Wednesday, October 8, 2008

Abdullah tak pertahan jawatan Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan.

Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Katanya beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak selepas perhimpunan agung Umno pada Mac nanti.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20081008200846/Article/index_html

No comments:

Search This Blog