Monday, January 29, 2018
hujan
Sesuatu yg tiba2 aku rasakan sunyi.
"Mak balik bila No?"
"Jumaat malam ni..."
Jauh aku rasakan, sejauh benar laut cina selatan itu yg memisahkan semenanjung dan borneo. Baju abah masih belum ku tempah. Lama benar aku tangguhkan. Cuma aku yakin tiada masalah memandangkan disini kedai jahit bisa menyiapkan dalam masa 2-3 hari sahaja.
Hujan yg turun kebiasaannya sebelah petang. Pernah sekali sewaktu pagi ingin menghantar urusan kesekolah, banjir kilat di jalan keluar rumah.
Ada baik dan sebaliknya, bila ada kita tidak menghargai bila jauh kita kehilangan.
Monday, January 22, 2018
tauchu
'Maaf cik tempat ni dah pindah setahun yg lalu'
"Ohh..dimana tu?"
"Dilambak Kanan, dekat dengan masjid"
"Terima kasih byk2"
Aku mengerah2 otak mencari idea dimana gamaknya Lambak Kanan ni, aku seakan pernah nampak. Aku berhenti seketika membuka map google dgn berbaki credit yg cukup2. Akhirnya sampai juga ke arah yg ku hajatkan, namun kecewa sekali kerana tempat yg sepatutnya aku tuju sebenarnya dibelakang shell di hadapan timesquare.
Alhamdulillah selesai urusan pagi ini walaupun aku terpaksa pergi ke 3 tempat yg berlainan. Dalam perjalanan pulang aku memikirkan untuk menu tengahari. Apa yg terlintas ikan tuna masak kari. Jam masa tu sudah pun 10.00am, pasar pun baru buka. Aku mencari2 ikan yg aku fikirkan tadi sehingga aku ternampak longgokan ikan senangin. Jarang ada sebenarnya ikan senangin di sini.
"Mak, tadi ada beli ikan senangin, ikut makla nak masak apa."
"Elok tauchu jelah, separuh mak goreng tawar, ada kobis tu mak masak lemak."
"Ohh..dimana tu?"
"Dilambak Kanan, dekat dengan masjid"
"Terima kasih byk2"
Aku mengerah2 otak mencari idea dimana gamaknya Lambak Kanan ni, aku seakan pernah nampak. Aku berhenti seketika membuka map google dgn berbaki credit yg cukup2. Akhirnya sampai juga ke arah yg ku hajatkan, namun kecewa sekali kerana tempat yg sepatutnya aku tuju sebenarnya dibelakang shell di hadapan timesquare.
Alhamdulillah selesai urusan pagi ini walaupun aku terpaksa pergi ke 3 tempat yg berlainan. Dalam perjalanan pulang aku memikirkan untuk menu tengahari. Apa yg terlintas ikan tuna masak kari. Jam masa tu sudah pun 10.00am, pasar pun baru buka. Aku mencari2 ikan yg aku fikirkan tadi sehingga aku ternampak longgokan ikan senangin. Jarang ada sebenarnya ikan senangin di sini.
"Mak, tadi ada beli ikan senangin, ikut makla nak masak apa."
"Elok tauchu jelah, separuh mak goreng tawar, ada kobis tu mak masak lemak."
Thursday, January 18, 2018
pari salai
Hari ini menu ikan, dr awal pagi aku dah siapkan juadah untuk tengah hari. Semenjak ada mertua di rumah aku jarang ke dapur untuk masak , ada juga sesekali sekadar menjerang air dan menyediakan bekal untuk bujang ke sekolah.
Memang sudah lama aku teringin ikan kembong, dan mmg dah ada menu yg aku rancang, sambal ikan kembung. Sayur yg ada aku sekadar masak tumis rencah ikan bilis.
Pari salai tu jadi menu tambahan memandangkan td sengaja singgah ke pasar. Kebetulan aku sampai nelayan baru pulang dan aku teruja melihat ikan yg segar dan menggeletek masih bernyawa. Aku memilih seekor ikan pari yg sedang tidak terlalu besar dan kecil, lebih sedikit sekilo beratnya.
Pari bg aku mmg sedap disalai, aku ambil daun pisang diblkg rumah dan aku balut agar ikan tidak kering dan hangus.
Semoga dimurahkan rezeki. Amin
Friday, January 5, 2018
2018
Tahun baru dimulakan dengan musim buahan tempatan dan peniaga mula berlawan harga terutama sekali raja buah durian. Buah yg akan datang bakal menjadi sajian orang2 berada sahaja kerana semakin tinggi harga per kilo bukannya selonggok seperti dulu.
