[29/11, 08:47]dlm 1030 insyaallah
[29/11, 08:48] Nik Rusli🇲🇾: Pukul 11 kut sy keluar dari rumah ni jem sgt tak tahu kenapa.
Jadi aku bercadang nanti singgah sebentar ke gerai nasi lemak didepan surau utk bekalan sarapan nanti aku singgah dipetronas utk mengalas perut.
" Nasi lemak paru telur mata"
" Berapa ye?" Sambil aku menekan apps m2u dan ruang qr bersedia membuat bayaran.
"Rm8"
Hari ini ada 3 temujanji, pg dgn kontraktor reno di kuala selangor, slps tu dgn zidy pula dan jika sempat ptg sedikit dgn hayat.
Urusan pagi sbnrnya dah melangkau peruntukan masa utk aku yg sepatutnya sebelum jam 12 aku dah gerak ke setia alam.
Sebelum sampai ke pekan meru, aku singgah solat jamak di shell. Ada air naik jalan utama dan air parit mmg penuh dan melimpah memenuhi rizab bahkan mmg ada rumah yg kesan kenaikan air masih ada dan belum surut sepenuhnya.
"Masuk jam 830 balik 530 setiap hari"
"Jadi project manager"
Sesekali aku tergelak besar mendengar kisah zidy. Aku tahu sgt zidy mmg licik tetapi kali ini dia akur dan mendengar arahan dan belum berpeluang utk ponteng kerja.
Dia maklumkan sekurangnya 6bulan utk dptkan pengalaman sbg project manager.
Selesai berbual dan berbincang dgn hayat mengenai kerja sendayan dlm jam 1130mlm, itupun kerana rollershutter kedai sudah mulai ditutup. Berpuasing2 juga aku mencari jalan keluar. Lantas teringat ditempat inilah aku pernah membantu emi menjual kambing bakar ketika bulan puasa. Cuma 3hari aku fikir aku meniaga. Masa itu baru kembali selepas 3 tahun merantau.
Ada kisah suka duka yg aku lalui. Melalui jalan disini juga mengingatkan aku yg kami pernah menyewa disini.
Aku termenung dan berfikir, aku hanya nmpk salah org lain, kebenarannya aku juga bersalah. Namun inilah kisah dan takdirnya. Akui kesal dan sgt kesal kesemuanya.
"Maafkan aku...dunia ku ketika itu terlalu kecil sehingga memalingkan perasaan dan tujuan hanya utk mementingkan diri sndiri"
No comments:
Post a Comment