Tuesday, November 19, 2019

nilai diri untuk sebuah harga

Samada teruskan berubah ke satu fasa yg baharu ataupun kekal sama dan cuba mengubah persepsi orang. Aku dalam fasa keliru antara ihsan dan kasih sayang. Pasti dalam keputusan ini ada jiwa yg bakal beremosi.

Disuatu nilai, aku mmg telah ditetapkan sbg insan yg bukan sempurna sepenuhnya. Cuma aku berusaha mengisi kekosongan ketidaksempurnaan itu namun tetap lompong. Yg lompong itu masih kekal menjadi ukuran mengatakn aku tidak bertanggungjawab dan berusaha sepenuhnya 

Tetapkan nilai kita dengan meninggalkan pada mereka yg tidak menghargai usaha dan kudrat lelah. Aku katakan mmg aku bukan sempurna. Aku juga tidak salahkan kelopongan org lain utk aku jadikan sebab dan menuding jari. Walaupun aku bertahan lama kelmaaan kadar ikhlasku berkurangan. Akhirnya membuak pula menjadi trauma emosi menjadi mudah sentap dan terasa hati. Mereka memang tidak akan faham mengatakan aku terpedaya dengan rayuan dan berubah hati.

Kekuatan itulah yg aku cari yg aku fikir pada satu ketika aku membuat keputusan yg betul. Rupanya kaedah aku salah dan keadaan menjadi semakin teruk dan celaru. Sungguh aku serabut dgn perasaan dan emosi.

Aku sudah cukup dewasa kah untuk mengubah tradisi ini, bahkan akan mengundang sebuah palitan hitam dlm hidupku ini. Tidak pernah dibuat keturunanku begitu. Benarkah aku gila pada itu? Hakikat sebuah hubungan.

Aku benar2 bukan dan masih keliru.

Thursday, November 14, 2019

bila sabar dihujung usia

Aku hanya tunduk diam dan masih lagi termangu dengan peristiwa tadi.
"Babi..."tanpa diduga mak tiba2 menjadi hilang sabar mungkin kesan dgn kata2 aku yg mengatakan mak tamak dengan harta.
Tudung saji itu meluru ke arah aku langsung menghentam cawan lalu jatuh berkecai di atas lantai. 
"Babi.." aku hanya diam. Reaksinya benar2 diluar jangkaan aku. 
Kepala aku juga menjadi serabut. Dalam masa yg sama ada juga kerja yg perlu aku teruskan. Semoga kekuatan itu terus mekar dan tidak mengalah dipertengahan jalan.


Wednesday, November 13, 2019

Bila kita berfikir

Hmm, kunci pula dr dalam. Sudah 3x aku mengetuk pintu dan memberi salam.
Aku langsung ke motorsikal dan meninggalkan rumah dengan sedikit sedih kerana tidak dpt berjumpa dgn anakanda.

"dia bg ko makan"
Aku cuba memekakkan telinga dengan menguatkan volume handphone. Pedih terasa dengan tuduhan kata2 tersebut. Aku cuba bertenang dengan memandang shj ke hadapan memandu dengan kadar kelajuan yg masih lojik dan waras.

Maafkan abah anakanda.


Wednesday, October 16, 2019

Sulit serabut mengejar masa

Ketika  saat ini aku memikirkan kehidupan lalu yg pernah aku lalui. Ketika ini juga aku memikirkan kehidupan hari ini. Dan ketika ini juga aku memikirkan esok lusa dan seterusnya.

Hubungan aku dgn ipar , mertua sudah berakhir mustahil untuk diperbaiki bahkan tidak mungkin perlu utk aku kesalkan sgt. Sabar aku katakan pd diri, untuk apa kita nak senangkan hati org lain jika diri sendiri serabut dan menjadi tidak ikhlas. 

Kerjaya pun masih belum stabil, masih menanti dgn sabar dan harapan. Kekuatan yg aku kumpulkan untuk suatu tujuan dan matlamat. Pastinya juga utk masa depan anak2 yg ada harta paling bernilai manakan ada gantinya.

Tahajjud aku juga masih belum sempurna, masih byk cacatnya masih ada ruang utk aku tangisi dosa2 lalu aku. Ya allah ampunkanlah segala dosa2 ku.