Pastinya azam seperti2 terdahulu yg masih tidak tercapai bahkan ada juga yg tidak berubah. Yang pasti umur semakin hampir ke hujungnya.
Semoga ada bahagia di tahun 2018.
wallahualam
Pastinya azam seperti2 terdahulu yg masih tidak tercapai bahkan ada juga yg tidak berubah. Yang pasti umur semakin hampir ke hujungnya.
Semoga ada bahagia di tahun 2018.
wallahualam
Tuesday, August 29, 2017
hidup kita
Kemanakah perginya teman2 setia
Suka duka gelak ketawa tiada lagi bernyawa
Yang tinggal hanya sisa hidup remaja
Membawa kita kedunia yang nyata
Tak ku kesali apa yang ku lalui teguh dibalut memori
Bersama menempuh segalanya beganding sentiasa
Menuju puncak hidup yang telah dibina
Kemanakah perginya teman2 setia
Suka duka gelak ketawa tiada lagi bernyawa
Kenangan bersama hanya tinggal diminda
Menjadi pegangan hidup yang penuh ranjau
Tak ku kesali apa yang ku lalui teguh dibalut memori
Bersama menempuh segalanya beganding sentiasa
Menuju puncak hidup yang telah dibina
Bawa kembali yang telah disemadi
Tak usah lagi menyepi
Bersama menempuhi segalanya berganding sentiasa
Menuju puncak hidup kita yang telah dibina
kan bersama semula kembalikan cahaya
nyawakan semula impian yang telah dibina
ibu emas
Malam ini, ibu segala emas menjadi pertaruhan..kesilapan drpd seorg penjaga gol menghadiahkan gol percuma..langsung aku tutup kerana sudah seperti ku duga keputusannya...
Sunday, July 9, 2017
yesterday
Semasa memandu tadi begitu banyak yg ingin aku coretkan dan kata2 yg bermain2 dikepala yg benar2 untuk aku ilhamkan di dalam nota ini. Namun bila ku buka laptop ini, jari ini seakan kaku, kosong. Mata masih menatap skrin, telinga mendengar alunan muzik yg sengaja aku membuatkan mood yg sederhana antara sedih, rindu dan cuba mencari sedikit jawapan.
'But i not the only one'
Satu2nya ruang untuk aku berbicara dan aku tahu tiada sesiapa yg membaca kisah coretan aku ini. Laman sosial bagi aku ruang yg sgt terbuka untuk berkongsi emosi yg terpendam. Kisah aku bukan untuk dikongsi dengan semua, cuma aku perlukan sedikit ruang dan masa untuk menilai semula apa yg telah terjadi.
Jujurnya sehari sebelum kejadian besar berlaku seakan ada satu nekad tekad yg aku tanamkan di dalam ruang dan fikiran. Aku telah melalui satu fasa yg perlukan suatu perubahan. Dan ketika apa yg aku berfikiran itu didesak2 dengan pelbagai kisah dan sorotan. Aku tidak mahu menjadi zombie, momok muka yg tiada perasaan hodoh dann menakutkan pandangan manusia.
Bila aku imbas kronologi, kata2 yg diluahkan tidak dalam keadaan tekanan dan emosi yg melampau, bagaikan air yg mengalir tenang, tidak kuat tidak terlalu perlahan tetapi jelas didengari. Jelas membawa maksud apa yg aku lontarkan dan maksudkan.
Bagaikan sesuatu yg berlaku seiring dengan kejadian juga, rupanya juga aku hilang disitu, kita sedar sesuatu yg menyakitkan dan menakutkan minda akal ini bila nilai sesuatu hubungan hilang sekelip mata. Hebat sungguh kasih sayang berubah menjadi 1ancaman dan perlu dijauhkan serta merta. Hebatnya kesan dan dalamnya renjatan yg menusuk di dada, kita nampak normal diluar namun sebenarnya kita sakit. Pedih dan jiwa jadi lapar kerana tiba2 menjadi kosong, unjuran semangat yg kita sandarkan hilang.
Di masa ini adakah kita memiliki pilihan? pilihan untuk membuka pintu yg kiri dan kanan, dan sebenarnya hakikat dunia tidak ramai yg akan melangkah dan membuka pilihan itu. Dibelakang aku toleh ramai yg membuat kecaman dan kutukan.
Seringkali aku mendengar ungkapan kata2 keji 'Be urself', "Just Do it'...baru aku tau betapa kejinya sebab xde maknanya di sudut realiti, hakikatnya. Bila dah masuk ke dalam laluan itu, yg sbnnya itulah hanya jalan sehala, segala buruk baiknya teruskan sahaja. Akhirnya aku jadi zombie.
Subscribe to:
Posts (Atom)