Mimpi mainan tidur. namun jika apa yg kita mimpikan itu sesuatu yg aneh dan luarbiasa pasti kita akan sedikit terkesan dengannya.Aku mimpi diancam dengan sesuatu bahkan diekori. Malam pertama aku mimpikan aku berada di dalam sebuah bangunan yg tinggi. Aku berada dalam hotel dan aku perasan ada 3 buah lif yg berdekatan Namun apa yg aneh bangunan tersebut dikawal oleh pasukan tentera. Aku tidak tahu apa motifnya. Apa yg pasti aku senantiasa diperhatikan oleh sekumpulan tentera dalam sebuah kereta perisai. Setiap langkah aku bergerak pasti ada seolah satu pancaran cahaya merah yg menghala ke arah ku. Sehinggakan satu ketika aku terpaksa merangkak dan bersembunyi di belakang dinding2 batu. Jantung aku senantiasa diserang perasaan cemas dan penuh dengan ketakutan. Apa yg aku perasan pasukan tentera itu berbangsa eropah mungkin.
Hari berikutnya, aku berada disuatu tempat asing mungkin jauh dari kampung halaman. Kerana aku dalam situasi yg bergegas utk pulang. Hari itu hari jumaat. Aku mengejar waktu 12.45petang untuk berangkat kesuatu tempat.Tiba2 aku berada didalam hostel yg dipenuhi tentera. Dalam keadaan aku ingin pulang mengambil pakaian, hostel tempat penginapan aku dalam keadaan semua manusia sedang berkawad dalam satu barisan. Kemudian ada seseorang yang aku fikir ketua dikalangan mereka sedang memeriksa kebersihan bilik. Dalam keadaan cemas aku terus masuk ke dalam barisan.
Agaknya apa petunjuk yg cuba disampaikan, ataupun sekadar mainan tidur. Yg pasti aku masih belum ada motivasi diri menghadapi ujian dan cabaran2 kerja diluar sana. Manusia semakin pelik, semuanya hilang akal dan arah. Aku benci berkawan dengan manusia2 seperti itu. Tiada perasaan ikhlas dan jujur, hanya mengambil kesempatan ke atas orang yg lemah dan tidak berkuasa. Aku juga menjadi mangsa laman sosial, pedih juga rupanya bila kita mendapat tahu hakikat bila ada org org mengeluarkan kita dari senarai rakan kenalannya.Bila Aku diam menjadi satu kesalahan apatah lagi agaknya bila aku bertindak.
No comments:
Post a Comment