Friday, August 21, 2020

kisah 2 sahabat

Hari itu aku menuju ke kg tok muda, cuba meningatkan semula rumah yg pernah aku kunjung dahulu aku rasakan lebih 10 tahun mungkin. Aku membelok ke jalan masjid dengan perlahan aku pantas memerhatikan deretan rumah disebelah kanan. Ada sebuah rumah yg pantas mengingatkan aku pd sesuatu tp aku kurang yakin dan was2. aku terus memandu sampai ke hujung masjid, dan kali ini aku benar yakin memang itulah rumahnya moliza.

Kasihan aku melihat susuknya, yg aku tahu dia seorg yg sgt aktif, peramah apabila berbicara. Aku menarik nafas dalam2 berdoa semoga allah memberikan dia semula kesihatan , ingatan dan tuturbicaranya. Dia hanya mampu tersenyum cuba melontarkan perkataan tp sedihnya kami tidak dapat memahami. 

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/SbUvMrdfUcc" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Kerap apabila kami bertemu, aku , arwah kamil, fendi sarif dan fahmi akan berbicara tentang beliau. Selepas peristiwa 1994 itu beliau akur untuk tidak lagi bersama2 kami di Atudisma. Aku pernah juga berkunjung kerumah neneknya di batu 20 jeram, ketika itu juga pakciknya ada duduk bersama. Rumahnya ditepi jalan besar berhampiran sekolah rendah bt 20, dihadapannya sebelum jalan masuk penuh dengan tanaman anak pokok kelapa sawit, manakala struktur rumahnya batu dan beratapkan batu juga. 

Bertahun2 kami cuba menjejakinya, aku cuba juga mencari dilaman sesawang namun tiada petunjuk. Cuma ada khabar mengatakan beliau pernah bekerja dibank bermain bola. 2019 ini tahun yg penuh suka duka, nama Jekek@ahmad zakiyamani jamaluddin muncul semula. Gembira dalam kesedihan kerana aku juga kehilangan sahabat yg rapat juga dgn jekek kerana kami sekampung.



No comments:

Search This Blog