Tuesday, March 30, 2010

kesilapan dan mana silapnya

terlalu mudah untuk melakukan kesilapan
mana silapnya?

terlalu mudah memohon kemaafan
mana silapnya?

terlalu sukar memberi kemaafan
mana silapnya?

terlalu suka mengulangi kesilapan yang sama
mana silapnya?

Monday, March 29, 2010

Friday, March 26, 2010

Restoran Sharifah Bangi

Keluar makan bersama keluarga memang sesuatu yang baik dan dalam masa yang sama dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak juga isteri. Selepas solat maghrib di Pusat Komuniti Cyberjaya terasa ingin makan malam di restoran yang biasa dikunjungi yang terletak di Bandar Baru Bangi. Walaupun banyak lagi restoran lain yang terdapat di sana, namun memandangkan sudah biasa mengunjungi Restoran Sharifah.

Awal tahun 2010, Restoran Sharifah telah membuat ubahsuai dalaman dengan menyediakan ruang makan berhawa dingin dan tertutup juga ruang luar di kaki lima. Baiknya konsep begini kerana dapat menjauhkan diri daripada perokok2 tegar yang kadangkala selalu sangat tidak prihatin dengan orang lain. Mereka sengaja memekakkan telinga membutakan hati dan menggelapkan mata betapa bahayanya asap rokok itu bukan kpd diri sendiri tetapi mereka yang berada di sekelilingnya.

Seperti biasa dalam waktu puncak begini, perut memang agak liar kelaparannya. Terasa apa sahaja yang ada ingin di terkam dan dimakan. Selepas melihat menu, akhirnya membuat keputusan memesan 1 keowtew latna, kailan goreng, fish n chip dan hidangan istimewa daripada Restoran Sharifah iaitu Nasi Goreng Arab.(Pada ketika ini memang terlalu teruja dan tidak sabar untuk menikmati hidangan).

Suasana masih lagi sederhana, tidaklah terlalu ramai orang. Disebelah ada sepasang suami isteri dan anak bujangnya sedang memesan makanan. Manakala di hadapan sekeluarga juga sedang membelek2 buku menu.

Namun keghairahan dan makan malam yang sepatutnya indah perlahan2 menjadi satu titik permulaan dan mungkin keputusan yang bakal merubah pandangan dengan mutu dan layanan di Restoran Sharifah. Mata senantiasa meliar melihat hidangan yang siap di masak keluar dari dapur. Pasangan suami isteri disebelah sedang asyik menikmati nasi goreng yang panas sedangkan aku masih tertanya-tanya apa jadi pada pesanan tadi. Menambah kesangsian sekeluarga yang duduk didepan tadi pun sudah mula menjamah hidangan. Bahkan disebelah kiri meja pengunjung yang tiba lebih lewat juga sudah menerima hidangan yang dipesan.

Aku memanggil pelayan berbangsa indonesia dan dia menyatakan pesananku sedang disiapkan. Aku melihat jam, ada 30 minit masa berlalu. Perut yang tadi berkeroncong berlagu2 lapar seakan2 semakin sebu ditelan angin malam yang dingin.

Setelah puas menunggu dan mata penat memandang2 kiri kanan, akhirnya tiba juga pesanan Nasi Goreng Arab ala Sharifah. Ada semangkuk nasi goreng (kononnya Nasi Arab), daging kambing , sedikit kentang goreng dan sayur timun. Tetapi aku dah hilang selera hendak menjamah makanan. Lalu aku mengambil keputusan untuk membungkus dan membawa balik (jika masih ada selera) dan makan di rumah.

Aku tekad, sudah beberapa kali tertipu dengan kualiti dan perkhidmatan daripada kedai2 makanan namun selalu mendiamkan diri dan membayar sahaja walaupun tidak berbaloi. Semasa membayar dikaunter dengan pantas mereka mengira bil(tidak sepantas mereka menghantar pesanan). Aku memberitahu masalah tadi kepada penjaga kaunter (seorang gadis muslim berbaju labuh dan bertudung) dan apa yang diharapkan bahkan lebih teruk. Dia dengan selamba memberitahu yang restoran tersebut memang lembab dan lambat. Tanpa rasa bersalah dia memberitahu dan tanpa ada perasaan simpati dan kesal dengan apa yang berlaku. (Inilah agaknya cara orang melayu berniaga takut dikomen). Aku benar2 terkejut dengan jawapan yang diberikan. Kita membayar makanan atas dasar itulah rezeki yang Allah SWT berikan untuk kita, tapi agak terkejut sebagai seorang muslim tiada rasa hormat dan tanggungjawab dengan pelanggan dan orang lain.

Bagaikan tamparan dan mencabar kesabaran. Jadi aku membuat keputusan itulah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Restoran Sharifah.

Monday, March 22, 2010

Pertemuan

Selepas sekian lama membuat aturjanji. akhirnya hari ini berjaya juga bertemu serampang dua mata dengan sahabat Mazlan Musa. Cadangan beliau juga amat menarik untuk difikirkan. Setelah lama berfikir, akhirnya aku membuat keputusan. Semoga hijrah itu yang lebih baik dan mematangkan diri pada masa akan datang.

Friday, March 19, 2010

demam

2 hari melalui cuaca yang panas terik sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan. Pada mulanya aku mengalami tanda2 awal selesema. Hidung senantiasa berair dan habis tisu di rumah aku gunakan. Esoknya terasa bibir pula sakit kerana ulser. Akhirnya demam pun memaksa aku mengambil cuti 2 hari. Cuaca memang terlalu panas.

