Thursday, May 10, 2018

era baru


Pertama kali aku tidak dapat mengundi, selepas era kejatuhan shah alam ke tangan pakatan yg ketika itu mendapat desakan drpd penduduk2 setinggan Kg Rimba Jaya yg menyaksikan pertama kali Selangor bertukar pemimpin. Aku sempat menjengah ke Padang Jawa mencari2 semula rakan2 lama mengimbau kembali nostalgia zaman kanak2. Salah seorg rakan baik ku Akhtar Reza anak jati padang jawa, dan itulah juga kali akhir aku melihat dan berbual dengannya. 

Aku menyusuri laluan jalan disepanjang rel keretapi yg satu ketika dahulu pernah terdirinya rumah2 setinggan rakan2 sekolahku. Antaranya ialah rakan baikku, seorg sahabat yg aku kenali sebagai seorg yg pendiam kurang bicaranya dan setia dengan sahabat. Aku hanya dapat berjumpa dengan keluarganya, aku dimaklumankan beliau kini tinggal di pahang bersama-sama dengan kakaknya. Walaupun ada kedengaran kisah2 pahit yg aku dengar tentang beliau, apa yg aku tahu dan kenal peribadinya sebelum ini beliau ialah seorg sahabat aku yg senantiasa berada disisi. Kami membesar bersama sehingga aku berpindah keluar drpd Rimba Jaya.

Hari ini pasti membuka lebaran sejarah yg baru, sebuah kisah yg pasti akan diceritakan sehingga generasi akan datang. Mujurla ada media sosial yg sedikit mengubati perasaan yg begitu teruja untuk mengetahui apa yg berlaku diluar sana. Namun kadar data yg perlahan dan tersekat2 sedikit merencatkan keterujaan tadi.  Mataku senantiasa melihat paparan ws, melihat2 laporan2 terkini drpd sahabat2 dan group yg ada. Bibit kejatuhan dan peralihan semakin jelas, sehinggalah menjelang tgh malam paparan keputusan terkini seolah tergantung. Suasana yg sama ketika 5 tahun lalu apabila BN hanya menang majoriti mudah, tiada laporan media tiada keputusan muktamad. Seolah tiada apa2 yg berlaku.

Aku terus melayari live streaming drpd malaysiakini, sehinggalah menjelang tgh malam TUN membuat sidang media dan secara tidak rasminya berlaku perubahan besar dan kemenangan kepada PAKATAN. Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak , Kedah bahkan Sabah dikuasi dan hanya menunggu pengesahan rasmi drpd SPR. Kelantan masih kekal bersama dgn kerajaan terdahulu tetapi berlaku gelombang hijau di Terengganu. 

Aku terus menunggu sehinggalah jam 3am, masih belum ada keputusan penuh. Dan aku hanyut dibuai dalam mimpi yg bakal menjadi kenyataan. 









Monday, April 30, 2018

Likas ke kundasang

Sebenarnya sudah kali ke 3 berkunjung ke KK namun masih belum berkesempatan utk menjejakkan kaki ke Kundasang. Jadi mengambil kesempatan pembatalan program awal yg sepatutnya menjadi program pendedahan pertandingan karate di kk disebabkan sensei membatalkan penyertaan disaat akhir. Hairan juga kerana baru malam semalam aku bertemu dan beliau tidak menyatakan apa2, bahakan sempat aku bertanya untuk program hari ini. Cuma apa yg aku perasan wajahnya kurang ceria,

Kami mengalas perut dengan makan pagi di kedai mamak, asalnya aku seperti ingin mencuba kedai Ikan bakar pak Lang, namun selepas melewati kedai tersebut aku membatalkan niat. 2 kali juga aku memusing di kawasan Alamesra mencari kedai makan yg berkenan di hati.

Deraf kawasan2 yg perlu aku lalui telah aku catatkan di kertas. Checkpoint yg sepatutnya aku temui sepanjang perjalanan.

Perjalanan masih lancar mungkin kerana bukan pada waktu puncak, cuma seperti biasa apabila ada kenderaan berat di hadapan kereta akan berderet panjang, sesekali aku terpaksa menukar gear rendah untuk menambahkan sedikit kuasa pada kereta untuk mendaki.

Dikiri kanan jalan akan kelihatan gerai menjual sinalau bakas, mujurlah aku sempat membaca blog2 dan mengetahui apa sebenarnya yg mereka jual tersebut.

