Wednesday, February 18, 2026

ramadhan pertama

Pagi td aku membaca ws drpd grp jln 4, "abg kamarul dah kembali kerahmatullah"
Lama dia sakit, sejak diserang stroke mmg aku x pernah nampak arwah. Semasa sehat beliau begitu kuat dgn bermotosikal lagenda birunya dan rajin ke surau hadapan. Aku kerap selisih dgn arwah kerana sememangnya kita akan berjumpa kerap kerana arwah mmg kerap keluar bermotosikal. Antara kenangan yg aku tidak dpt lupa ketika pertama kali lorong membuat jamuan raya. 

Aku hanya membantu bergotong royong menyiapkan lemang dan yg rare ada lemang periuk kera. Mlm ni bermulanya terawikh menyambut ramadhan. 
Aku berbelah bg dlm membuat keputusan. Aku sandarkan pd mn yg mudah urusan, dan tentunya ada sbb. Kita terlalu selesa dgn suasana yg dah lama kita harungi, sampai masa perlu ada tingkatan dan penambahbaikkan utk diri kita. Sampai bila aku harus mengurungkan diri dlm ruang yg kecil. Semoga suasana yg baru dgn perjalanan baru yg lebih baik. Mungkin raya tahun ini boleh aku menjemput adik2 beraya setelah sekian lama.
RM29.00 utk hidangan diatas.
Apabila slot penggumuman oleh pengerusi surau menjadi tempat bebelan dan leretan. Isya habis jam 904pm, aku lihat 936pm baru habis seisi penggumuman. Ermm, memikirkan esok kerja dan perly bangun awal utk sahur dan bersiap ke rutin harian. 


Sunday, February 15, 2026

hujan petang

Aku sampai td pun kena hujan tp sekerat jalan shj. Ajen dah ada. Hari ini pagi segalanya baik dan ceria. Menjelang tghari serba serbi byk hal yg mengganggu fikiran.

Pewangi fabrik aku habis tumpah dlm box belakang. Buah belimbing aku pun rosak, langsung aku x perasaan. Puncanya menahan lapar dan emosi dgn suasana. 

Aku makan nasi grg bhg dua dgn eus. Dia kata tgh diet, malam td jam 10 tiba2 cg ilham call kata nak dtg bg modul math. Aku call hajjah dia off dan block aku terus. Mmg emosi sgt ditekan2. Aku ws mak beritahu dan mohon dia dpt sampaikan pesan pd eus.

Sehari dua ni aku sibuk mencari iklan rumah dan bilik sewa. Hari ini aku dptla tgk sebuah dan aku rasa sgt berkenan dgn harga dan lokasi. Tp entahla , aku harapkan ada lah rezeki.

Singgah jumpa uncle amik daging rendang. Sampai shj di rumah sewa, ada lelaki dan perempuan diluar. Tgh berdiri disebelah kereta honda fc. Aku agak ini agaknya ajen rumah yg dia bgtau kelmarin. Masuk rumah terang benderang semua bilik terbuka kecuali bilik aku. Telinga aku sempat mendengar.
"Inilah penyewa bilik tu"
Aku terus naik dgn hati yg pelbagai dan aku sedih kecewa dan putus harapan. Serba serbi tidak kena dan bukan rezeki aku hari ini. Aku rehatkan diri dan bersandar mendengar rintik hujan.
Ye dada aku sakit dan rasa spt ditekan. 

Hujan berterusan sehingga malam, dada ini masih sakit. Rupanya ada rentetan peristiwa, aku baru sedar kisah sebuah hati. Pandangan kali pertama itu benar, cinta kali pertama itu jg benar dan mudah utk yg kasihi. Jika kita seorg pejuang pencinta bersedialah utk kita merasa disakiti dan tidak dihargai bila2 masa kerana kita bukanlah pilihan yg pertama.

Sunday, February 8, 2026

bahagia

Iye mana mungkin kita mampu utk membahgiakan semua.

Monday, February 2, 2026

rumah dan impian

Bangkit semula dan memulakan semula yg sepatutnya diusia begini boleh dikatakan menyemai benih dgn berlapang dada drpd hutang. 

Semoga 2026 ini perjalanan baru yg diolah penceritaan dan halatuju dijaga dengan baik. 

Sunday, February 1, 2026

pindah dan perubahan

Salam, hang pindah ke?
ya wslm ha pindahlepasni takdak dah bang hg nak kena bukak selak pintu dekat aku hahaha
ada lagitu barang aku

kali pertama masa tu jauh dtg semata nak meraikan pembukaan pasaraya giant. Sampai masanya juga giant ditutup. Byk kenangan disini.

Friday, January 23, 2026

rahmah 2026

Nasi ayam + air soya rm8

Isnin lawatan tapak bersama2 dgn org paip daerah raub. Awal pg janji dgn tse dan berahim di sjp. Aku agak terlewat bangun terbabas mujur sempat pd waktunya. 

