Keluar makan bersama keluarga memang sesuatu yang baik dan dalam masa yang sama dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak juga isteri. Selepas solat maghrib di Pusat Komuniti Cyberjaya terasa ingin makan malam di restoran yang biasa dikunjungi yang terletak di Bandar Baru Bangi. Walaupun banyak lagi restoran lain yang terdapat di sana, namun memandangkan sudah biasa mengunjungi Restoran Sharifah.
Awal tahun 2010, Restoran Sharifah telah membuat ubahsuai dalaman dengan menyediakan ruang makan berhawa dingin dan tertutup juga ruang luar di kaki lima. Baiknya konsep begini kerana dapat menjauhkan diri daripada perokok2 tegar yang kadangkala selalu sangat tidak prihatin dengan orang lain. Mereka sengaja memekakkan telinga membutakan hati dan menggelapkan mata betapa bahayanya asap rokok itu bukan kpd diri sendiri tetapi mereka yang berada di sekelilingnya.
Seperti biasa dalam waktu puncak begini, perut memang agak liar kelaparannya. Terasa apa sahaja yang ada ingin di terkam dan dimakan. Selepas melihat menu, akhirnya membuat keputusan memesan 1 keowtew latna, kailan goreng, fish n chip dan hidangan istimewa daripada Restoran Sharifah iaitu Nasi Goreng Arab.(Pada ketika ini memang terlalu teruja dan tidak sabar untuk menikmati hidangan).
Suasana masih lagi sederhana, tidaklah terlalu ramai orang. Disebelah ada sepasang suami isteri dan anak bujangnya sedang memesan makanan. Manakala di hadapan sekeluarga juga sedang membelek2 buku menu.
Namun keghairahan dan makan malam yang sepatutnya indah perlahan2 menjadi satu titik permulaan dan mungkin keputusan yang bakal merubah pandangan dengan mutu dan layanan di Restoran Sharifah. Mata senantiasa meliar melihat hidangan yang siap di masak keluar dari dapur. Pasangan suami isteri disebelah sedang asyik menikmati nasi goreng yang panas sedangkan aku masih tertanya-tanya apa jadi pada pesanan tadi. Menambah kesangsian sekeluarga yang duduk didepan tadi pun sudah mula menjamah hidangan. Bahkan disebelah kiri meja pengunjung yang tiba lebih lewat juga sudah menerima hidangan yang dipesan.
Aku memanggil pelayan berbangsa indonesia dan dia menyatakan pesananku sedang disiapkan. Aku melihat jam, ada 30 minit masa berlalu. Perut yang tadi berkeroncong berlagu2 lapar seakan2 semakin sebu ditelan angin malam yang dingin.
Setelah puas menunggu dan mata penat memandang2 kiri kanan, akhirnya tiba juga pesanan Nasi Goreng Arab ala Sharifah. Ada semangkuk nasi goreng (kononnya Nasi Arab), daging kambing , sedikit kentang goreng dan sayur timun. Tetapi aku dah hilang selera hendak menjamah makanan. Lalu aku mengambil keputusan untuk membungkus dan membawa balik (jika masih ada selera) dan makan di rumah.
Aku tekad, sudah beberapa kali tertipu dengan kualiti dan perkhidmatan daripada kedai2 makanan namun selalu mendiamkan diri dan membayar sahaja walaupun tidak berbaloi. Semasa membayar dikaunter dengan pantas mereka mengira bil(tidak sepantas mereka menghantar pesanan). Aku memberitahu masalah tadi kepada penjaga kaunter (seorang gadis muslim berbaju labuh dan bertudung) dan apa yang diharapkan bahkan lebih teruk. Dia dengan selamba memberitahu yang restoran tersebut memang lembab dan lambat. Tanpa rasa bersalah dia memberitahu dan tanpa ada perasaan simpati dan kesal dengan apa yang berlaku. (Inilah agaknya cara orang melayu berniaga takut dikomen). Aku benar2 terkejut dengan jawapan yang diberikan. Kita membayar makanan atas dasar itulah rezeki yang Allah SWT berikan untuk kita, tapi agak terkejut sebagai seorang muslim tiada rasa hormat dan tanggungjawab dengan pelanggan dan orang lain.
Bagaikan tamparan dan mencabar kesabaran. Jadi aku membuat keputusan itulah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Restoran Sharifah.
1 comment:
sepatutnya restoran mcm ni patut kita bagi sedikit pengajaran... kiter order tapi lambat sampai...
bila sampai je order kita blah la... wat tak tau jer...suruhla diorg makan...
Post a Comment