Allah betapa kurusnya pak uda. Lama aku tidak bersua dan bertemu khabar dgn beliau. Beliau yg ku kenali suaranya tegas lantang berdiri tegak dan segak. Dia ada pendirian yg menjadi contoh pd yg lain. Mendahulukan diri disetiap kenduri bahkan senantiasa menjadi penyumbang utama. Pemurah , beliau sgt pemurah apa yg ada dikoceknya bila bersua cucunya terus diberikan. Beliau akan menolak bayaran bila kita dtg ke gerainya. Tidak pernah berkira setiap pemberiannya mmg berlebihan.
Sate, ayam percik, air tebu dan ayam golek bahkan pokok2 bunga. Itulah yg menghiasi hidup aku spjg aku mengenali insan ini. Aku sgt menghormatinya dan beliau sentiasa berikan contoh yg baik pd yg lain.
Aku urut2 lengannya, ubun2nya. Dia bersuara namun aku tidak memahaminya. Bibirnya berdarah kerana kekeringan sesekali amy lap dgn tisu basah. Aku dan amy angkat beliau supaya dpt dia luruskan kaki dan melunjur penuh di atas katil.
Aku hanya doakan yg baik2. Dikesempatan yg aku diberikan utk bersua dan menyapanya selepas bertahun aku tidak bertemu.
Alfatihah utk pak uda, kenangan yg terlalu byk yg manis diingatan. Amin
No comments:
Post a Comment