Perhentian pertama yg kami singgah ialah Pekan Nabalu. Kemestian untuk berhenti disini kerana disinilah kita dapat melihat Gunung Kinabalu dari jauh. kelihatan gerai2 menjual buahan dan cenderahati. Cuaca sejuk juga diluar walaupun sudah pun pkul 1030am.

Kelihatan juga pelancong yg turut memenuhi  ruang tumpuan, dimana ada sebuah platform yg berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Kami meneruskan perjalanan ke kundasang. Pemandangan dikelilingi curam nun jauh saujana memandang dan gunung-ganang. Sesekali nampak juga poster bendera parti disepanjang jalan yg didominasi oleh BN.

Tengahri kami sampai di Pekan Kundasang, kebetulan ada pula pasar yg menjual makanan kami singgah untuk mengalas perut, memandangkan juga tiada kedai makan yg kami akan singgah untuk tempoh 2 jam lagi. Kos makanan masih murah, dimana kuih masih 3 biji RM1, aku membeli sate ayam 10 cucuk RM6.

Sampai di Farm Kundasang sudah pun masuk lunch hour, aku bertanya di pondok masuk dan dimaklumkan ssebentar lagi waktu rehat dan aktiviti hanya disambung jam 2pm. Jadi kami hanya mengambil gambar diluar.

Balik semula ke hotel, perjalanan ditempuhi dalam hujan. Alhamdulillah perjalanan yg jauh dan penat namun ada sesuatu yg kami perolehi. Insyaallah kami akan datang lagi.






Friday, April 20, 2018

Mencari hotel

Perjalanan 8jam memang membuatkan badan penat. Sedikit usikan emosi pasti mencetuskan kemarahan. Sampai di kk jalan sudahpun dipenuhi dgn kenderaan memandangkan waktu puncak org pulang dr kerja. Jalan yg aku lalui pertama kali aku cuba dan agak jauh dr bandar dan tempat kebiasaan kami. Sengaja utk mcuba tempat baru sekurangnya ada pengalaman yg boleh nanti utk dibandingkan. Aku tersesat hampir 20min kerana terlepas lorong, gps hp pun tidak membantu asyik hilang arah.


Apa yg aku dimaklumkan kawasan ini berhampiran dgn ums dan merupakan hypermarket terbesar di kk. Pengalaman pertama dr segi impressi mmg mengkagumkan, anak2 mulai teruja terutama sekali yg bongsu kerana hotel tersebut di atas shopping mall. Bila memasuki bilik, agak kontra dgn suasana diluar. Biliknya agak sempit dan ruang tandas lebih besar drpd ruang tidur. Tahap kebersihan tidak memuaskan, namun kerana terlalu penat aku rehatkan badan sebelum memikirkan tindakan lanjut. Apabila memijakkan kaki di atas carpet terasa tidak selesa. Kelihatan juga kotoran di bhgn dinding dan disudut2 penjuru bilik.

Aku mengambil keputusan untuk berjalan sebentar di shopping mall. Selain itu perut memang terasa perlu diisi , anak2 pun pasti lapar.




Selepas selesai makan malam badan baru terasa ada suntikan tenaga dan kadar kewarasan lojikal akal menjadi lebih baik, kami pun pulang semula ke hotel. Jadi aku singgah di lobi dan meminta utk menukar bilik yg lain. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. Bilik yg baru lebih baik dan bersih. Luas drpd yg mula2 kami masuk. Sememangnya kami lena kesejukan malam itu kerana penyaman udara yg  sejuk menyejukkan , ditambah  kerana keletihan perjalanan yang panjang.

Tuesday, April 3, 2018

seni dan dunia

Aku sangat tertarik dgn channel  Hatch , seni itu terlalu indah pabila di keluarkan secara kreatif melampau. Sesuatu yg mudah untuk difahami, jalan ceritera, kiasan2 dan mistik yg di jadikan subjek.







Tuesday, March 13, 2018

Kerja Kilang part 2



Sekitar pertengahan 90an peluang untuk bekerja di kilang ada di mana2. Walaupun sudah berpindah namun aku masih sesekali berjumpa dan berhubung dengan Sabiran (Arwah). Kami memang sudah lama berkawan semenjak dari sekolah rendah. Aku dimaklumkan oleh Faruk yang Kilang Volvo di Shah Alam ada kekosongan untuk jawatan operator pengeluaran.

Alhamdulillah, aku boleh mula bekerja, pegawai yang menemubual kami begitu ramah dan baik sekali. Aku sudah lupa namanya, yang pastii apabila dia bertemu dengan staff  lain nampak auranya dan dia memang seseorg yang dihormati dan disenangi.

