Friday, February 21, 2025
lega ke?
Jikalaulah panduan manual kehidupan itu ada 1 butang reset setiap kali kita melakukan kesilapan ataupun diuji dengan perkara yg menyakiti emosi. Reset to facory setting. Spt aku yg sudah ke tahun lagi baki 2tahun belum cukup bulan ke angka sedekad separuh perjalanan.
"Aku seolah reset semula semuanya"
"Aku tiada tempat tinggal"
"Aku hanya sehelai sepinggang"
Sunday, February 16, 2025
pada siapa
Ya allah..
Bgmna harus aku bertahan
Bgmna?
Aku bukanlah yg mampu dan senantiasa bersabar
Dunia menghukum tiada adil
Aku bersusah membina membeli dan
Mempertahankan
Rumahku syurgaku menjadi tempelan
Org luaran seenaknya
Bgkan mengutip2 dan menangguk
Air keroh atas keringat dan kudrat
Aku xtau samada utk menangis
Aku redha atas perpisahan
Tp aku x redha dgn tuntutan2
Aku terlalu sedig hancur dan kecewa
Berikan aku 1 tanda yg allah
Aku juga ingin bahagia disayangi
Saturday, February 1, 2025
hijau bumi pd pandangan
Sesuatu yg tidak dirancang kadangkala lebih mudah utk diuruskan dan dptkan maklumbalas drpd semua. Cuti hujung januari dan cuti sekolah sebelum masuk ke feb dan musim baru sekolah.
Aku mulakan bertanyakan emi jika dia ada disini dan puncanya hanyalah bakar2 dirumah utk berkumpul meraikan abah terutamanya yg semakin sihat dan peluang utk membawanya berjalan.
"Jom g manjung?"
Aku terus hubungi acl yg baru balik kerja malam.
"Aku nak g ipoh tengahari nanti" dalam suara yg masih disorong lalok.
"Ok2, xpe2"
Selang bbrp min, acl call semula maklumkan dia tangguhkan plan ke ipoh.
Aku terus ke kjg jemput mhd yg rupanya masih belum berjaga, mujur tidur dibawah.
"Nanti singgah kat area sg leman, sanapun byk org jual mentarang"
Beriya pula abah nak cari mentarang. Bertahun2 aku menyusuri laluan ke sabak bernam drpd tg karang , sekinchan, sg besar tidak pernah sekali aku berhenti membeli mentarang. Mmg kiri kanan laluan terutama dr sekinchan ke sg besar byk gerai menjual mentarang mentah dan yg sudah dimasak. Bahkan byk jg restoran spjg jln yg fokus pd menu mentarang.
"Brp sekilo?"
"Yg besar empat lima dan kecil tiga lima"
Aku antara percaya dan cuba memahamkan kata2 dr penjual tersebut yg , kaget mendengar harga yg diurusniagakan.
inilah mentarang bangsawan setelah dimasak, kulitnya rapuh nipis berhati2 ketika makan kerana boleh tertelah kulitnya yg halus.
Subscribe to:
Posts (Atom)