Thursday, December 31, 2015

selamat tinggal 2015









Wednesday, December 2, 2015

yus jambu dalam kenangan




Siapa yang mampu melawan takdir dan janji Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang bernyawa, yang hidup pasti akan mati.

Malam kelmarin, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak popular, Allahyarham Yussry Edoo, 39, atau lebih dikenali dengan nama Pak Yus Jambu yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang (HS) jam 12 tengah malam.
Tiada siapa juga menyangka program final Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam kelmarin adalah pentas akhir Yus membuat persembahan.

Dalam program anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, Yus bersama kumpulan muziknya, Lima Bara tampil sebagai artis jemputan dan menyanyikan tiga lagu.
Pemain dram Lima Bara, Norazhar Buyong atau Pak Cu berkata, ketika membuat persembahan Yus yang juga penyanyi kumpulan itu agak agresif.

“Dia melompat-lompat dan sesekali dia duduk di atas ‘bass drum’ di depan saya. Sebaik persembahan selesai, Yus hilang dan kemudian saya dapati dia sudah berada dalam kereta.
“Ketika itu dia duduk bersandar tanpa berbaju. Dia kelihatan penat, tetapi tetap bersembang dengan kami seperti biasa,” kata Pak Cu yang juga anggota kumpulan XN3 dalam program Maharaja Lawak pada 2011.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang Yus tiba-tiba mengalami sesak nafas dan pengsan. Turut berada dalam kereta berkenaan ialah dua bekas peserta Maharaja Lawak iaitu Jon daripada kumpulan Ekzos dan Mie (kumpulan Shake).
Yus yang dikejarkan ke HS bagaimanapun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.
Difahamkan, Yus menghidap kencing manis dan darah tinggi selain turut mengalami masalah jantung.
Dalam satu temu bual bersama media tidak berapa lama dulu, Yus yang masih bujang pernah mendedahkan dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung dan kolesterol terlalu tinggi.
Selain itu, Yus juga pernah memaklumkan dia sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinannya tahun depan, namun tidak pernah mendedahkan siapa tunangnya.
Bakat seni kelahiran Kangar, Perlis itu mula digilap melalui lakonan dalam teater.
Yus yang juga anak bongsu daripada tiga beradik mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
Pada 2001 dia mencuba nasib dengan menyertai program Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 namun kehadirannya dalam arena seni ketika itu tidak menyerlah.
Bagaimanapun, enam tahun kemudian dia mula dikenali apabila muncul juara musim pertama Raja Lawak pada 2007. Dalam program terbitan Astro itu, Yus menewaskan Zizan Razak, Johan dan Tauke & Angah.
Menerusi pertandingan yang diundi peminat secara SMS itu, Yus menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan sebuah kereta antik TD 2000.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang individu di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai Raja Lawak.
Pada 2011, bakatnya kembali bersinar apabila dia bergandingan dengan Tauke dalam Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan layak ke pentas akhir sebelum diumumkan sebagai pemenang tempat keempat.
Selepas itu bintangnya terus bersinar dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon, pelawak dan pengacara.

Bersama Jambu, nama Yus terus kukuh terutama sebagai pelawak. Dalam musim kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2011, Jambu muncul naib juara selepas tewas di tangan Jozan.
Mereka juga menduduki tempat keempat dalam final musim ketiga MLM pada 2013.
Selain itu, Yus juga menyerlah dalam program Super Spontan sejak musim pertama pada 2012. Walaupun tidak muncul juara, Yus layak ke akhir untuk dua musim berturut-turut pada 2013 dan tahun lalu.

Terbaru, Yus menduduki tempat keempat dalam final Super Spontan All Stars, Oktober lalu.
Sebagai pelawak, Yus terkenal dengan lawak selambanya. Bagi peminat MLM, tentu masih ingat bagaimana dia ‘mengenakan’ juri tetap Datuk Yusof Haslam dengan secara spontan melabelkan penerbit filem terkenal itu sebagai pemandunya.



Antara lawak Yus paling meninggalkan kesan kepada peminat dan penonton ialah kata-katanya seperti Boleh Tuju Lagu? Nak Kicap? Cike Cike Kemaruwei, Yaya Toure Manchester City Rawang, Punchline Ada Di Mana-Mana, Di Kokdiang dan Di Jeniang.

