku ragu2....namun aku jawab.
"Wak saliyem meninggal baru je tadi..."
"Wak saliyem??"aku tiba2 buntu dan teragak2 siapa gerangan.
"Wak Yem....wak saliyem" tambah mak.
"Innalillah...."aku terdiam dan memandang2 awan.

Search This Blog