Tuesday, February 18, 2020

hujan ditempat kerja

Bila hujan kerja jd tertangguh, aku sekadar duduk di dalam kabin, pagi td sempat juga aku singgah menghantar dokumen ke jkr. Aku terus menyiapkan diri memakai baju hujan kerana langit mmg gelap. Waktu2 begini pun sempat juga jpj membuat roadblock. 

Jujur kepala aku terasa sgt sakit berdenyut2, terutama asap rokok yg berkepul2 di dalam kabin, hj mmg perokok tegar, dia kata sudah 3 kali membuat operation jantung. Rokok senantiasa ada dijarinya terutama bila mula bekerja. 

Hari ini dikejutkan juga dgn pemergian ashraf sinclar. Kami pernah sama2 di arau. Dia mmg low profile walaupun ketika itu namanya menjadi sebutan kerana iklan levis dan iklan kasut gombaknya.

Aku rasa tidak berapa sihat, terasa tekak seperti ingin batuk. Mataku pula sekarang kerap diserang perasaan mengantuk. Entahla aku seperti bosan dan letih dgn semua. 

Wallahualam

Search This Blog