Monday, July 14, 2014

gaza, word cup

Berakhir sudah WC 2014di mana German mengungguli kejohanan dengan menidakkan harapan wakil Amerika Latin Argentina dengan gol masa tambahan 1-0. Messi terus mencuri tumpuan kerana pemain terbaik dunia itu masih gagal membantu negaranya membawa kejayaan sebagaimana yang pernah dikecapi oleh bintang tersohor mereka Diego Maradona.

Dalam keghairahan WC2014 kita dikejutkan dan terus disogokkan dengan kekejaman Israel membedil dan menyerang Palestin di kala kita sedang menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia bulan Ramadhan. Beberapa minggu sebelum itu media masa arus perdana sibuk mendedahkan ada rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan, rupa2nya mereka ke Syria kerana dengan niat untuk memberi bantuan kemanusiaan dan memberi semangat juang dalam menegakkan aqidah di bumi Syria.

Pesawat MH370 terus hilang di telan masa, walaupun sesekali ada cerita2 kecil yang tidak banyak membantu dimana sebenarnya pesawat tersebut berada, apa yang berlaku sebenarnya kepada pesawat tersebut.

Pada malam sabtu yang lepas dapat juga duduk semeja dengan chokey, pak tam. Asalnya aku hanya menemani chokey bertemu dengan Pak Tam berkenaan satu projek yang katanya nak bagi kerja untuk menjadi seorg speaker. Kebetulan pula tempat itu berlangsung berdekatan dengan kawasan rumah, jadi elok juga aku mengambil tahu apa cerita disebalik cerita.

Aku diperkenalkan dengan seorg lelaki separuh umur yang mengaku bahawa dia mempunyai sistem dan idea yang terbaik dan tiada org yg pernah lagi membuatnya di dunia. Beliau juga memaklumkan bahawa idea ini lahir hasil kajian beliau yang katanya berkelulusan phd.

' Kita bisnes kereta'
'Apa kereta yg ko nak pakai tapi x mampu nak beli'

Celoteh org tua itu terus menjengah masuk telinga ku sambil otak ini berfikir2 dan memproses data. Logiknya ada tapi rupanya malam itu aku hanya membuang masa. Sebenarnya aku nak jumpa Chokey bagi membincangkan marketing plannya yang terkini.

'Utk setiap org yg join, aku bg komisyen 1k, jadi kalau nak pakai Q7 deposit keta 100k, ko cari 100 org yang join dapatla ko buat dp, bulanan plak ko terus mencari, masa ko yang tentukan'

Aku tersenyum sinis, begitu cara org tua ini bekerja. Katanya ini bukan MLM tapi investment.

Selepas bersalam2 dengan group tadi aku pak tam dan chokey menyambung seisi borak2 menungguh sahur itu di tempat lain.

'Mcmna ko boleh join Pak Tam, itu namanya Teori Kesempurnaan'
'Teori tu xkan berlaku' , Chokey melontarkan kata2nya yg aku kira sedari tadi dia menyimpannya.

Pak Tam berdalih yg sbnrnya dia nak promote Chokey utk jd speaker.

(Pak Tam terus diburu2 mimpi2 yang indah)






No comments:

Search This Blog