Wednesday, April 10, 2024

beza manusia ada hati

#gambar diatas adalah ketupat dan bawang yg aku belikan utk hari raya tp sombongnya manusia utk tidak bersyukur. Mungkin duit bagi dia itu mudahnya bgkan gugurnya dedaunan kering dan dikutip. Biarlah dunia menghukumnya atas manusia yg tidak bersyukur. Hakikatnya bukan baru semalam rupanya sudah 20tahun. Segalanya utk dia adalah duit dan harta. 

Hati manusia itu boleh jadi sebusuknya drpd haiwan yg tiada hati dan perasaan. Asasnya dan lojik manusia yg normal dan waras tidak akan melakukan perkara yg menyakiti manusia lain.

Hatinya walaupun sudah bergelar hajjah lebih busuk dan hitam, lojiknya kenapa perlu meletakkan baju bersih yg baru shj dibasuh diatas lantai, lojiknya kenapa perlu sibuk mengambil baju yg cantik kemas disidai dan digantung tinggi pula lalu diturunkan utk diletak di atas lantai.

Aku doakan semoga hidupnya tidak akan tenang. Biarlah kekayaaan dan duitnya itu melimpah ruah tetapi bukan atas keberkatan. Dendam dan benci itu bukan dtg sehari dan semalaman, tp ini adalah keluhan sebuah kenyataan dan emosi apabila kesabaran hati ini sejak 20tahun yg lalu seringkali di curahkan api yg menyala2. 

Peristiwa di satu hari raya, alasannya utk ke kubur, sehingga petang masih bertuala. Janji begitu senang ditaburi utk menipu anak2 yg merentap teruja mereka utk beraya. 

Ye adakah hari raya suatu peristiwa yg aku nantikan, jawapannya tidak kerana berhati2 dgn drama drpd seorg perempuan. Alasan2 utk merencatkan keharomonian satu hari dalam setahun. 

Tuesday, April 9, 2024

terima kasih

Terima kasih atas rezeki
Amin 

Monday, April 8, 2024

cuti dan kerja

Hakikaktnya ramai yg tidak apakah pekerjaan sebenar aku. Soalan yg biasa aku terima " cuti brp hari?"  , " esok keje ?".

Aku juga sukar utk terangkan peranan dan apa yg sbnrnya. Agaknya bekerja itu perlu ada masa yg khusus dan tempat yg khusus dimana kita akan mengulang rutin yang sama setiap hari.



Thursday, April 4, 2024

berbuka luar

Hari ini aisy pun tiada dirumah, dia keluar berbuka dgn kawan sekolah. Katanya ke trx, kelmarin dia berbuka dimasjid. Aku tidak salahkan dia, biarlah dia gembira dan tidak tertekan dengan aura negatif yg ada dirumah.

Hari ini aku bersendiri hanya ditemani laptop menunggu azan maghrib disaluran rtm klik. 

Bila kita hanya duduk serumah tetapi bukan hidup serumah. Ada masanya ada perasaan meluat yg teramat. Tawar serba serbi apatah lagi untuk bertegur sapa. 

Bgmn dia melayan arwah along begitula skrg yg aku terima. 

Siap jg td laporan utk projek melaka, esok pagi aku perlu ke courier servis. Harap adalah rezeki sedikit menjelang aidilfitr.

Search This Blog