Kami di bawa ke bahagian dalam kilang, dimana pada ketika ini ada 3 department yang utama. Dibhgn paling hadapan 'line production' untuk Truck, diikuti Department Volvo yg terbahagi pd 2 model ; 940 dan 850, dan dihujung sekali department untuk Suzuki Vitara. Kami ditempatkan di department Suzuki.

Aku perasan tadi juga tadi seolah terpandang seseorang yg aku kenal, namun memandangkan ketika itu masih dalam seisi pengenalan jadi aku fikir mungkin diwaktu rehat nanti aku ada peluang.

'Nanti kamu berdua akan dibimbing oleh supervisor'
'Kerja 5hari dan sabtu setengah hari'
'Manakala gaji akan diberi setiap 2 minggu, OT dikira pada setiap hujung bulan'

Gaji permulaan RM350 serta ada elaun kedatangan. Cuma waktu bekerja hanya shift normal sahaja jadi tiada elauan untuk shift.



Waktu Rehat

Sesuatu yang baru aku pelajari sewaktu makan digalakkan untuk menggunakan sudu kerana menjaga kebersihan dan kesihatan memandangkan tangan yg kotor semasa bekerja. Ada subsidi juga untuk makan dikantin, nasi termasuk dalam subsidi syarikat. Sempat juga aku bertemu dengan Faruk, dia lebih segak dengan baju kemeja biru Uniform Volvo. Kami sebagai budak baru hanya berbaju t shirt merah. Dalam masa yg sama juga mata ku meliar menandang2 sekeliling, dan benar tekaan ku memang aku kenali wajah tadi. Salleh rakan sekelas ku dimasa sekolah rendah, namun dia tidakla semesra dahulu. Masa dan jarak tentu banyak mengubah manusia.

Senaman Pagi

Sebelum memulakan kerja kami akan memanaskan badan selama 5minit dan seterusnya ada taklimat ringkas drpd supervisor. Kami bergilir2 akan ke depan dan mengetuai senaman pagi. Ketika ini tiada bangsa asing semuanya pekerja tempatan. Supervisor aku tu org meru Jawa. Dan perkara yg paling aku suka buat setiap pagi ialah mengambil stok Gombal dan sarung tangan.



Aku ditempatkan dibahagian pemasangan cermin dan pintu. Sesekali aku ambil peluang berbual2 dengan rakan sekerja dibhgn engine. Model suzuki hanya dipasang disini, jadi semua komponen telah pun siap dan hanya perlu dipasang secara berperingkat, daripada Engine + Gearbox, Body , wiring dan finishing. Tugas memasang cermin tidaklah sesukar mana, cuma perlu berhati2 semasa meletakkan gam agar tidak berlebihan dan perlu kemas. Kebiasaannya hanya 5 buah kenderaan dipasang sehari, jika ada OT ada tambahan 2 buah kenderaan sahaja.

Helmet LTD

Setiap pagi aku akan menjemput Sabiran di Sg rasa, melalui jalan  Sg Rasa bersebelahan Lebuh Raya persekutuan melewati Kg Rimba Jaya ,Taman Karupiah dan Padang Jawa.

Ketika ini tugu Keris masih ada menjadi mercu tanda sempadan Bandar Klang. Gaji pertama aku beli helmet motor. Malam tu aku mengajak Abg Din ke simpang 5 Klang. Rasa teruja sgt dapat memiliki sebuah helmet idaman remaja ketika itu. Walaupun helmet idaman masih lagi BELL yg asli namun harganya sekitar rm500 terlalu mahal utk dimiliki.

Aku memilih waran meroon, dan ditambah dengan sticker Dziljian yg pada ketika ini memang menjadi trending menampak sticker dbhgn sisi helmet, antaranya seperti Ray Ban , Clark. Ini semua pun gara2 pengaruh Abg Din juga. Namun rezeki aku tidak panjang, suatu hari sewaktu ingin pulang dan habis bekerja aku mendapati helmet ku tiada di motor. Silap ku juga tidak mengikatnya di bawah seat. Ku kira tidak sampai 2 minggu sempat aku bergaya dengan Helmet LTD Meroon.



Sampaila suatu ketika di mana aku menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPT dan aku pun berhenti. (Jun 95)

Sudah terlalu lama berlalu, bahkan aku juga turut terlupa nama rakan2 yang pernah sama2 bekerja di sini. Itulah juga memori akhir aku bersama dengan seorang rakan karib yg sehingga kini masih aku rindu dan sedih apabila terkenangkannya. Allah lebih menyayanginya. Allahuakbar.







