Tuesday, February 22, 2022

ikan senangin

 Hari ini ada meeting diluar jangka, sepatutnya tiada dalam perancangan asal. Aku dah beriya membuat temujanji dgn Marzuki utk menyiapkan dokumen submission banglo shahabuddin. Mujurla venue hanya di seri putra, berhampiran dalam lingkungan untuk urusan aku pagi ini. Pagi2 Roshada sudah mengingatkan aku melalui ws agar menyegerakan Laporan Rekabentuk, Alhamdulillah siap aku akhirnya.

Friday, January 28, 2022

viral itu bukan sedap?



Seingat aku peri-peri itu ada di dalam menu nandos, cuma ini versi melayu yang aku rasa seolah sambal belacan yang tidak ada belacan dan masam. Memang untuk dibandingkan dengan rasa Nandos itu aku pun tidak pasti adakah boleh dikelaskan dalam rasa yang sama.

Dikatakan hidangan itu disertakan dengan nasi arab yang lembik , beras melekat tidak berderai dan jujur apa yang aku rasa lebih pada rasa nasi tomato. Kadar bakaran pada ayam juga memang menepati pembakaran 50-60% langsung daging ayam itu tidaklah juicy bahkan masak begitu sempurna (hilang juicy). Dengan aksesori tambahan mentimun dan buah karot potong2 yang boleh dibilang2 tentu kegemaran pada mereka yang tidak sukakan sayuran.

Memang sesuai nasi itu untuk dikepal2 dan ditelan kerana kadar juicynya boleh terus dijadikan nasi impit dan dibungkus dengan daun pisang dan ditutup dengan penutup periuk agar nasi benar2 terhimpit.

Inilah yang pertama dan terakhir. Bukan untuk aku.

Monday, January 10, 2022

dulu


Ralat benar apa yg aku rasa, kekesalan bgkan tiada ubatnya. 3 hrai yg lepas aku memegang buku tampalan gambar2 arena bolasepak yg aku kumpulkan dengan memotong keratan dr akhbar dan majalah sebagai koleksi peribadi. Ada banyak gamabr2 lama yg tiada dalam simpanan digital sebenarnya.

Alasannya dia tidak sengaja kerana menyangka sampah.

Keji dan hina. 

"Aku x mungkin sesekali dapat memaafkan dan melupakan"


Wednesday, January 5, 2022

coretan awal tahun 2022

Sebaik-baik terapi untuk aku adalah menulis, cuma jemari ini selalu malas untuk bergerak dan mencurahkan apa yang sedang aku fikirkan pd suatu masa. Sebenarnya kemalasan itu adalah penyakit, kerana kita akan menangguhkan urusan , impian dan tindakan kita. Terlalu byk berfikir juga tidak baik untuk kita membuat perubahan. Masih di takuk lama. Tiada apa yg ingin aku banggakan semuanya malar dan lambat untuk membuat perubahan.

Kelmarin aku mengambil peluang balik ke Klang selepas banjir reda. Sebenarnya aku ada temujanji dgn AIS diwaktu pagi namun ditangguhkan ke sebelah petang. Jadi aku menukar perancangan dgn membuat temujanji dgn IWK Selangor. Cuaca pagi itu juga masih mendung, hujan tidak turun tetapi agakan aku pastinya hujan mungkin akan turun di sebelah petangnya.

Ahad lepas juga adik2 meraikan hari kelahiran mak, aku tidak dapat hadir sama. Memang perasaan itu sedih dan penuh dengan emosi namun aku hanya mendiamkan diri dan berfikir mungkin ada cara lain untuk aku meraikan mak juga. 

"Saya dah sampai" aku maklumkan pd planner.

Ketika dipintu aku mendapati ada makluman yg pejabat masih belum beroperasi, namun selepas mendapatkan pengesahan pejabat baru shj beroperasi kesan banjir. Patutla aku melihat di suatu sudut longgokan fail.




"saya minta maaf ye'
"Serba salah pula saya" 
Mungkin tiada rezeki kami untuk berjumpa dengan En Zakariah, sy minta planner buat temujanji lain.

