Wednesday, December 31, 2008

menanti

jam berdetik mengira waktu..
sekujur tubuh di dalam kegelapan sujud
resah tertanya apakah waktu
sendirian bertasbih berdoa
anak muda dimana-mana
namun hati ibu yang sunyi
pusing kiri pusing kanan
memandang jauh
kedengaran hilai ketawa anak diluar
sesekali jari2 menekan pantas
menulis pesanan
namun bukan pada ibu tua
namun bukan pada ibu yang
menunggu dlm kegelapan
mata menari2 seakan lelap
hati menangis2 mencari jawapan

dia bangun mengambil wudu'
membasahi tubuh
sejuk seketika
sunyi sepi

anak semakin jauh
kilauan cahaya lampu mlm
menerangi
asap2 toksin berkepul
begitu teruja rasanya
hanyut bukannya lemas
kerana karam

sedangkan ibu tua terus menanti....

No comments:

Search This Blog