part 1
1994
Pertama kali selepas habis SPM semangat untuk bekerja begitu berkobar. Setiap malam sebelum tidur seringkali aku berbual panjang dengan Abg Din pelbagai perkara. Bas yang berhenti disimpang jalan kampung pun kami tahu bas pekerja2 NDK yang lalu di dalam kampung. Bunyi panther Kamal juga kami tahu yg memecah kesunyian malam menuju ke hujung kampung.
Pengalaman kerja pertama aku sebenarnya tidak lah sehebat kilang2 yg pernah aku dengari. Kilang Benson, yg terletak di Seksyen 15 Shah Alam berhampiran dengan kilang UMW Toyota. Kilang yg membuat klip fail sebagai operator pengeluaran. Minah2 kilang yg ada pun agak berumur dan sebenarnya ramai juga pekerja India di sini. Mahudin dan Halim juga sama2 bekerja disini.
"Sehari kena target 2000 klips yg perlu disiapkan"
"Tengok bagaimana nak masukkan 2 dawai tu kedalam klips fail"
"Setiap kali kita punch, ada counter yg akan beritahu berapa kali yg dah kita punch"
Kerja yg ditugaskan tidak sukar dan mencabar, cuma kami tidak boleh kemana2 kecuali waktu rehat sahaja. Memang bosan. Setiap hari sebelum memulakan kerja aku akan mengambil data dan direkodkan. Ada seorang Kakak yg akan datang ke setiap stesen dan mengambil rekod.
Aku mengulang dr kampung sebenarnya, setiap hari aku bangun seawal pukul 5pagi. Nenek akan menyiapkan sarapan untuk aku. Sepupu aku akan menghantar aku ke jalan utama menunggu bas. Ada juga aku ajak sepupu bekerja sama2, namun dia kata ingin membantu org tuanya ke kebun memetik kelapa sawit. Setiap hari aku tidur sepuasnya di dalam bas.
Abah sebenarnya tidak menggalakkan aku duduk dikampung, dia menyarankan mengulang shj dr rumah. Pada ketika ini aku belum ada lesen motorsikal. Aku niat jika diizinkan dengan duit gaji pertama nanti aku ingin modalkan untuk mengambil lesen motorsikal.
Selepas sebulan berulang alik dengan bas dari kampung akhirnya aku pun berhenti. Dan tidak lama juga selepas itu Din juga berhenti dan beralih ke NDK, Halim lama juga disana dan selepas itu sehingga hari ini aku tidak pernah berjumpa lagi dengan beliau.
No comments:
Post a Comment