Saturday, February 1, 2025

hijau bumi pd pandangan

Sesuatu yg tidak dirancang kadangkala lebih mudah utk diuruskan dan dptkan maklumbalas drpd semua. Cuti hujung januari dan cuti sekolah sebelum masuk ke feb dan musim baru sekolah.

Aku mulakan bertanyakan emi jika dia ada disini dan puncanya hanyalah bakar2 dirumah utk berkumpul meraikan abah terutamanya yg semakin sihat dan peluang utk membawanya berjalan. 

"Jom g manjung?"
Aku terus hubungi acl yg baru balik kerja malam. 
"Aku nak g ipoh tengahari nanti" dalam suara yg masih disorong lalok.
"Ok2, xpe2"

Selang bbrp min, acl call semula maklumkan dia tangguhkan plan ke ipoh.

Aku terus ke kjg jemput mhd yg rupanya masih belum berjaga, mujur tidur dibawah.

"Nanti singgah kat area sg leman, sanapun byk org jual mentarang"
Beriya pula abah nak cari mentarang. Bertahun2 aku menyusuri laluan ke sabak bernam drpd tg karang , sekinchan, sg besar tidak pernah sekali aku berhenti membeli mentarang. Mmg kiri kanan laluan terutama dr sekinchan ke sg besar byk gerai menjual mentarang mentah dan yg sudah dimasak. Bahkan byk jg restoran spjg jln yg fokus pd menu mentarang.

"Brp sekilo?"
"Yg besar empat lima dan kecil tiga lima" 
Aku antara percaya dan cuba memahamkan kata2 dr penjual tersebut yg , kaget mendengar harga yg diurusniagakan.

inilah mentarang bangsawan setelah dimasak, kulitnya rapuh nipis berhati2 ketika makan kerana boleh tertelah kulitnya yg halus. 


No comments:

Search This Blog