Wednesday, September 1, 2021

perginya kerana covid 19

 







SAMBUNGAN BHGN 1

Assalamualaikum wbt 

Buat semua sahabat2 Tuan Hj Mazlan. 

Utk update hari ini. Kami harap semua dapat terus berdoa. 

Hari ni, keadaan ayah kritikal. 

Ventilator telah digunakan hingga high mode setting. Oksigen ayah drop ke 80. HB ayah masih low.

4 pack darah telah ditambah bersama platelet. 

Kami dapat tahu juga hari ni, ada pendarahan di dalam perut ayah pula. Dan rawatan yg sedang dilakukan = scooping utk lihat sebanyak mana pendarahan, kemudian stopkan bleeding, buang urine dan mulakan dialisis. 


Buah pinggang ayah dah mula berhenti berfungsi sbb dah tiada pengaliran keluar urine lg. 

Infusion Inotrope = ubat utk bantu naikkan darah ayah telah diberikan , bersama antibiotic dan ubat2 lain lg. 

Next treatment planning doc ;

Review keadaan paru2, buah pinggang & check sekiranya ada lagi bleeding di kawasan lain pula. 

Mohon doakan moga ada keajaiban buat ayah. Moga ayah akan terus kuat dari dalam utk lawan & bangun semula. 

Terima kasih tak terhingga buat semua yang setiap hari tak putus asa bertanya khabar ayah & doakan kesembuhan ayah.


SAMBUNGAN BHGN 2

Assalamualaikum wrh wb.


Saya Afiq b Mazlan, memaklumkan bhw ayah saya Mazlan bin Saien baru shj menghembuskan nafasnya yg terakhir jam 6.29am sebentar tadi. 

Mohon doakan keampunan dan rahmat buatnya. Halalkan makan minumnya dan Ampunkan salah silapnya. Jika ada sebarang hutang atau yg tertunggak bagi pihak ayah saya, boleh berjumpa saya selaku warisnya. 

Terima kasih



No comments:

Search This Blog