Ampunkan dosa2 ku ya allah....

Monday, September 23, 2019

seorang insan kamil

Lama aku tidak menyentuh dan menulis, cuma hati ini terlalu sedih dan sgt kehilangan. Termenung aku berjujuran air mata ku berlinangan mengenangkan betapa kesalnya aku kerana engkau pergi tanpa sempat aku bertegur sapa dan bercerita dgn engkau kamil. Aku kehilangan sisi yang sgt penting dlm hidup aku, seorg teman ketika aku sukar dan susah pastilah engkau ada untuk bercerita dan mendengar, semangat engkau aku kagumi kamil. Byk sgt memori untuk aku singkapkan. Aku hanya menyentuh tubuh kaku engkau, aku melihat engkau tersenyum sahabat, sebaik2 wajah yg pernah aku saksikan. Allahuakbar...seindah nama engkau insan kamil..
22 sept 2019..alfatihah untuk sahabat

Wednesday, April 10, 2019

Aku bukan penulis

Apalagi yang aku ada bila sedih, inilah terapi untuk aku menulis secebis kisah dan emosi sebuah perjalanan hidup. Pastinya yg sedih itu kerap mendapat perhatian dan meninggalkan kesan dalam sebuah cerita. Walaupun hari ini ada pelbagai media sosial lain namun bukanlah tempat yg aku fikirkan sesuai untuk dikongsikan untuk tatapan umum diluar sana. Mungkin sesekali aku menggunakan platform IG dan WS untuk meluahkan rasa dan emosi.

Tadi puas sudah dada ku terasa sakit yg betul2 mendalam. Serik betul aku rasa, sakit yg bukan dibuat2. Betul2 pada ketika ini aku merasakan kecilnya nilai diri aku. Airmuka aku bagai ditampar2. Aku benar2 kesorangan, sengaja aku mendiamkan diri di dalam bilik. Aku nak lupakan manusia2 diluar sana. Aku nak campak semua kenangan2 yg menyakitkan.

Tapi fikiran dan fokusku masih belum kuat, memang aku tidak cukup kuat. 

terima kasih tau


Samada ianya 1permulaan bg sebuah pengakhiran aku juga belum pasti. Masih ada cabaran2 mendatang yg belum aku terokai. Aku disini pada ketika ini merenung jauh menarik nafas sedalam mungkin. Pedih aku terasa jauh disudut dada ini. Perlahan2 aku terasa ada sesuatu membasahi mataku. Sebak, pedih dan tiada kata2 yg dapat aku gambarkan. Aku perlukan sebuah kekuatan yg baru.

Part 2; Bila dia Pergi

"En. Jaafar dah nazak"

Selang beberapa minit pesanan masuk lagi, "En. Jaafar sudah tiada". Aku meletakkan hp disebelah dengan perlahan2. Sedikit terkesan di dalam hatiku, beliau seorang yg aku kenali apabila kami berpindah ke rumah baru. Rupanya ada saudara yg berjiran dengan kami. Hari berganti masa, anak2nya pula mak yang menjaganya. Nazrin dan ashraff bukanlah kanak2 biasa yg duduk diam, tetapi ternyata mereka memberikan corak dan warna dalam keluarga kami. Kami terhibur dan senang dengan mereka tidak sesekali kami marah dan memberikan beban.

"Kamu jgn risau, acik ada disebelah kamu nanti, jika ada org yg berniat x baik insyaallah acik ada buat pendinding"
Dan sepanjang majlis itu beliau menjadi pelindung dan saksi pada sebuah kisah besar.

Seawal pagi aku sudah bersiap mandi, kebetulan aku balik semalam membawa eusuf dan aisyah dan memandu kereta abah. Itupun bertubi2 ws memenuhi ruang, aku renung skrin hp dan mengetapkan bibir. Segala urusan berjalan dengan lancar, jam 830pagi van jenazah tiba untuk membawa arwah ke surau. Sudah tentu kebanggan seorang ayah apabila anaknya sendiri mengimamkan jenazah bapanya. Perlahan2 air mataku menitis sedikit, sungguh terkesan apakah aku mampu menggalas tanggungjawab sebagai nak sulung nanti. 

Alfatihah untuk acik Jaafar. 


Search This Blog