Saturday, March 10, 2018

kerja di kilang

part 1

1994
Pertama kali selepas habis SPM semangat untuk bekerja begitu berkobar. Setiap malam sebelum tidur seringkali aku berbual panjang dengan Abg Din pelbagai perkara. Bas yang berhenti disimpang jalan kampung pun kami tahu bas pekerja2 NDK yang lalu di dalam kampung. Bunyi panther Kamal juga kami tahu yg memecah kesunyian malam menuju ke hujung kampung.



Pengalaman kerja pertama aku sebenarnya tidak lah sehebat kilang2 yg pernah aku dengari. Kilang Benson, yg terletak di Seksyen 15 Shah Alam berhampiran dengan kilang UMW Toyota. Kilang yg membuat klip fail sebagai operator pengeluaran. Minah2 kilang yg ada pun agak berumur dan sebenarnya ramai juga pekerja India di sini. Mahudin dan Halim juga sama2 bekerja disini.

"Sehari kena target 2000 klips yg perlu disiapkan"
"Tengok bagaimana nak masukkan 2 dawai tu kedalam klips fail"
"Setiap kali kita punch, ada counter yg akan beritahu berapa kali yg dah kita punch"

Kerja yg ditugaskan tidak sukar dan mencabar, cuma kami tidak boleh kemana2 kecuali waktu rehat sahaja. Memang bosan. Setiap hari sebelum memulakan kerja aku akan mengambil data dan direkodkan. Ada seorang Kakak yg akan datang ke setiap stesen dan mengambil rekod.



Aku mengulang dr kampung sebenarnya, setiap hari aku bangun seawal pukul 5pagi. Nenek akan menyiapkan sarapan untuk aku. Sepupu aku akan menghantar aku ke jalan utama menunggu bas. Ada juga aku ajak sepupu bekerja sama2, namun dia kata ingin membantu org tuanya ke kebun memetik kelapa sawit. Setiap hari aku tidur sepuasnya di dalam bas.

Abah sebenarnya tidak menggalakkan aku duduk dikampung, dia menyarankan mengulang shj dr rumah. Pada ketika ini aku belum ada lesen motorsikal. Aku niat jika diizinkan dengan duit gaji pertama nanti aku ingin modalkan untuk mengambil lesen motorsikal.

Selepas sebulan berulang alik dengan bas dari kampung akhirnya aku pun berhenti. Dan tidak lama juga selepas itu  Din juga berhenti dan beralih ke NDK, Halim lama juga disana dan selepas itu sehingga hari ini aku tidak pernah berjumpa lagi dengan beliau.


Monday, March 5, 2018

Menyalahkan org lain?

Perut malam tadi kurang selesa, aku fikir mungkin kerna telur kicap kelmarin yg aku jamah untuk bersarapan pagi. Aku hanya melihat ikan kari di dalam kuali. Semalam aku goreng 2 potong buat makan tghari, bersama2 aku tambah telur mata masak kicap.

Sepanjang minggu lepas menu berkonsepkan ayam, ayam kari, ayam goreng. Sempat aku singgah ke pasar jumaat lepas membeli ikan. Walaupun asalnya aku mencari ikan kembung disebabkan lebih murah. Sedikit sesal juga aku membeli terlebih dr budget yg aku fikirkan di awalnya. Dan hari ini aku rasa, sesalan itu bertambah, ikan kari semalam tiada sesiapa yg menjamahnya. Pasti sudahnya akan ke dalam tong sampah.

"Mak kena stay 9-10 hari lagi" balas Fizi.
"Susah juga tu xde siapa yg nak bantu tengokkan, mungkin ayah boleh temankan sesekali"


Aku perasan minyak tinggal 3 bar. Hakikatnya dalam wallet ini cuma ada beberapa helai note $1. Waze telah memaklumkan jualan bulanan telah dimasukkan ke dalam bank, masalah yg sama berulangkali setiap bulan apabila perlu meminjam account org lain. Sebenarnya aku pun dah penat. Kadangkala aku termenung panjang, apa yg aku buat disini. Memudahkan secara umumnya namun dari sudut hati kecil aku terasa kekosongan. Mujurla ada hasil jualan bulanan namun hakikatnya segala2nya pun kena curi2 masa dan ruang yg sendiri.

Besar juga harapan aku resume itu dapat diterima. Aku nak bangunn semula dan keluar. Sesuatu perkara memang pasti ada pengorbanan.

Search This Blog