pelbagai emosi dan peristiwa terakam sepanjang bulan ini. Yg pentingnya apabila eusuf dimasukkan ke wad kerana menjalani pembedahan pembuangan jangkitan kuman seakan bisul dilehernya. Alhamdulillah termasuk di dalam tanggungan insurans, jika tidak memang banyak wang yg perlu dihanguskan. memang eusuf tidak pernah mendatangkan masalah apatah lagi masuk ke wad kerana sakit, syukur sgt dgn kesihatan yg telah allah kurniakan. Rezeki yg kunjung juga benar2 tidak disangka dlm masa yg sama aku mengenal antara seorg majikan yg betul ikhlas ingin membantu dan seorg lagi majikan yg hanya berwatak baik. itulah dunia.
Semga ada sinarnya...
Wednesday, July 29, 2020
Tuesday, June 9, 2020
Hate is reality
"Assalamualaikum.. Maaf banyak2 tlebih dahulu Dan Selamat Hari Raya.. Saya bukan Nak bsikap kurang ajar ngan abg.. Tapi saya Dah xboleh Nak simpan.. Sumpah saya cakap, Saya layan anak2 abg mcm Anak Saya.. Tapi kalau Anak abg sendiri dah bgtau dekat isteri saya Apa yg abah Dia cakap Saya rasa tkilan.. Kecewa,marah dan mcm2.. Saya sendiri xpenah Nak cakap isteri abg yg bukan2.. Abg jugak cakap, biar Saya Bawa family Saya.. Tapi sebaliknya yg jadi.. Cukup2 la tu.. Maaf kan saya kalau Saya tkasar bahasa"
Masih menjadi misteri dan pertanyaan, walaupun pd awalnya aku tidak terlalu rasa utk berfikir secara dalam dan hanya membiarkan bagaikan angin yg berlalu.
Catatan syawwal 1441h
Wednesday, May 27, 2020
syawal 1441H
Aku kerap bermimpi buruk, aku juga kerap bermimpikan mereka yg telah pergi. Aku kerap berfikir dan membayangkan sesuatu yg lepas begitu jg perkara yg bakal aku tempuhi. PKPB norma baru membuatkan seluruh kehidupan rutin harian jg turut bertukar. Semakin berhati2, adakalanya aku hanya menyerahkan shj dan menempuh shj laluan.
Aku sgt terganggu dgn kerja yg melibatkan Prestige terutama drpd seorg ini, mungkin kerana terpalit dgn sikap dan bangsanya yg buatkan aku jd mudah terusik dan beremosi.
Susah utk kembali normal. semuanya ada pro dan kontra. Kesilapan yg lalu mmg sudahpun terpalit hitam, aku berfikir bgmna utk aku corakkan semula masa hadapan ku ini. Kerjaya dan ekonomi aku jg sgt terkesan dan tertukarnya kerajaan TSMY turut mengubah hala tuju aku dgn kerjaya yg ada skrg. SS pula kerap meluahkan utk menutup operasi, sedangkan masih ada saki projek yg perlu aku selesaikan.
Diam jg bukanlah yg terbaik terutama sekali utk yg berada disekeliling.
Terlalu byk sbnrnya aku nak tulis disini, cuma belum ada kesempatan yg sesuai, ini pun aku cuba tp tersekat ilhamku kerana byk sgt luahan yg tersimpan. semuanya jd kecamuk dan bercampur.
Aku doa hr2 agar ada sinar dan jln yg dibukakan.
Wednesday, March 25, 2020
coronavirus
Hari ini sudah 17kematian, masih belum ada penawar. Aku pula sedang berperang dgn emosi yg aku juga tidak tahu bila akan ada jalan keluarnya. Kebencian juga satu penyakit, akal yg waras pun akan berubah bila ada sifat benci. Adakah nyawa itu sbg taruhan utk jalan keluar. Habis nyawa maka tamatlah sebuah riwayat seorang hamba allah dimuka dunia. Aku pernah terlintaskan begitu. Adakah itu yg terbaik. Rupanya harta sebaiknya didunia ini pada saat ini ialah syg kita pada siapa. Itu yg aku rasa. Tp bila ada syg ianya juga bgkan covid19 satu lingkaran yg tidak dpt dilihat dengan mata, akan merebak dgn pantas dan ada yg akan terkesan.
Sebaik2 harta ialah keluarga kerana itu penyambung sebuah legasi. Aku tau pada saat ini generasi kedua aku mnjadi pertaruhan sebuah organisasi. Organisasi yg pada asalnya kacau bilau kerana urusan terdahulu. Silapnya aku mencabar diri mnjadi sebhgn organiasi itu, akhirnya aku tewas dipertengahan dan aku menjadi org yg dibenci. Bukan itu lemahnya aku utk sampai mempertaruhkan nyawa. Benci juga penyakit. Ubatnya bukan ada vaksin.
Mungkin ada rahmatnya lockdown ini, aku melihat kejujuran dan sebuah kesabaran, aku masih disini kerap bermimpi mereka yg telah pergi. Kepala aku juga sejak akhir2 ini kerap pening dan sakit. Ye aku menuju hujung dan meneruskan sedikit peluang yg masih wujud.
Sehingga kita bertemu dan ada penawarnya segala wabak yg sedang aku hadapi ini.
Tuesday, February 18, 2020
hujan ditempat kerja
Bila hujan kerja jd tertangguh, aku sekadar duduk di dalam kabin, pagi td sempat juga aku singgah menghantar dokumen ke jkr. Aku terus menyiapkan diri memakai baju hujan kerana langit mmg gelap. Waktu2 begini pun sempat juga jpj membuat roadblock.
Jujur kepala aku terasa sgt sakit berdenyut2, terutama asap rokok yg berkepul2 di dalam kabin, hj mmg perokok tegar, dia kata sudah 3 kali membuat operation jantung. Rokok senantiasa ada dijarinya terutama bila mula bekerja.
Hari ini dikejutkan juga dgn pemergian ashraf sinclar. Kami pernah sama2 di arau. Dia mmg low profile walaupun ketika itu namanya menjadi sebutan kerana iklan levis dan iklan kasut gombaknya.
Aku rasa tidak berapa sihat, terasa tekak seperti ingin batuk. Mataku pula sekarang kerap diserang perasaan mengantuk. Entahla aku seperti bosan dan letih dgn semua.
Wallahualam
Wednesday, January 1, 2020
welcome 2020
Kita tinggalkan semalam yang hitam kerana terlalu byk yg mengguris jiwa hati ini. Memandang hadapan penuh harapan untuk sebuah maruah dan sebuah kehidupan
Saturday, December 7, 2019
buruk dimata hitam dihati
Sesungguhnya hati aku ini terlalu byk perkara yg terpendam dan akhirnya menjadi dendam kesumat, aku benci bila perkara ini sering berlaku dgn penuh emosi, aku cuba mnajdi seorg yg sabar cuba berdiam utk menahan emosi, tp manakn org faham. Ye semuanya jd buruk dimata. Sukar utk aku putihkan hati ini, hilangkan dendam n benci. Maafkn aku allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)