Friday, September 21, 2018

Asrama dulu sekarang


Hujan lebat turun sedari maghrib tadi. Aktiviti petang seperti biasa bermain badminton dgn eusuff cuma angin agak kuat tanda hujan akan turun. Setiap malam jumaat ada kelas karate menjadi rutin aku menghantar dan mengambil anak2. Bezanya kali ini eusuff tidak ditemani aisy.

'Hidup bagaikan pentas opera....'pandai pula eusuff melayan lagu  Opera Hidup. Bila terdengar lagu seterusnya memang sedikit terkesan ketiadaan aisy di sisi. Lagu yg sering diputar berkali2 dan menjadi pilihan aisy setiap kali mengambilnya pulang dari sekolah.

Asrama dulu

Selepas tamat peperiksaan darjah 6, aku dalam dilema samada ingin meneruskan pelajaran disekolah biasa ataupun sekolah aliran agama. Ustaz ada memaklumkan jika berminat untuk menyambung ke SMA Jeram memang tiada masalah dan boleh terus diterima masuk tanpa perlu saringan. 

Pagi itu aku dipanggil oleh Cikgu Kamarul.

"Ini borang permohonan untuk kemasukan ke Yayasan Selangor hanya kamu berempat yg cikgu pilih dan selamat berjaya" aku memandang wajah Shamsul, Alifah dan seorg lagi yg aku sudah lupa namanya. Yang aku ingat setiap hari bapanya akan menjemput dengan Vespanya.

Dalam hati kecilku berdoa2 semoga permohonan ku diterima.


Aku mendapat maklumbalas dan dimaklumkan bahawa aku akan ditemuduga di Asrama Yayasan Selangor Klang. Pagi itu aku sudah bersiap2 dgn penuh semangat, berseluar coklat berbaju biru muda dan berkasut Aliph. Sampai di AYSK aku terasa agak janggal memandangkan calon2 yg hadir semuanya berbaju sekolah hanya aku seorang berbaju biasa. Aku perasan ada juga murid yg berkain pelikat masih pantang bersunat.

"Fuh" gementar itu tiba2 muncul. Aku perhatikan juga sekeliling mencari2 wajah rakan sekelas ku namun tidak pula kelihatan.

Tidak lama kemudian namaku dipanggil, dengan perlahan2 aku menyusun langkah sebaik mungkin dalam masa yg sama cuba mengawal perasaan gementar. Ada 2 pegawai yg menemuduga aku, salah seorgnya aku masih ingat; Cikgu Suharno. Beliau pernah menjadi warden sementara di ATDi sebelum Cikgu Ahmad dilantik sebagai warden tetap.

"Pagi tadi solat subuh ?" soal Cikgu Suharno.
"Err..solat " balas ku perlahan antara dengar dan tidak kerana sejujurnya aku tidak solat subuh namun kerana takut aku jadi tidak bercakap benar.

"kalau camtu cuba baca doa qunut"
Alamak, degupan jantung semakin kencang. Dengan kegugupan aku menjawab yg  aku tidak mebaca qunut. Aku teringatkan di dalam kitab Feqah Biru ada menyatakan jika kita tidak membaca qunut, perlu diganti dengan sujud sahwi iaitu sujud selepas salam tahyiat akhir.

"Saya buat sujud sahwi" balasku.
Aku melihat wajah Cikgu Suharno tersenyum seolah mengetahui yg aku berbohong. Akhirnya aku terpaksa membuat pengakuan dan memohon maaf kerana tidak bercakap jujur padanya. Pada ketika ini aku dapat merasakan peluang aku untuk diterima semakin pudar. 





No comments:

Search This Blog