kecoh cerita Nizar mengimamkan Zambry and the gang...bukan besar sangat pon kesnya..tapi malu punya pasal mesti kasi kecoh...biar semua rakyat melayu(UMNO) tahu bahawa Zambry telah dihina...hahahahaha..malu besor dia yoepppp...
lepas tu dapat pulak cerita sebenar apa yang berlaku dari imam masjid tu sendiri..cerita dia lain pulak dari versi si Zambry ni..mari kita layan cerita anak sengat...
Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!
Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...
Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.
Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.
Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..
Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada.. Posted by anak sengat
cetusan ~♥ UmmiAnni ♥~ pada 3/30/2009 03:33:00 PM
No comments:
Post a Comment