Sunday, July 9, 2017

yesterday




Semasa memandu tadi begitu banyak yg ingin aku coretkan dan kata2 yg bermain2 dikepala yg benar2 untuk aku ilhamkan di dalam nota ini. Namun bila ku buka laptop ini, jari ini seakan kaku, kosong. Mata masih menatap skrin, telinga mendengar alunan muzik yg sengaja aku membuatkan mood yg sederhana antara sedih, rindu dan cuba mencari sedikit jawapan.

'But i not the only one'



Satu2nya ruang untuk aku berbicara dan aku tahu tiada sesiapa yg membaca kisah coretan aku ini. Laman sosial bagi aku ruang yg sgt terbuka untuk berkongsi emosi yg terpendam. Kisah aku bukan untuk dikongsi dengan semua, cuma aku perlukan sedikit ruang dan masa untuk menilai semula apa yg telah terjadi.

Jujurnya sehari sebelum kejadian besar berlaku seakan ada satu nekad tekad yg aku tanamkan di dalam ruang dan fikiran. Aku telah melalui satu fasa yg perlukan suatu perubahan. Dan ketika apa yg aku berfikiran itu didesak2 dengan pelbagai kisah dan sorotan. Aku tidak mahu menjadi zombie, momok muka yg tiada perasaan hodoh dann menakutkan pandangan manusia.

Bila aku imbas kronologi, kata2 yg diluahkan tidak dalam keadaan tekanan dan emosi yg melampau, bagaikan air yg mengalir tenang, tidak kuat tidak terlalu perlahan tetapi jelas didengari. Jelas membawa maksud apa yg aku lontarkan dan maksudkan.

Bagaikan sesuatu yg berlaku seiring dengan kejadian juga, rupanya juga aku hilang disitu, kita sedar sesuatu yg menyakitkan dan menakutkan minda akal ini bila nilai sesuatu hubungan hilang sekelip mata. Hebat sungguh kasih sayang berubah menjadi 1ancaman dan perlu dijauhkan serta merta. Hebatnya kesan dan dalamnya renjatan yg menusuk di dada, kita nampak normal diluar namun sebenarnya kita sakit. Pedih dan jiwa jadi lapar kerana tiba2 menjadi kosong, unjuran semangat yg kita sandarkan hilang.

Di masa ini adakah kita memiliki pilihan? pilihan untuk membuka pintu yg kiri dan kanan, dan sebenarnya hakikat dunia tidak ramai yg akan melangkah dan membuka pilihan itu. Dibelakang aku toleh ramai yg membuat kecaman dan kutukan.

Seringkali aku mendengar ungkapan kata2 keji 'Be urself', "Just Do it'...baru aku tau betapa kejinya sebab xde maknanya di sudut realiti, hakikatnya. Bila dah masuk ke dalam laluan itu, yg sbnnya itulah hanya jalan sehala, segala buruk baiknya teruskan sahaja. Akhirnya aku jadi zombie.



Search This Blog