Apalagi yang aku ada bila sedih, inilah terapi untuk aku menulis secebis kisah dan emosi sebuah perjalanan hidup. Pastinya yg sedih itu kerap mendapat perhatian dan meninggalkan kesan dalam sebuah cerita. Walaupun hari ini ada pelbagai media sosial lain namun bukanlah tempat yg aku fikirkan sesuai untuk dikongsikan untuk tatapan umum diluar sana. Mungkin sesekali aku menggunakan platform IG dan WS untuk meluahkan rasa dan emosi.
Tadi puas sudah dada ku terasa sakit yg betul2 mendalam. Serik betul aku rasa, sakit yg bukan dibuat2. Betul2 pada ketika ini aku merasakan kecilnya nilai diri aku. Airmuka aku bagai ditampar2. Aku benar2 kesorangan, sengaja aku mendiamkan diri di dalam bilik. Aku nak lupakan manusia2 diluar sana. Aku nak campak semua kenangan2 yg menyakitkan.
Tapi fikiran dan fokusku masih belum kuat, memang aku tidak cukup kuat.
No comments:
Post a Comment