Friday, December 5, 2008

CIKUNYA

Dipetik : http://pyejal.wordpress.com/2008/10/13/chikugunya-menyerang/



Jika anda pertama kali menyebutnya mungkin pelik. Cikgunya? Cikunya? Benda alah apa tu? Bagi yang tak tahu Chikungunya (bukan adik-beradik cikgunya atau pun cikunya) adalah penyakit bawaan nyamuk ditemui pertama kali di Tanzania pada 1953. Kemudian merebak ke Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Chikungunya adalah endemik dan berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Lebih kurang macam denggi. Tapi denggi boleh membawa maut. Chikungunya belum ke tahap itu.

Antara tanda² chikungunya, demam panas mengejut, sakit teruk pada sendi, ruam pada badan, dan sakit kepala. Jika anda mengalami gejala tersebut, segeralah ke klinik atau hospital. Tapi jangan kecewa jika doktor tidak dapat memberi ubat yang sewajarnya kerana memang tiada ubat atau vaksin khusus untuk penyakit ini. Selepas anda demam teruk, akan timbul ruam merah pada badan dan sengal² pada sendi juga kurang selera makan.

Aedes Albopictus

Aedes Albopictus

Bagaimana untuk pulih? Jawapan yang pelik telah ku terima dan terpaksa bertanya semula; jawapannya makan sup ketam, makan buah ciku, air 100 Plus dan air kelapa. Jawapan buah ciku amat pelik ku dengar. Mentang²lah bunyinya sama. Cuba saja, sekadar ikhtiar.

Aku ceritakan kisah chikungunya ini sekadar memberi makluman kepada anda. Kerana mungkin aku mangsa selepas ini. Siapa tahu. Jadi aku ingin mohon maaf awal² sebelum terlambat. Keluargaku 2 orang sudah mengalaminya. Sekitar mukim kampung ku ada dalam 20-30 orang yang dah mengalaminya dan mungkin lebih. Kampung sebelah pun dah kena sembur. Untuk mengelaknya, serupa sebagaimana mencegah aedes, jaga kebersihan kawasan rumah pada tempat² takungan air. Jadi, berhati²lah.

Untuk info lanjut sila klik SINI
[Diperbaharui]

Untuk pulih daripada penyakit Chikugunya ini anda boleh ke kedai ubatan Cina dan bertanyakan tentang ’sei sei’. Mungkin ubat ini boleh membantu memulihkan. Jika anda ragu² tentang halal atau haram, buang keraguan anda itu kerana dalam keadaan darurat, tanpa ada ikhtiar lain dan juga atas dasar untuk memulihkan, perkara tersebut adalah harus (walaupun sesuatu itu haram pada asalnya) - harap saya betul tentang ini.


No comments:

Search This Blog