Friday, May 27, 2022

tido

Aku hanya tidur bbrp jam, bila terjaga semula sbb ada yg tidak berpuasht hp aku berbunyi alarm.
"Boleh x tukar alam alarm jam 630"
"Annoying"
Aku diam dan tidak berikan reaksi. 
Ada banyak hal yg menggangu fikiran. Aku rasa sedih juga, kadangkala aku ragu dgn diri. 
Walaupun aku siapkan juga lukisan deraf lukisan utk maybank hap seng tp aku x dpt nak siapkan bq. Kepala aku terlalu kusut. Dengan perkara2 yg susah aku ingin lupakan. Pedih dan kecewa ditambah dgn alunan lagu2 sedih yg aku mainkan menerjah masuk ke telinga. 
Aku macam tersenyum seolah aku mampu dan tabah. Hakikaktnya tidak sama sekali. Apabila kita dikaburi dalam byk perkara yg kadangkala aku nak biarlah airmata darah itu dikeluarkan agar dpt betul2 menyesal.
Luka itu dalam.

Sunday, May 22, 2022

bila menteri kata mencukupi

Hari ini aku bangun dan bersiap awal, sbnrnya tiada apa perancangan khusus. Nak ride rasa x larat dgn cuaca yg panas dan hujan yg tiba2 diwaktu petang. Aku lap habuk2 motor yg dah mulai sebati dgn warna body. Putih cat sudah menjadi kelabu asap. Aku ambik kesempatan memasang semula visor motor.
"Biarlah ada seri sikit", bisik aku pd diri sndiri. 
Aku pun hidupkan motor dan terus meredah dgn hala tuju yg masih kabur. Aku susuri jalan kg sg kantan, mmg gerai yg biasa menjual ayam hari ini tutup dan sepi. Jam masih awal mustahil sudah kehabisan. Dalam merancang itu aku meneruskan perjalanan dgn mata memandang kiri kanan masih belum membuat keputusan dimana utk bersarapan pagi. Sesekali elok juga tempat yg bukan kebiasaan. Aku terlintas utk ke sebuah kedai yg sebelum ini aku perasan baru beroperasi semula berdekatan dgn tapak kubur. 
"Ah, rapat pagar dan berkunci." Rupanya tutup. 

"Xpelah beli karipaplah dipasar" jarak ke pasar pun tidak sampai 1km jd aku pun fikir dah alang2 elok teruskan kesana mana tahu ada ayam yg boleh aku beli.

Laju aku melangkah dan terus menuju ke gerai karipap. Aku ambil karipap keledek 10biji(rm5) dan karipap sosej 4biji(rm6). Kemudian aku masuk ke dalam mencari gerai ayam. Gerai kebiasaan aku lihat sudah pun tiada ayam,hanya kelihatan bungkusan2 plastik ayam siap utk pelanggan lain. Aku masuk kedlm dan kebhgn kiri , kelihatan ada ramai yg memenuhi ruang.
"Ayam masih ada" penjual tersebut menenangkan keadaan. 
Aku pun dgn pantas memilih 2 ekor ayam sederhana besar. 
"Rm40.50"
"Potong kecik dan buat 2 bungkusan"
"Nanti ckp dgn tukang potong"
"Baik", aku membalas. 
Alhamdulillah ada rezeki aku utk stok ayam minggu hadapan.

Aku terus keluar dan berfikir utk singgah sarapan dikedai tepi sungai td. 

Thursday, May 19, 2022

jersey hijau

Puas jg aku mencari di bilik, dibawah. Seingat aku kali akhir aku nmpk bergantung diblkg pintu bawah. Reaksi muhd mulai berubah dan aku nampak kekecewaan yg amat sangat diwajahnya.
"Esok ada training futsal" begitu semangat dia nak menggayakan jersey keeper hijau tersebut.
Hati dan firasat aku mengesyaki tidak lain tentulah angkara dia. Pernah jersey kesayangan aku, chelsea hitam habis digunting2nya. Sakit hati bukan kepalang. 
Air fryer tidak sampai sehari aku beli, keesokkannya entah hilang lesap, bila aku tanya dia kata ada di kliniknya. Aku sikit pun tidak percaya. 
Begitu juga makanan suka sangat berikan pd org lain, sedangkan aku sendiri baru makan sedikit. Aku diam bukan aku merelakan tp mmg aku tidak ikhlaskan dan halalkan. 



Tuesday, May 17, 2022

kencur mnjadi hancur

Kisahnya aku singgah ke giant terlihat ikan pari. Langsung teringatkan pari bakar dan kuah kencur jawa. Aku ambil 2 potong sederhana saiznya. Aku singgah ke kedai aceh dgn harapan adalah menjual kencur, 
"Ni apa ye?"
"Kencur" pekedai tu menjawab persoalan aku. Dengan sukacitanya aku terus mengambil beberapa biji kencur, daun halia dan santan. 
Rm4.20 dan aku berikan rm10 dan 20sen.

