Ikutkan mata memang belum puas lelap dan merehatkan badan, sepanjang perjalanan dr LCCT mmg aku tidak tidur sgt hanya merehatkan badan dalam keadaan kerusi yg tegak.
Selepas solat subuh aku dan aisyah bersiap turun ke tingkat 2 untuk bersarapan., kelihatan rakan2 yg lain ada yg telahpun turun dan menikmati sarapan. Aku melihat menu2 yg ada dimeja buffet, kelihatan makanan yg sbnrnya aku agak2 ragu2 untuk mengambilnya, ada mee goreng bercampur dgn daging, nasi goreng, sayuran goreng, mata ku juga melihat kepingan daging yg dihiris halus....tertera slice ham di bawah menu tersebut...
aku bertanyakan kpd annie, pemandu pelancong berbangsa china...dia kata semuanya halal, namun tidak lama kemudian berlaku sedikit soal menyoal antara annie dan petugas hotel....drpd riak wajah mereka aku meneka pasti ada yg tidak kena dgn makanan yg telah disediakan....aku terus memerhatikan gelagat mereka dan terus menunggu, dlm keadaan cemas seketika itu juga aku melihat petugas hotel mengangkat 3 hidangan ke tempat yg berlainan, antaranya mee goreng, sayur goreng dan ham slice...ternyata telahan ku tepat...
mujur aku belum mengambil apa2 hidangan....ada dikalangan rakan2 yg lain selamat menjamah hidangan2 td..aku hanya bersarapan telur dadar dan salad segar...juga air fresh oren yg suam....kesimpulan dan perkara yang aku belajar kita perlu memastikan dan benar2 yakin apa yg kita nak jamah dan telan menjadi darah daging kita, perasaan ingin tahu dan bertanya jika berlaku sesuatu yg was2 itu perlu bagi mengelakkan segala kemungkinan.
No comments:
Post a Comment