Buat
renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada
ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak
kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak
dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak
kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak
dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara
ibu bapa dan anak.
Di
samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik
kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian
mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin
diterokai.
Kanak-kanak
mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak
mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar
bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya
yang dimahukan oleh anak.
Maka
jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan
sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan
dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu
siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk
memahami kehendak si anak.
1.
Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu
bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan
mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh
itu cuba
fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan
sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang
mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata
dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi
walaupun dengan anak kecil.
2.
Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,
luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur
memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan
dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau
di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya,
papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah
jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih
mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3.
Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan
sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb.
Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan
buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan
sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula
yang memanggilnya.
The
right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak
boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia
berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita.
Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4.
Cuba
fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan
personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak
mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak
ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah
perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia
menyanyi dengan kuat dsb.
Walau
bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit
adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang
tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding
yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
Insya
Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut
memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa
hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang
sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan
dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau
semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan
padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini.
Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5.
Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah
anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan
tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai
sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan
anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali
tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah
jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut
di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan
tuan/puan kepadanya.
Misalnya
‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan
perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap
kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka
kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati
sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan
surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk
tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak
mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Semoga
tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami
dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan
perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka
alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia
yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga
galakan kepada anak. Belilah buku-buku
tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara
menghadapinya.
No comments:
Post a Comment