Wednesday, April 16, 2008

http://sanasini-kelolo.blogspot.com/2008/04/perjalanan-akhir-tahun-ke-putrajaya.html

Tuesday, April 15, 2008

Perjalanan Akhir Tahun ke Putrajaya

Dalam perjalanan pulang dari padang Kelab Sultan Sulaiman pada malam ‘Black 14’, kepala otak saya tertanya tanya bagaimana DSAI sebegitu yakin dengan pengambilalihan kerajaan yang akan berpangkalan di Putrajaya. Walaupun conyakkan 82 + 15 + 15 nampak begitu mudah bagaimana agaknya ia akan terjadi?

Sambil menjeling jeling deretan polis yang berada disepanjang jalan maka saya pun cuba membuat ‘hypothesis’ bagaimana jalan yang akan di lalui olih Pakatan Rakyat;

Andaian yang saya pakai ialah:

1. Dunia belum kiamat,

2. Mereka yang terlibat masih bernyawa,

3. Parlimen yang dijadualkan pada 28/4/08 tidak tertangguh.

4. Semua ahli parlimen hadir,

5. Najib Tun Razak nak diangkat jadi PM.

6. Izin Allah.

Ketua Pembangkang akan membuat usul tidak percaya kepada PM dalam sidang parlimen pada 28/4/08 ini kerana scenario parti BN yang memerintah sekarang amat bercelaru. Walaupun dah sebulan memerintah rakyat dah jadi kacau bilau. Semua mengetahui ekonomi akan menjunam diakhir tahun ini;

1. harga minyak akan naik,

2. beras yang nak kita beli orang tak hendak jual,

3. Stokpile beras akan ditambah tapi padi belum ditanam lagi.

4. harga tepung naik Menteri tak ambil pusing sebab kalut dengan politik.

Kerajaan masih lagi lesu belum bermaya.

Sudah tentu semua pembangkang akan bersetuju. 15 MP dari Sabah akan turut mengiakan sebab 20% royalti yang dijanjikan. Begitu juga 15 rakan rakan senyap DSAI dalam Umno turut memberi undi tidak percaya kepada bos mereka kerana prihatin akan kesan dan bahaya bila NTR jadi PM.

30 MP ini dengan otomatik akan melompat ke Pakatan Rakyat. Sudah tentu ‘nothing is free’ nak kencing pun kena bayar. Itu sebab sekarang ini DSAI sedang berunding di Abu Dhabi. Peruntukan lebih kurang RM 900 juta, ‘chicken feed’ setahun wang ehsan Trengganu can cover, no sweat. Memang orang Umno akan mengatakan lompat melompat ni tak bermoral, tapi bak kata DSAI sejak bila pula Umno nak cakap tentang moral ke tak ?

Buat sementara ‘Malaysia bolih’ akan melihat Wanita Malaysia Pertama jadi Perdana Menteri Peralihan kepada DSAI kemudian akan menjadi mudah.Maka pada ketika itu TDM akan di masukkan ke IJN pada kali terakhir.

Saya tiba di rumah jam 11.30 malam, orang rumah risau kut kut kena pancut air…..

No comments:

Search This Blog