Tuesday, January 13, 2026

gagal

Bila aku renung pd usia yg aku lewati dr apa yg aku ada, aku fikir aku dah putus asa dan tewas dlm perjuangan duniawi. Utk aku duduk dirumah yg selesa pun aku tidak mampu, hanya menumpang diruang bilik yg kecil. Masih menguatkan kudrat dgn bermotosikal sedangkan org lain seusia aku dah menaiktaraf dgn kenderaan yg selesa. Aku sndiri pun tidak mampu menjaga diri dan memberikan keselesaan yg mutlak apatah lg utk membahgiakan org lain. 

Aku terperangkap dlm dunia yg sempit diusia begini. Ye dah masuk 2026, tp tiada perubahan besar dlm hidup aku. Hanyalah sebuah kegagalan drps episod yg lepas. 
Lauk telur berlado, sambal tempe rm7.

hilang

Dah masuk kali ke 3 hilang barang, anehnya kali ini hilang didalam rumah. Helmet sgv biru elok aku letak atas box selama ini bila balik kerja tadi tiada ditempat biasa. Seperti biasa bila tanya pd rakan serumah jawapannya tidak tahu. Yg sgt menghairankan aku letak didalam rumah.

Kali pertama hilang helmet masa kerja kilang volvo masa tu baru beli helmet meroon ltd, aku letak sticker zildjian, balik kerja jer dah hilang. Aku beli dgn a.din kat kedai sparepart simpang 5 klang. Budak kilang jg yg rembat sbb motor parking dlm kilang. Aku lupa bgmana aku balik aritu.

Kali kedua helmet rt clone fiber. Hilang kena rembat dlm givi box. Bila aku turun je tgk box dah terbuka. Masa kejadian motor parking kat depan kaki lima opis. 

Part 2
Pg mcm biasa slps subuh aku gerak hantar eusuff ke sekolah, hari ni terlewat sikit bangun, walaupun syg dah kejutkan seawal jam 5am. Bila aku buka pagar aku nmpk motor lagenda dan ada helmet berwarna biru. Aku cuba intai visor namun tidak berapa jelas. Dalama kegelapan subuh aku tertanya2, dan sbnrnya mmg aku tidak percaya pun cerita iman. 

Slps selesai urusan ke sekolah, aku mmg bercadang ingin terus ke pejabat siapkan janji2 semalam utk kerja2 projek kuang. Aku baru sedar yg hard disk tertinggal dan terpaksa jg blik ke rumah, hati aku berdetik dan harap motor pagi tadi masih ada. Tepat tekaan aku dan mmg helmet biru tu aku punya, cuma sticker o dah dibuang. 

Aku kenal sosok india tu, mmg pernah berkunjung dan katanya kawan iman. Brader sebelah ni tanya kat india tu
"Siapa bagi topi, awat hang amik topi orang?_
"Iman yg bagi suruh pakai"

Saturday, January 10, 2026

mkn tghari

sbnrnya teringin sgt nak makan mee goreng tp bahan nak masak xde, kuali pun xde. Adala periuk elektrik kecik cukup utk masak maggi shj. Cadang td masuk giant nak berjimat2, amik kepak ayam 5 pcs, serbuk lada hitam, limau mandarin, perencah segera tomyam dan sambal ikan bilis, total rm41. Terlebih budget jadinya.

Bila aku buka rupanya botol tu kecik berbanding kotak, patutla cepat hbis. 

Wednesday, January 7, 2026

rezeki durian kkb

Kisah durian smlm, memula cdg nak cr buah langsat n manggis, dah fikir mn nak singgah, lps urusan kat majlis.

Mmg murah la durian rm6/kg, manggis n langsat rm5/kg

Masa beli langsat tu ada psgn suami isteri jg dtg singgah dia beli durian dan makan situ. Sy x fikir nak beli sbb naik motor kan susah, dan bila tanya penjual mrk xde bekas.

Entah camna brother tu offer sy rasa dgn sungguh2 , sy x dpt tolak. Mmg sedap dan rezeki sy dpt merasa seulas kucing tidur.

Sy fikir mmg kena cr bekas, kebetulan nmpk mrdiy..sy g solat dulu lps tu baru dtg blik singgah.

Suka makcik tu dia nmpk sy dtg bw bekas, gelak2 kami pasal sy bw bekas tu.

Makcik tu belanja sy 2 biji durian kecik makan kat sana. Syukur sgt dpt jumpa peniaga mcm ni.

Mereka x kaya dan bergaya dgn keta mewah, pakaian pun biasa2 tp akhlak mrk sgt terpuji, x perlula nak berjanggut berjubah berpurdah sgt pun. Berkongsi rezeki sbb mrk percaya rezeki itu akan jd lebih byk.

Thursday, January 1, 2026

mulakan hari dgn mendobi

Hari silih berganti begitu juga tahun, hari ini masuk ke tahun 2026, alhamdulillah dgn nikmat yg allah berikan. Aku mengharapkan kesihatan yg baik2, emosi yg baik2 dan hubungan yg baik2 dgn manusia. 

Tiada ucapan2 drpd org yg aku harapkan, cuma ada 2 org rakan sekolah zuheer dan dan drpd saravanan. 

Search This Blog