Tuesday, September 6, 2016

hijrah

sesuatu yang sukar sebenarnya untuk aku membuat keputusan, walaupun aku tahu pilihan yang ada hanyalah satu. Kerjaya yg aku bina 15 tahun jatuh bangun bersama2 teman2 yg silih berganti, hakikatnya byk perkara yg aku pelajari. Bila aku renung semacam satu fasa baru dalam kehidupan menjejaki kategori sisa hidup yg dikatakan kematangan seorg manusia. Dimana pada ketika itu jugala nabi dilantik menjadi rasul.

Aku harapkan sesuatu yg dpt aku sumbangkan kpd teman2, sedarah sedaging, saudara muslim yg memerlukan. Cengkaman kuku pemerintah yg mementingkan keuntungan juga meninggalkan kesan, terutama cukai2 tambahan yg tidak pernah terlintas satu hari nanti kita perlu tanggung.

##Interlud##

Cik kena bayar tau.....
Aku terdiam memikirkan kata2 pegawai imigresen itu tadi. Secara langsung pelbagai imiginasi bermain2 di dalam fikiran, 'Esok??'....Esok bagaimana?...aku masih termenung.

'Minta tolong semakkan nama kat website.'
Hati aku berdebar , cemas dan tiada perasaan. Kekusutan ku kian  beselirat apabila status mengesahkan yg aku perlu rujuk ke pejabat imigresen berhampiran.

Penat mendaki tangga sehingga aras 6 masih terasa. Lift rosak katanya.

'Esok nak kena g UTC' aku beritahu.
'Kena selesaikan sbb takut x boleh keluar dari miri'






Search This Blog