Aku ada masa sedikit sebelum temujanji sebelah petang jam 3.30pm. Aku berfikir eloklah aku singgah sebentar ke rumah mak. Kepala aku terus mencari idea apa agaknya makanan yg aku nak bawa nanti. Idea aku terus ke Rantau Panjang dan cuba cari2 apa yang boleh aku bawa nanti.

Sampai di rantau panjang, aku ambil keputusan untuk membungkus nasi kukus dan belikan sedikit buah. Mak puasa rupanya, itupun selepas aku bertanyakan adik perempuan aku apa yang dia nak kirimkan.

"Xpela mak puasa, niat aku nak menziarah mak dan nak ucapkan selamat hari kelahiran"

Kebetulan aku sampai , adik perempuan aku pun juga baru pulang dari kerja. Alhamdulillah rumah pun dah kelihatan lebih baik daripada kesan banjir. Bilik utama kesemua perabot ; almari, katil & tilam mmg tidak dapat diselamatkan. 

Ada satu perasaan yang sbnrnya bila aku balik klang, hati aku lebih tenang dan tidak emosi. Aku lupa dan tinggalkan semua bentuk komunikasi lain. Aku akan leka berbual dengan mak abah. Mak berbuka hanya puasa separuh hari menemani aku makan tengah hari.

"Banyak betul dia bagi nasi", mak teruja juga bila membuka bungkusan nasi kukus ayam berempah. Aku makan lauk2 yang mak masak. Itulah nikmat yang tiada bandingan.

Sebelum bergerak pulang, aku memeluk mak dan mengucapkan selamat hari lahir.

"Selamat hari lahir mak" aku sebenarnya ingin memeluk lebih lama cuma aku tidak mahu airmata aku gugur. Aku harap mak dapat rasakan kasih syg anak mak. Terima kasih mak.







Tuesday, December 28, 2021

banjir julung kali

Sekadar mencoretkan sebuah memori, utk diabadikan suatu masa akan datang dr persepsi aku yang datang melihat kesan banjir yg membuatkan kita panik dan tertanya2 apakah sbnrnya yang bakal berlaku dan dimana kita akan bergerak.


18 dec 2021



Jumaat itu hujan mmg turun tanpa henti, aku sbnrnya dah membuat temujanji dgn hafiz swift, namun di saat akhir hafiz maklumkan kolej tutup ada kes positif covid 19. Sebelum aku bergerak mmg aku lihat pg itu langit mendung, sehinggalah menjelang jam 10 hujan mula turun perlahan2.

"acad kena covid, ada budak yg tumpang rumahnya tu positif"

"ko ada jumpa acad x?"

Aku pun risau juga jika hafiz positif sama. Selepas selesai tukar fius yg terbakar aku pun bergerak pulang dan hujan semakin lebat.

hujan berterusan hingga ke malam. Lebih kurang jam 10mlm abah telefon.

"Esok boleh x bw abah g kenduri?'

"Ehh, esok ye. Ingatkan minggu satu lagi", aku mati2an ingatkan majlis itu minggu hadapan. Tidak sangka pula abah ada sedara menetap di daerah kajang ini. 

"Insyaallah, esok abah dtg jam brp?, ke nak datang klang ambik?"

"X payah ambik, abah kesana."

Aku sebenanrnya dah terlelap tadi, tiba2 muhd memanggil2 nama beritahu atuk telefon. 






Aku terus memeriksa ws family. Nurul maklumkan air semakin naik. Aku hanya beranggapan yg itu mungkin sementara dan air pasti surut selepas beberapa ketika. Melalui info yg dimaklumkan ketika ini air pasang besar jadi kemungkinan itu juga yg mnyebabkan air lambat untuk surut. Akhirnya mak abah terpaksa keluar daripada rumah kerana belum ada tanda air akan surut bahkan terus memenuhi ruang dan memasuki ke dalam rumah. Allahuakbar; aku juga bingung untuk bertindak. Mereka menuju ke surau, melalui ws group aku melihat abah membawa beg biru umrahnya dan dijunjung dalam meredah banjir. Aku hanya mampu mendoakan semoga dipermudahkan urusan mereka disana. Mujur kereta abah dibawa oleh adik bongsu ke tempat kerja. Memang hujan turun seharian tanpa henti. 

