Tuesday, October 28, 2025

sarapan mahal dibbangi

jumlah utk nasi lemak ayam telur mata, nasi lemak paru, teh o ais limau, kopi o kosong dan karipap bersamaan RM40. Kali pertama dan terakhir.

Saturday, October 25, 2025

mencari jawapan

Aku sering bertanya pada diri, inikah sbbnya aku dikhianati. Semakin lama bila aku baca semakin faham kronologi. 

Aku sakit dan rasa terdiam dgn setiap kata dan bicara mereka. Secara terangan kehadiran dan kewujudan diketepikan secara mutlak,  jiwa dan raga aku dirobek  tanpa malu dan ada harga diri. 

Bgmna ye...harus aku melupakan dan mencari dunia baru yg serba indah itu lg. Adakah mendiamkan diri tanda redha ataupun melupakan? Adakah aku perlu bertahan semata2 kerana itu yg terbaik? Aku sakit dan sgt disakiti.  

Dosa benar2 menghukum. Aku sedih kaku ingin menangis. Benak benar rasa diri ni ditipu secara halus. 

Aku tiada jawapan, dan ikhlas aku benar2 diracuni oleh penipuan mereka.  


Saturday, October 18, 2025

benda yg pahit ialah

 iye..kebenaran adalah suatu perkara yg pahit dan menyakitkan, terutama sekali kita dikhianati. Semakin hari semakin byk yg aku tahu dan sedar, ianya benar menyinggung hati dan keikhlasan aku yg selama ini aku pertahankan. 

Mungkin bodoh dan naif kerana aku membiarkan diri aku dibuli dan dilayan sebegitu rupa, terang2 aku ditikam dr belakang dengan perasaan yg dibuat2 oleh insan yg aku pernah doakan di tempat haram.

Aku seringkali bertanya pada diri, apa silap pd diri aku, yg membiarkan bunga yang aku jaga dan semai layu dijambangan org lain. Benar dan sangat pahit utk aku lupakan, apatah lagi semua butir2 apa yg mereka luahkan aku tahu segalanya. Setiap detik dan saat disulami dengan penuh emosi dan dendam berahi.

Sedangkan aku jatuh sejatuhnya, aku fikir ini juga balasan dan ujian utk aku mengenali setiap individu yang ada disekeliling terutama sekali yng menjentik hati dan perasaan aku sgt dalam.

Kesetiaan aku dan pengorbanan aku hanya dianggap perkara remeh dan kecil. Airmata aku pernah jatuh mencurah dengan menarik2 dadaku bagaikan anak kecil, cuba aku tahan namun makin jd teresak2 aku. Dia hanya berdiam kaku.

Apakah sebenarnya isi hati dan yg dicari, aku mencari cinta sebagai teman utk sama2 sampai kehujung usia. ketika ini aku masih terpencil di bilik yg kecil, meniti hari2 sendirian, mengejar kasih sayang diluar dgn anak2 yg kadang jauh. 

Rindu itu ternyata bukan utk aku yg dinanti. Sekadar ucapan dibibir namun janggalnya dgn tindakbalas tubuh yang nmpk keras. 

aku tidak tahu utk esok dan lusa. aku seperti ingin berserah dan menaarik diri dalam perjuangan ini.

Tp i dh xd perasaan

Cuma i kena kenang jasa

Tue je

Cuma dia ada jasa dgn i

Mcm i ckp kt u, i dh tawar hati dgn dia.. Tp i x leh lupa jasa dia dekat i



Thursday, October 16, 2025

kata2 inspirasi

Ye aku kagumi kata2nya yg tersusun indah penuh inspirasi, suaranya rendah mendatar tp cukup untuk menyampaikan sesuatu utk pengisian emosi. Kelmarin aku tiba2 merindukan postingnya dan bila pagi ni aku layari, beliau sudahpun tiada tanpa kata2 aku terlalu merasakan kesedihan itu hadir. Hinggakan aku tiada kata yg mampu utk dikongsikan. 😔😥

Monday, October 13, 2025

tidak tenang kerana

Lewat makan, aku suka tangguhkan kerja.  Akhirnya ke permaisuri printkan kerja soal selidik yuzu. Aku singgah makan kat dwi tasik.
" Dah nak tutup ke bang?"
" Belum lg, kami tutup jam 5, dulu jam 7, tp sejak pkp x ramai bila petang."

Utk lauk diatas hanya rm8. Sgt berpatutan. 
Makan modal jg, tapak tu patah rupanya. 


Tuesday, October 7, 2025

takdir dan masa

Aku menghitung detik waktu utk pulang dan kembali kerana ada harapan dan perancangan yg perlu aku ceritakan pd seseorg, takdirnya aku dikecewakan dlm keadaan aku tiada apa2 dan siapa2. #selamat tinggal dunia #march6tahunkebelakang

Search This Blog