Selain itu, Yus aktif sebagai pelakon dan terbabit dalam beberapa filem antaranya Hantu Bonceng, Abuya, Apa Celop Toqq, Ngorat, Pe3, Sepah The Movie, Gangster Celop, KL Zombi, Laga, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Cicakman 3.

Ini termasuk dalam telefilem dan drama antaranya Sepi Angin Ke Kota London, Taqarrub, Cinta Madinah, Lawaking, Dendam, Dosa dan Doa, Amit, Hanya Tuhan Yang Tahu,Gerabak, LawaKing, Nurul Iman, Anak Mami Mek Ani, Carca-Marba, Tiga Budak Botak, Jejaka J, Karoot Komedia, Raya Nora Jambum, Tukang Jahit Tak Beraya, Ustaz Ku Takut Kau Datang, Simpul Raya dan Member Superstar Nak Balik Beraya.

Di pentas teater dia pernah muncul dalam teater Kalut, Sofea, Hiroshima, Sri Mersing, Satria Menara Putih, Laksamana Cheng Ho, Lawak SuperHero, Lawak Ke Der 3 dan Lawak Utagha.
Program terbaru yang tidak sempat ‘dihabiskannya’ ialah Juara Parodi yang ditayangkan setiap Jumaat di Astro bergandingan dengan Tauke dan Misha Omar.
Jenazah Yus dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam dekat Bintong, Perlis selepas solat Zuhur semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 8:26 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97032#sthash.z8ZlVdrf.dpuf

Tuesday, November 3, 2015

Hukum Karma



Malam tu aku x dpt melelapkan mata. Radio masih berbunyi perlahan. Aku pasangkan kaset wings hukum karma tu entah berapa kali ku pusingkan side a bertukar ke side b. Abah ada dinner malam ni. Aku belek2 cover kaset hukum karma yang aku beli di kompleks orchard square klang. Kedai kaset ditingkat 2, kegedikan dan kepetahan awek promoter tu membuatkan aku gemar kesana. Kebetulan pula dia x kedekut jika aku minta poster percuma.

Dalam x sedar aku terlena dibuai mimpi. Menjelang pagi aku terjaga, mak didapur sedang menyiapkan sarapan pagi.  Aku sebenarnya bercuti hari wilayah jadi hostel tutup dan kami semua pulang ke kampung. Mataku terpandang pada sudut dan ternampak seperti radio. Tanpa berfikir panjang pantas aku mengambil radio tersebut.

Aku cabut plug didinding..dan pada ketika itu juga berlaku satu renjatan....ya allah matila aku....abah cuba membantu dengan menggunakan kayu tp aku segera menghalangnya. Kayu bukan penebat yg baik bahkan akan mengalirkan arus elektrik.

Dalam kekalutan tu, dengan kepantasan mak di dapur, mak segera mematikan generator. Aku terduduk dalam keadaan yg masih terkejut, menggigil seluruh tubuhku.

Abg din memerhatikan aku...."syukur alhamdulillah" aku masih bernafas.






Tuesday, September 29, 2015

Fana



Bulan September merupakan bulan yg penuh diselubungi pelbagai peristiwa. Dalam masa yg sama, Hari raya Aidiladha menjelma. Itupun disulami kisah duka dimana jemaah haji yang menjadi mangsa kren runtuh dan menjelang hari wukuf, jemaah haji terkorban lagi kerana bersesak di Mina. Ramai yang lemas akibat rempuhan.

Dan dipagi aidiladha kehilangan seorang lagi insan yang pernah muncul dalam perjalanan hidupku, bapa Azmi ; telah kembali kerahmatullah. Pagi semasa aku menerima makluman, aku baru pulang dari solat aidiladha. Kebetulan pula hp bimbit  sengaja ku tinggalkan kerana sedang dicas. Hatiku begitu membuak2 untuk menziarahi dan jika ada kesempatan utk sm2 memberi perhormatan terakhir dgn menyempurnakan solat jenazah. Alfatihah untuk arwah abu samah yasin.



Hari selasa itu aku pulang agak lewat. Mata ku masih memandang pc sambil jemari ku menekan code2 drafting. Esok aku kena mengadap 2 meeting pagi dan petang. Walaupun hati ini bagai dicabar dengan kesabaran. Aku kecewa dengan boss yg langsung  tidak peduli. Jam dah 9mlm....aku pun segera bersiap utk pulang.

