Monday, April 30, 2018

Likas ke kundasang

Sebenarnya sudah kali ke 3 berkunjung ke KK namun masih belum berkesempatan utk menjejakkan kaki ke Kundasang. Jadi mengambil kesempatan pembatalan program awal yg sepatutnya menjadi program pendedahan pertandingan karate di kk disebabkan sensei membatalkan penyertaan disaat akhir. Hairan juga kerana baru malam semalam aku bertemu dan beliau tidak menyatakan apa2, bahakan sempat aku bertanya untuk program hari ini. Cuma apa yg aku perasan wajahnya kurang ceria,

Kami mengalas perut dengan makan pagi di kedai mamak, asalnya aku seperti ingin mencuba kedai Ikan bakar pak Lang, namun selepas melewati kedai tersebut aku membatalkan niat. 2 kali juga aku memusing di kawasan Alamesra mencari kedai makan yg berkenan di hati.

Deraf kawasan2 yg perlu aku lalui telah aku catatkan di kertas. Checkpoint yg sepatutnya aku temui sepanjang perjalanan.

Perjalanan masih lancar mungkin kerana bukan pada waktu puncak, cuma seperti biasa apabila ada kenderaan berat di hadapan kereta akan berderet panjang, sesekali aku terpaksa menukar gear rendah untuk menambahkan sedikit kuasa pada kereta untuk mendaki.

Dikiri kanan jalan akan kelihatan gerai menjual sinalau bakas, mujurlah aku sempat membaca blog2 dan mengetahui apa sebenarnya yg mereka jual tersebut.

Perhentian pertama yg kami singgah ialah Pekan Nabalu. Kemestian untuk berhenti disini kerana disinilah kita dapat melihat Gunung Kinabalu dari jauh. kelihatan gerai2 menjual buahan dan cenderahati. Cuaca sejuk juga diluar walaupun sudah pun pkul 1030am.

Kelihatan juga pelancong yg turut memenuhi  ruang tumpuan, dimana ada sebuah platform yg berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Kami meneruskan perjalanan ke kundasang. Pemandangan dikelilingi curam nun jauh saujana memandang dan gunung-ganang. Sesekali nampak juga poster bendera parti disepanjang jalan yg didominasi oleh BN.

Tengahri kami sampai di Pekan Kundasang, kebetulan ada pula pasar yg menjual makanan kami singgah untuk mengalas perut, memandangkan juga tiada kedai makan yg kami akan singgah untuk tempoh 2 jam lagi. Kos makanan masih murah, dimana kuih masih 3 biji RM1, aku membeli sate ayam 10 cucuk RM6.

Sampai di Farm Kundasang sudah pun masuk lunch hour, aku bertanya di pondok masuk dan dimaklumkan ssebentar lagi waktu rehat dan aktiviti hanya disambung jam 2pm. Jadi kami hanya mengambil gambar diluar.

Balik semula ke hotel, perjalanan ditempuhi dalam hujan. Alhamdulillah perjalanan yg jauh dan penat namun ada sesuatu yg kami perolehi. Insyaallah kami akan datang lagi.






No comments:

Search This Blog