Aku harap sempat memasak sebelum dia balik. Aku serabut melihat dia. Sampai rumah rupanya aisya belum balik lg dr sekolah.
"Ingatkan aisyah, dia x balik2 lg"; mak meluahkan rasa risaunya. 
Aku cuba menghbungi namun tidak berjawab. Aku terus menghantar ws ringkas. Aku yakin aisyah lmbt sbb ada kokurikulum sbb td dlm perjalanan pulang aku nmpk masih ada pelajar di sekolah saas.

Aku terus memotong bawang merah , bwg putih, kencur dan cili. Sedang aku menumis dgr pagar luar dibuka. 
Aku cuba menyiapkan secepat yg mungkin dgn harapan sempat utk aku masak. 
"Berambus aku nak masak"
Naik juga darah aku yg kebetulan sedang memegang pisau. 
"Masaklah dapur sebelah"
Dapur ada 2 dan sebenarnya tiada pun masalah cuma dia ni sakit jiwa gila meroyan mencari sebab dan pasal untuk menyakiti hati. 
Aku hentak pisau tu atas para dapur mmg berdentum juga bunyi, dia pantas membalas dengan menghempas kuali sekuatnya atas dapur. 
Aku malas nak melayan dan cuba bersabar, aku tutup api dan kemas kan bhn2 tadi. Aku terus naik ke atas bilik dan berbaring menahan marah sambil kpl otak aku ligat berfikir.
"Sampai bila?"
"Jujur aku tiada lagi kasih syg yg perlu aku berikan"
Aku juga serik. Hati aku terus berfikir dan byk soalan yg aku sendiri tiada jawapan.

Aku turun semula bila aku rasa emosi aku stabil dan tenang. Alangkah hancur, marah, kecewa semuanya ada, aku nak menangis nak mengadu tapi aku xtau, benar2 rasa amarah sgt. Ikan pari aku hangus didlm kuali, rempah yg aku tumis td habis dipenuhi dgn air. Saat dan ketika ini dialah manusia yg sgt aku benci bahkan aku tidak sanggup melihat wajahnya langsung.

Aku termenung di depan sinki, meraung sekuatnya di dalam hati. Aku lepaskan juga amarah, aku pecahkan mangkuk dan pinggan di dlm sinki. Aku sbrnnya bukam kaku keliru. Bukan sekali aku disakiti begini. 

Berkali2 meminta duit dgn alasan yg pelbagai, sedangkan aku cuba berjimat2 berbelanja. 

Ya allah...aku x tau nak berdoa, kadang aku terlalu kecewa dan tidak lagi percayakan. 

Aku benar2 ingin pergi, kasihan eusuf masuk skjp ke bilik menunjukkan baju baru dgn kot tp aku terlalu sedih marah utk berkatakan pdnya. Aku hanya baring dan angguk. Aku harap dia memahami. 


Monday, May 16, 2022

rm8.20

Nasi lemak+rendang daging+teh o 0 =rm8.20
Agaknya utk sepinggan menu begini utk tahun seterusnya brp %% kenaikannya. 

Sunday, May 15, 2022

f**k u go to h**l

Jika dah berkali2 kena sumpah begini dgn org yg kita akad, agaknya apa langkah seterusnya??

Perkara begini bukanlah baru berlaku dan aku lalui, tp semasa berkenalan tidak pula aku pernah dimaki begini, semuanya lembut dan bahasa yg terbawa dlm mimpi.
Bila masuk shj ke alam baru, sedikit demi sedikit sikapnya yg pelik2 itu keluar. Antaranya bahasa makian itu seolah2 aku dijdkan pasangannya utk menerima dan menelannya. Bahkan pekerjaan aku seringkali diperlekehkan apatah lg dr mana aku belajar. Aku rasa segala perkataan buruk kesat semuanya dah aku telan. Aku sabar itu adakah sehingga aku hanya diamkan diri. Selalu soalan itu bermain dlm hati dan minda. Aku kesal byk perkara, antaranya ialah knp aku kenal dia. Perkara yg aku nak cuba patah balik dan ubah semula. Itu kata manusia, aku masih ada iman, itulah jalannya. Terus memandang ke hadapan utk kebhagiaan diri sndiri dan anak aku yg selalu jd mangsa. 

Friday, May 13, 2022

merisik bangunan di shah alam

Panas berpeluh2 menunggu. Akhirnya aku kata kita minta dia emailkan shj.

Search This Blog