Tuesday, October 15, 2024

sekali lg ke kamar

Hujan gerimis sebentar di permaisuri, aku singgah ke nasi lemak paru. Cuaca mendung tp hujan tidaklah begitu deras hanya membasahkan jalan.
Aku rasa xde rasa dan perasaan. Hancur luluh. Aku terfikir dimana agaknya letaknya hak sbg suami? Jika kesemuanya hanya menjurus pd bekas2 yg x berguna dan menyusahkan hidup ko bertahun2. Tanpa malu dan rasa bersalah disebabkan terpalit dlm ayat alquran ko boleh letakkan nilai begitu??. Kesalnya aku mengenali beliau aku rasa itulah kekesalan terburuk seumur hidup aku kerana pernah menyerahkan seluruh jiwa raga utk insan ini. Terang2 dia menghina aku dihadapan org lain. Dgn bangganya kononnya masa dia sgt berharga dan perlu byr doktor lain utk dia meluangkan masanya. Atas alasan prinsip dan ada undang2 yg boleh dituntut.

Lemas aku sehinggakan aku pun buntu dan mati akal. Aku rasa seolah dunia mmg sgt kejam kerana menghukum aku dan menarik kebahagiaaan dunia yg ada pun sisa utk aku teruskan. 

Aku dilabel mcm2 dan sbg manusia yg terendah dan pekerja cabuk miskin dan hina, tetapi tadi tiba2 aku dikatakan profesional dan ada harta menggunung dan sgt kedekut. Ya allah bgmna aku nak buktikan keikhlasan dan pengorbanan aku selama ini. 

Mmg berkaca mata ku, cuma aku halang utk jatuh. Tajam dan sesak dada seketika.
penutup malam dgn  #korangaisyeus.

No comments:

Search This Blog