Aku tidak menduga akan berlaku banjir kerana seumur hidup aku menetap disana memang tidak pernah sama sekali melalui pengalaman sebegini.



Tuesday, December 7, 2021

tawaran disebaliknya penuh tersirat

 "saya sampai dalam jam 430-445pm insyaallah"

Aku balas pesanan ws SS, sedangkan smlm aku dah maklumkan yg aku paling terawal pun sekitar jam 330pm. Penat sbnrnya menguruskan waktu tghari utk sediakan menu makan dan persediaan pula ke sekolah petangnya. Aku singgah tadi ke restoran mamak TTDI, aku memilih menu kesukaan muhd ayam madu manakala utk aisy aku bungkuskan nasi beriani ayam kicap.

SS sudahpun tidak sabar utk berbicara dgn ku, aku ketuk perlahan2 pintu kayu kerana aku rasakan loceng yg aku tekan itu tiada respon dan senyap sahaja. 

"Saya dah nak balik dah.." seloroh SS, aku hanya tersenyum dan jangkakan dia cuba bergurau. Khhn sudah tiada, mungkin dia ada urusan lain.

Aku terus mencari lukisan RSKU dan menyusunnya di atas meja termasuk dgn dokumen yg perlu aku serahkan ke arkitek.

SS bangkit dan menconteng ke papan putih. Halus tulisannya dan senget dan aku sukar utk membaca. 

"Ini sy senaraikan projek2 di bawah skaz"

"Apa pendapat u, samada nak kekal opis di sini o u nak cari opis lain yg dekat dgn umah?"

Aku terkejut juga soalan yg dilontarkan, "Bagi sy apa yg ada skrg cukup sempurna cuma saiz opis tu sy tidaklah memerlukan ruang yang seluas yg ada skrg, maybe boleh bhgkan separuh shj utk operasi manakala separuh lg utk muhd'

Aku juga nytakan eloklah muhd dan skaz tidak berkongsi ruang pejabat yg sama sbb aku rasa tidak selesa apabila berkongsi ruang dgn anaknya.

"Selain tu, bila u boleh full time dgn skaz?"

Kami terus berbual dan sebenarnya SS byk bersembang dan meluahkan. Pokoknya dia sndiri yg mencari masalah dan beban. Aku baru sedar tujuan full time itu bukannlah utk aku kembali semula dan membuat penjenamaan semula skaz baru, rupanya SS nak melepaskan semua termasuk urusan admin. Dan beliau meletakkan syarat yg anaknya perlu ada sbg proxy.

Aku memutuskan lebih baik dibuat satu pembentangan cadangan drpd beliau dan aku juga perlu berbincang dgn Khhn kemana sbnrnya hala tuju dan masa dpn. Aku lebih risaukan nhj.

Rupanya aku sesuatu disebaliknya. Begitulah SS. Aku juga tawar hati utk meneruskan hasrat.



Tuesday, November 16, 2021

ulum syariah

Tahun ini format upkk terpaksa diubahsuai kerana covid. Sistem persekolahan juga telah ditetapkan secara penggiliran kumpulan. Anehnya aku pernah memikirkan idea ini satu ketika dahulu semasa senegara terpaksa duduk dirumah dan anak2 belajar dalam talian. Kesannya mmg sukar untuk mendisiplinkan anak2 utk patuh setiap masa dan membuat kerja rumah dari rumah. 

Hari ini subjek pertama Ulum Syariah, sempat juga aku tadi membuat latihan secara online, rupanya banyak kemudahan sekarang ini, lebih mudah asalkan kita rajin pasti berjumpa. Aku harapkan anakanda berjaya dan membuat yg terbaik dan tidak gementar sbgmana aku dulu yg setiap kali ujian pasti ada perasaan berdebar. Kadang2 menyebabkan sakit perut.


Search This Blog