Monday, July 23, 2018

Contoh bahasa keluhan & peringatan


Contoh 1

SIAPA SEMALAM ADA NGAYAU BUKIT UDAL??  WANG URANG NADA BERSALAH KO PANGKUR KEPALANYA SEMALAM. SIAPA ADA KENAL JELAMA YG MENGAMBAT OR ADA YG NAMPAK ATU INFO TEXT AKU 8360642. AKU ANI AS ADINYA KAMI SEKELUARGA MENCARI KAU YANG MEMANGKUR KEPALA ABG KU. BRO NYAWA NYAWA IKAN SAMPAI CARIK KEPALA KERITA MANDI DARAH. DICARI BALIK SEMALAM HILANG KAU BRO?  KIRA NUNJUK GAGAH KO NGAMBAT KEPALA URANG INDA BERSALAH SAMPAI MASUK SPITAL ABG KU. SIAPA ADA KENAL OR NAMPAK DANGAN2 NYA ATU BAGI KU INFO.

KES PULIS SUDAH MASANI,  KAMI SEKELUARGA MENCARI KAU SAMPAI TEJUMPA. NYAWA INDA DAPAT DIBALI BRO MUN MATI KO MENANGGUNG?  INDA JUA USAH SAMPAI BEAMBAT PAKAI BASI KEPALA URANG. ANI MENGAMPAI YA INDA LAGI TECAKAP DARAH LUAN BANYAK KELUAR. PLS SHARED N CARI KAN ORANG ATU. DANGAR2 INFO TUA2 YAA BERUMUR LUAN GAGAH SULNYA.


Contoh 2

Hide my name.
Keluhan dan curhat pramugara dan pramugari di Royal Brunei Airlines.
Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin meluahkan kekecewaan saya atas company yang mana saya sudah berkerja dengannya selama lebih daripada 6 tahun. Semua orang sudah sedia maklum bahawa di Brunei ani Cuma ada satu tempat untuk mana-mana kapal terbang landing dan depart sahaja tetapi itu bukan permasalahannya.

Saya ingin meluahkan disini kerana kami warga pramugara dan pramugari inda pernah didengari mahupun diambil kisah tentang  segala keluhan dan keinginan kami di company kami sendiri. Company  kami seperti yang sedia maklum baru-baru ini menaiki tempat yang ke -78 di Skytrax World Airline Awards 2018, Alhamdulillah. Akan tetapi, di  sebalik kenaikkan carta atu, di belakangnya adalah kami sebagai pramugara dan pramugari yang tersiksa dengan paksaan dan bermacam-macam lagi.
What happens to this airline?

Kenaikkan gaji, tiada. Bonus? Allah saja yang tahu. Selalu kerja keras kami langsung tidak kena pandang. Tidak ada terima kasih malah dibebani lagi. Itu ini kan kena potong. Layanan terhadap kami pramugara dan pramugari ani lagi tidak pernah ada keadilan. Jika company mendapati satu kesalahan kecilpun, akan disuruh kami ani turun naik berjumpa dengan orang diatas kami, membuat explanation letter, kena bagi warning letter dan sebagainya. Cuba abiskita bayangkan, sedangkan mahu memohon leave untuk perbinian melahirkan pun selalu inda kena approve. Tetapi apabila kami inda perlukan cuti atu, kena bagi tah pulang force leave. Di mana jua halnya, kalau kami minta late leave ataupun emergency leave, jarang sekalikan kena approve. Kalau kena approve pun, diminta bukti lagi. Cuba biskita bayangkan kalau emergency leave atu terpaksa kitani apply disebabkan peranakan sakit kah apa, di mana lagi kan terdapat masa untuk mengupdate bisdia untuk bukti kalau sudah kepala ani memikirkan anak yang sedang sakit terlantar?

