Monday, January 22, 2018

tauchu

'Maaf cik tempat ni dah pindah setahun yg lalu'
"Ohh..dimana tu?"
"Dilambak Kanan, dekat dengan masjid"
"Terima kasih byk2"

Aku mengerah2 otak mencari idea dimana gamaknya Lambak Kanan ni, aku seakan pernah nampak. Aku berhenti seketika membuka map google dgn berbaki credit yg cukup2. Akhirnya sampai juga ke arah yg ku hajatkan, namun kecewa sekali kerana tempat yg sepatutnya aku tuju sebenarnya dibelakang shell di hadapan timesquare.

Alhamdulillah selesai urusan pagi ini walaupun aku terpaksa pergi ke 3 tempat yg berlainan. Dalam perjalanan pulang aku memikirkan untuk menu tengahari. Apa yg terlintas ikan tuna masak kari. Jam masa tu sudah pun 10.00am, pasar pun baru buka. Aku mencari2 ikan yg aku fikirkan tadi sehingga aku ternampak longgokan ikan senangin. Jarang ada sebenarnya ikan senangin di sini.

"Mak, tadi ada beli ikan senangin, ikut makla nak masak apa."
"Elok tauchu jelah, separuh mak goreng tawar, ada kobis tu mak masak lemak."




No comments:

Search This Blog