Sunday, February 15, 2026

hujan petang

Aku sampai td pun kena hujan tp sekerat jalan shj. Ajen dah ada. Hari ini pagi segalanya baik dan ceria. Menjelang tghari serba serbi byk hal yg mengganggu fikiran.

Pewangi fabrik aku habis tumpah dlm box belakang. Buah belimbing aku pun rosak, langsung aku x perasaan. Puncanya menahan lapar dan emosi dgn suasana. 

Aku makan nasi grg bhg dua dgn eus. Dia kata tgh diet, malam td jam 10 tiba2 cg ilham call kata nak dtg bg modul math. Aku call hajjah dia off dan block aku terus. Mmg emosi sgt ditekan2. Aku ws mak beritahu dan mohon dia dpt sampaikan pesan pd eus.

Sehari dua ni aku sibuk mencari iklan rumah dan bilik sewa. Hari ini aku dptla tgk sebuah dan aku rasa sgt berkenan dgn harga dan lokasi. Tp entahla , aku harapkan ada lah rezeki.

Singgah jumpa uncle amik daging rendang. Sampai shj di rumah sewa, ada lelaki dan perempuan diluar. Tgh berdiri disebelah kereta honda fc. Aku agak ini agaknya ajen rumah yg dia bgtau kelmarin. Masuk rumah terang benderang semua bilik terbuka kecuali bilik aku. Telinga aku sempat mendengar.
"Inilah penyewa bilik tu"
Aku terus naik dgn hati yg pelbagai dan aku sedih kecewa dan putus harapan. Serba serbi tidak kena dan bukan rezeki aku hari ini. Aku rehatkan diri dan bersandar mendengar rintik hujan.
Ye dada aku sakit dan rasa spt ditekan. 

Hujan berterusan sehingga malam, dada ini masih sakit. Rupanya ada rentetan peristiwa, aku baru sedar kisah sebuah hati. Pandangan kali pertama itu benar, cinta kali pertama itu jg benar dan mudah utk yg kasihi. Jika kita seorg pejuang pencinta bersedialah utk kita merasa disakiti dan tidak dihargai bila2 masa kerana kita bukanlah pilihan yg pertama.

No comments:

Search This Blog