sebenarnya ketika aku menerima msg ringkas itu aku berada dalam situasi yang agak tertekan kerana sedang membentangkan kertas kerja kajian di JPP. Hj Nazari terus menggasak dengan pelbagai persoalan yang sukar untuk aku menepisnya. Sesekali Atikah memberi isyarat untuk menjawab. Namun bagi aku biarkan mereka terus menggasak. Kita perbaiki semula laporan yang telah dibentangkan, sedang SS hanya tunduk mengharapkan kami berdua bertahan.
Seketika dalam suasana itu, aku menjeling ke arah hp yang bergetar tanda ada msg yg masuk.
"Kwn kita kakek(ust.ani) tlh kembali kerahmatullah sbntar td......"drpd abang din...(11 june 2012 12:39:34)
Termenung aku, tiada air mata dan perasan sedih yang dapat aku lahirkan. Kenapalah aku begitu naif dan lemah sekali, betapa Allah telah memberi peluang untuk aku berjumpa dengannya kali terakhir seminggu lepas namun aku mensesiakannya, aku tangguh aku begitu mudah dan balasannya aku menerima sesalan yang tidak sudah...
alfatihah buat sahabatku.....
No comments:
Post a Comment