Monday, December 31, 2018

2018 yang ditinggalkan dengan harapan baru 2019

Hujan masih lagi turun renyai2 diluar. Suasana di Jp seakan ada sesuatu yg berlaku malam ini. Namun warga brunei masih ramai belayar diluar negara. Tempohari di Miri dipenuhi oleh warga Brunei yg mengambil peluang membeli belah. Kadar tukaran juga agak tinggi berbanding bulan2 yg lepas.

Alhamdulillah  segala yg dirancangkan sepanjang cuti sekolah juga berjalan dengan baik dan mudah. Cuma bulan ini aku memang tidak membawa masuk barang langsung secara tidak langsung hasil kutipan untuk penghujung 2018 tidak begitu baik. Harapan aku biarlah dapat menampung sewa bulanan kedai sekurangnya.

Apa yg pasti sesuatu yg positif aku harapkan berlaku di tahun 2019. Rezeki mendatang tanpa diduga, dan pertemuan serampang 4 mata dengan Zahiri, En. Hayat, Hadi dan En.Khalid aku mengharapkan lembaran baru dan sebuah impian yg bakal menjadi kenyataan.

Semoga 2 projek yg bakal aku ambil alih akan berjalan dengan baik dan dapat aku tangai masalah2 yg mendatang dengan baik.

Selamat datang juga buat ahli keluarga baru, semoga ikatan silaturrahim yg bakal dibina dapat memantapkan lagi keluarga yg ada.

selamat tinggal 2018 dengan pelbagai peristiwa suka duka semoga dijadikan pengalaman dan panduan untuk 2019. Amin

Search This Blog