Wednesday, March 17, 2010

Sekalung bunga

Tahniah buat syukor dan fizi menerima kehadiran puteri Nur Alia Nabila.

Monday, March 15, 2010

BENJY di tahan kerana disyaki mengedar dadah


Benjy, Pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran Azean Irdawaty kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Benjy Anak Azean Irdawaty berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Tuesday, March 9, 2010

kehadiran kewujudan

hadirnya sebesar sekecil-kecilnya
....pastinya kewujudan itu kebesaran yang maha Kuasa

Saturday, March 6, 2010

Laknat Buat Anak Pengasas Hamas yang kafir dan jadi ejen Israel

""Talibarut Israel ini bukan sahaja mengkhianati rakyat Palestine dan derhaka pada bapanya, dia juga sudah kafir dan menghina Allah. Semoga Allah memberikan azab kepadanya didunia dan klematiannya dilihat oleh seluruh dunia sebagai pengajaran.""



NEW YORK – Mosab Hassan Yousef (gambar) iaitu anak salah seorang pengasas pergerakan Hamas menegaskan bahawa dia tidak takut mati selepas mengaku menjadi pengintip untuk sebuah agensi perisikan Israel.

“Secara jujurnya, dibunuh bukanlah perkara paling buruk yang boleh terjadi. Jika mereka mahu membunuh saya, biarkan. Mereka akan bertanggungjawab ke atas darah saya,” katanya pada satu temu ramah yang disiarkan kelmarin.

Di dalam buku mengenai kisah hidupnya iaitu Son of Hamas, Mosab yang berusia 32 tahun dan merupakan anak seorang pengasas Hamas, Sheik Hassan Yousef mendakwa dia ialah aset terbaik agensi keselamatan Shin Bet milik Israel dan digelar sebagai Putera Hijau.

Sepanjang temu bual selama 50 minit itu, Mosab yang datang bersama pegawai keselamatan bersenjata mengkritik para pemimpin Hamas termasuklah ketua politiknya, Khaled Meshaal.

Dia mengutuk Hamas, menyatakan bahawa organisasi itu hidup pada zaman pertengahan.

Mosab yang kini menjadi penganut Kristian kemudiannya mengeluarkan komen paling biadap dengan menyifatkan Islam ialah agama yang mengajar manusia untuk membunuh.



Dia mula berkhidmat dengan Shin Bet selepas dia ditangkap dan menyaksikan kekejaman anggota Hamas di penjara

Apabila dibebaskan pada tahun 1997, dia mula berhubung dengan Shin Bet dan berjinak-jinak dengan agama Kristian.

Dia beranggapan boleh melakukan kebaikan dengan menghalang kematian penduduk Israel dan Palestin.

“Saya mendapat peluang untuk menghentikan pembunuhan,” katanya.

Di dalam bukunya, Mosab dengan jelas menyatakan kepentingan dirinya buat Shin Bet.

Dalam bukunya itu dia menyatakan merangka sendiri misi-misinya termasuklah memperdayakan Khaled yang tinggal di Damsyik.

“Saya sangat sukakan kerja-kerja perisikan ini, terutama apabila perisik Israel menunjukkan jalannya.

“Dengan cara ini, satu saluran komunikasi yang baru dijalin dengan Damsyik, walaupun Khaled tidak tahu bahawa percakapannya didengar oleh Shin Bet,” tulisnya.

Pada Isnin lalu, bapanya (gambar) yang dipenjara selama enam tahun di sebuah penjara Israel tidak lagi menganggap Mosab sebagai anaknya.



Bapanya membuat keputusan itu selepas Mosab mendedahkan dia menjadi pengintip untuk agensi perisikan Israel dan keluar daripada agama Islam.

Namun, Mosab tidak berkecil hati.

“Saya tahu isi hatinya. Bapa saya seorang yang penyayang. Dia tidak akan membuang saya. Pada satu masa nanti, kami akan bersatu kembali. Saya sayangkan bapa dan dia sayangkan saya,” katanya yang kini menetap di AS. – AP

Wednesday, March 3, 2010

zebra crossing



Tadi semasa dalam perjalanan dr DBKL melalui Jalan Raja Laut di Lampu Isyarat berhadapan Pertama Kompleks, ada 2 wanita sedang melintas jalan di laluan lintasan pejalan kaki. Namun sedang mereka melintas lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Dan agak mengecewakan ada sebuah kenderaan membunyikan hon, seolah-olah tidak pernah belajar undang-undang jalan raya. Kecewa dengan peristiwa yang berlaku. Yang nyata sikap pemandu Malaysia yang mementingkan diri sendiri. Sesuatu perlu diambil perhatian dan tindakan bagi mendidik sikap pemandu dan pengguna jalan raya yang ada. Walaupun seperti peristiwa itu tadi seolah perkara kecil, tetapi jelas dan nyata menunjukkan sikap tidak prihatin masyarakat Malaysia. Kadang-kadang agak melucukan di mana agaknya letak yang mengatakan masyaraakat malaysia yang kononnya berbilang kaum ini terkenal dengan masyarakat yang bersopan santun. Tidak habis-habis propaganda sahaja. Mungkin kita perlu membawa masyarakat kita ini keluar dari bandar dan membawa ketempat lain dan ajarkan mereka apa maksudnya bersopan santun.

Search This Blog