Satu hal lagi. Baru-baru ani ada di IG Page Royal Brunei Airline mengenai tentang BEST CREW OF THE YEAR. Tolongtah kepada company, jikalau biskita inda bersetuju dari awal, jangan diadakan voting atu. Ani kesian, EY CREW yang baru saja menang (kita boleh refer mukanya arah page kami) telah di grounded atas sebab ketidakpuasan orang-orang yang busuk hati. Beliau berapa lama sudah  tidak berkerja atas tuduhan yang tidak ada logical langsung. Apabila diminta bahan bukti kepada orang-orang yang mengrounded beliau ani, inda jua bisdia terbagi bukti. Seperti sedia maklum beliau yang menang ani adalah salah satu crew yang paling baik dan sentiasa ceria. Semua orang merasa happy apabila bekerja Bersama beliau. Lebih 5 tahun berkerja Bersama beliau, beliau tidak layak diperlakukan seperti yang sekarang ini.

Lagi satu kes belum lama ini juga, kami  kehilangan seorang crew yang baik jua atas  kesalahannya beberapa tahun yang lalu. Di mana kesalahannya atu bukan kesalahan yang dilakukannya di dalam uniform RB. Beliau sudah bekerja di RB lebih 10 tahun tetapi atas kesalahannya yang lama yang bukan didalam kerja mahupun didalam uniform RB, beliau telah dipecat cematu saja. Cali? Memang cali. Kesian, beliau pun ada anak dan bini  untuk dibagi makan. Saya yang ada anak bini ani yang masih bergaji pun masih terkial-kial mencari duit apatah lagi mangsa-mangsa RB yang dipecat-pecat ani?

Crew semakin  dikurang-kurangi, allowance semakin dikurang-kurangi atas alasan budget low. Tetapi yang saya  inda faham, barang-barangan habis ditambah-tambah. Service semakin inda betantu. Jika passenger complain pasal makanan, service, dan banyak lagi complain daripada passenger bisdia ignore saja complains atu tetapi sudah  crew bisdia kena complain, bisdia benar-benari membuka kes, mengambil tindakkan, laju bisdia  kan membuat janji temu untuk tindakkan bisdia tu. Janji temu ani lagi kalau biskami membuat kesalahan dipajal bisdia datang. Indatah kira sewaktu offday kami atau leave kami, dipajal jua datang. Indatah bisdia tahu iatah saja masa kami  ada untuk anak bini keluarga sewaktu offday dan leave atu.

Wahai  RB, jikalau biskita inginkan company ani maju kehadapan dan ada lawanan dengan airlines lain, mula tah kita melayan kami seperti manusia dan bukan robot. Apabila kami happy, kami akan buat company ani happy lagi. Apabila dua-dua pihak happy, inShaa Allah aka nada improvement didalam company kitani ani. Dengar keluahan  biskami, kami dengar arahan biskita. Jangan macam benar bercakap “teamwork is  important” sedangkan biskita sendiri pun payah-payahan ada teamwork sama kami. Membagi roster ani lagi tiada keadilan. Kalau orang yang dikasihi, lawa tia rosternya. Karang terbuat orang yang bisdia inda ingin, kalau boleh setahun atu inda payah dibaginya long haul mahupun Melbourne. Terbuat yang kiss ass bisdia, setiap bulan bisdia bagi complete flight dari regional sampai long haul.  Buanglah sifat “pilih kasih” biskita atu. Jikalau rasanya kan berpilih kasih jua, pecat tah kami  yang 300 lebih orang ani dan biarlah favourite biskita atu berkeraja sendirian.

Benar memang dimana-mana keraja cemani jua tetapi  ani saya luahkan untuk company saya. Benar jikalau inda suka beranti saja tetapi masalahnya saya suka keraja saya ani dan lebih 6 tahun sudah bekeraja disini dari bujang sehingga ada anak dan isteri masalahnya saja, ngalih sudah kena buat macam hamba, patung dan robot oleh company sendiri. Bisdia mahukan kejayaan tetapi kami habis disiksa mental kami. Bisdia mahu kami turutkan arahan bisdia tetapi sekalipun bisdia inda pernah mendangar atau memandang keluahan serta pendapat kami. Bisdia mahukan airlines ani terkenal diserata dunia tetapi sayangnya, semua yang kami lakukan kadangnya atas paksaan semata-mata. Bisdia menyuruh kami improve kan KPI kami tetapi cemana kami kan improve kalau sudah late 5 minit pun kena potong markah KPI. Sekian. Terima kasih.




No comments:

Search This Blog