Saturday, October 3, 2015

dulu dan skrg























Tuesday, September 29, 2015

Fana



Bulan September merupakan bulan yg penuh diselubungi pelbagai peristiwa. Dalam masa yg sama, Hari raya Aidiladha menjelma. Itupun disulami kisah duka dimana jemaah haji yang menjadi mangsa kren runtuh dan menjelang hari wukuf, jemaah haji terkorban lagi kerana bersesak di Mina. Ramai yang lemas akibat rempuhan.

Dan dipagi aidiladha kehilangan seorang lagi insan yang pernah muncul dalam perjalanan hidupku, bapa Azmi ; telah kembali kerahmatullah. Pagi semasa aku menerima makluman, aku baru pulang dari solat aidiladha. Kebetulan pula hp bimbit  sengaja ku tinggalkan kerana sedang dicas. Hatiku begitu membuak2 untuk menziarahi dan jika ada kesempatan utk sm2 memberi perhormatan terakhir dgn menyempurnakan solat jenazah. Alfatihah untuk arwah abu samah yasin.



Hari selasa itu aku pulang agak lewat. Mata ku masih memandang pc sambil jemari ku menekan code2 drafting. Esok aku kena mengadap 2 meeting pagi dan petang. Walaupun hati ini bagai dicabar dengan kesabaran. Aku kecewa dengan boss yg langsung  tidak peduli. Jam dah 9mlm....aku pun segera bersiap utk pulang.

Aku menghidupkan motor dan seperti biasa belum pun sempat panas engine segera ku pulas minyak, sampai disimpang hadapan HLA, aku terdengar bunyi motor yg menderu laju datang dari arah kananku, segera aku memberhentikan motorku.

Kabommm!!!

Sekelipmata, aku sudah terbaring diatas jalanraya. Fikiranku masih diawangan. Ku lihat motor honda wave biru tersadai ditepi.

"Kau nak pergi mana?...kau nak mampos ke?" memang aku marah. Rupanya remaja india yg melanggar ku. Sekelip mata aku didatangi oleh pengawal HLA, pemandu kereta Proton.
"Bang telefon jer Polis".
"Biar bagi sikit pengajaran"
" Saya nampak abg tadi berhenti kat tepi..motor tu laju dan langgar abang...bila sy nmpk abg terbaring x bangun...sy terus lari nak tengok"

"Alhamdulillah, sy xde apa2...mujur dia langgar tayar sy, sbb sy perasan dia tadi" Aku lihat pemijak kaki hadapan terkulai patah. Mudguard tayar hdpn juga pecah kesan rempuhan tadi. Motor yg melanggarku bengkok fox hdpn, cover hdpn hancur....yg pasti esok aku ada meeting dan spt biasa tiada yg peduli.















Tuesday, September 15, 2015

jerebu dan kehilangan



Sakit terasa tekakku, bukan kabus yg kuredah tapi asap jerebu. Kasihan Aisyah yang terpaksa juga menelan asap jerebu.

alfatihah utk wak din...

Wednesday, August 26, 2015

air mata air di sg lanjan

Airnya begitu jernih. Tenang dalam kadar halaju yang seragam. Jika dilihat dengan mata kasar suci tapi masih ada keraguan boleh ke ku sentuh sekadar untuk membasuh muka yang berpeluh. Jika allah izinkan mmg bakal merobah banyak episod yg lalu yg menjadi rutin harian. Ujiannya?? Aku harap aku mampu.

Jujur bila ku pendam semakin meluak2 bgkan mata air tadi melawan ftrah yg kutahan. Jika sudah sembelit bakal menyesal tidak sudah. Jauh pandangku melihat lebuhraya LDP di Tol akhir sebelum menghala ke sungai buloh. Kubayangkan nanti blok konkrit tiba2 berada ditepi laluan itu tadi.

Tenang sungguh. Bunyi serangga. Adalagi rupanya sisi kotaraya yg menawarkan sunyi begini. Tapi bila hati manusia itu sunyi bakal menggegarkan episod duka berpanjangan.

"yang penting rasanya reserve jalan 66 kaki" balas nasir.
"InsyaAllah aku nak jumpa kau nanti dan bawa pelan untuk kita bincang".

Jika ada manusia yg boleh menterjemahkan bayangan ddlm kpl ke 3D tentu menarik.
Begitu juga hati....adake>?

Tuesday, August 11, 2015

hujan malam

Kereta bergerak sgt perlahan, kiri kanan depan belakang dipenuhi kenderaan. Hujan masih deras, mujur aku baru menggantikan wiper baru. Alhamdulillah jika apa yg dibincangkan dengan IM td dipermudahkan dan diberi keizinan oleh Allah, bakal menjanjikan sesuatu khabar yg baik.

'Prof standby, lepas dapat SI report dan survey drawing kita jumpa....InsyaAllah doakan semoga berjaya".
Awal aku maklumkan agar Prof diberitahu khabar gembira ini juga pada dia.
"hmm..hujan lagi"
Aku tiada pilihan selain menempuh hujan dan dijangka kesesakan luar biasa sepanjang jalan.

Fuhh..4 jam memandu dalam kereta.Perut pun dah masuk angin, entah selera apa yg bisa mengubati keroncong perut ni....

Disuatu sudut aku hanya melihat, bau mee dan daging hirisan ku tadi  mencuri masuk ke hidung.....Ya Allah berikan aku nikmat org yg bersabar.

Aku berlindung dr syaitan....allahuakbar....tiss tisss tissss

Wednesday, July 29, 2015

tiada lagi kidung MU

Ada miss call dr abah?...pelik diwaktu begini. Waktu yg ketika hampir azan mahgrib yg sepatutnya abah dah bersiap nak ke surau.

'wak siran meninggal baru jer tadi kat hospital tanjung karang'
'Innalillah....'

Seterusnya aku terdiam, secara langsung terbayang wajahnya yg tenang, manis dan seorg yg sungguh berhati mulia. Seakan baru kami makan malam bersama2, sbgmana lazimnya setiap tahun hari raya pasti kami akan menziarahi rumahnya dan akan dijamu dan makan beramai2.

Ketika arwah nenek meninggal, aku ingat lagi..pada ketika itu aku beraya kerumahnya dengan bermotosikal dgn adikku. Baru lepas SPM dan dah ada lesen motor berkobar2 nak beraya sendiri dgn bermotosikal. Tahun itu arwah nenek jatuh dan kakinya bengkak. Sampai shj diperkarangan rumah....
'zi wak nak bgtau, nenek dah meninggal'......

innalillah...

tiada lagi kidungmu...aku doakan semoga insan istimewa seperti wak ditempatkan dikalangan org beriman.
amin

Search This Blog