Aku menghidupkan motor dan seperti biasa belum pun sempat panas engine segera ku pulas minyak, sampai disimpang hadapan HLA, aku terdengar bunyi motor yg menderu laju datang dari arah kananku, segera aku memberhentikan motorku.

Kabommm!!!

Sekelipmata, aku sudah terbaring diatas jalanraya. Fikiranku masih diawangan. Ku lihat motor honda wave biru tersadai ditepi.

"Kau nak pergi mana?...kau nak mampos ke?" memang aku marah. Rupanya remaja india yg melanggar ku. Sekelip mata aku didatangi oleh pengawal HLA, pemandu kereta Proton.
"Bang telefon jer Polis".
"Biar bagi sikit pengajaran"
" Saya nampak abg tadi berhenti kat tepi..motor tu laju dan langgar abang...bila sy nmpk abg terbaring x bangun...sy terus lari nak tengok"

"Alhamdulillah, sy xde apa2...mujur dia langgar tayar sy, sbb sy perasan dia tadi" Aku lihat pemijak kaki hadapan terkulai patah. Mudguard tayar hdpn juga pecah kesan rempuhan tadi. Motor yg melanggarku bengkok fox hdpn, cover hdpn hancur....yg pasti esok aku ada meeting dan spt biasa tiada yg peduli.















Tuesday, September 15, 2015

jerebu dan kehilangan



Sakit terasa tekakku, bukan kabus yg kuredah tapi asap jerebu. Kasihan Aisyah yang terpaksa juga menelan asap jerebu.

alfatihah utk wak din...

Wednesday, August 26, 2015

air mata air di sg lanjan

Airnya begitu jernih. Tenang dalam kadar halaju yang seragam. Jika dilihat dengan mata kasar suci tapi masih ada keraguan boleh ke ku sentuh sekadar untuk membasuh muka yang berpeluh. Jika allah izinkan mmg bakal merobah banyak episod yg lalu yg menjadi rutin harian. Ujiannya?? Aku harap aku mampu.

Jujur bila ku pendam semakin meluak2 bgkan mata air tadi melawan ftrah yg kutahan. Jika sudah sembelit bakal menyesal tidak sudah. Jauh pandangku melihat lebuhraya LDP di Tol akhir sebelum menghala ke sungai buloh. Kubayangkan nanti blok konkrit tiba2 berada ditepi laluan itu tadi.

Tenang sungguh. Bunyi serangga. Adalagi rupanya sisi kotaraya yg menawarkan sunyi begini. Tapi bila hati manusia itu sunyi bakal menggegarkan episod duka berpanjangan.

"yang penting rasanya reserve jalan 66 kaki" balas nasir.
"InsyaAllah aku nak jumpa kau nanti dan bawa pelan untuk kita bincang".

Jika ada manusia yg boleh menterjemahkan bayangan ddlm kpl ke 3D tentu menarik.
Begitu juga hati....adake>?

Tuesday, August 11, 2015

hujan malam

Kereta bergerak sgt perlahan, kiri kanan depan belakang dipenuhi kenderaan. Hujan masih deras, mujur aku baru menggantikan wiper baru. Alhamdulillah jika apa yg dibincangkan dengan IM td dipermudahkan dan diberi keizinan oleh Allah, bakal menjanjikan sesuatu khabar yg baik.

'Prof standby, lepas dapat SI report dan survey drawing kita jumpa....InsyaAllah doakan semoga berjaya".
Awal aku maklumkan agar Prof diberitahu khabar gembira ini juga pada dia.
"hmm..hujan lagi"
Aku tiada pilihan selain menempuh hujan dan dijangka kesesakan luar biasa sepanjang jalan.

Fuhh..4 jam memandu dalam kereta.Perut pun dah masuk angin, entah selera apa yg bisa mengubati keroncong perut ni....

Disuatu sudut aku hanya melihat, bau mee dan daging hirisan ku tadi  mencuri masuk ke hidung.....Ya Allah berikan aku nikmat org yg bersabar.

Aku berlindung dr syaitan....allahuakbar....tiss tisss tissss

Wednesday, July 29, 2015

tiada lagi kidung MU

Ada miss call dr abah?...pelik diwaktu begini. Waktu yg ketika hampir azan mahgrib yg sepatutnya abah dah bersiap nak ke surau.

'wak siran meninggal baru jer tadi kat hospital tanjung karang'
'Innalillah....'

Seterusnya aku terdiam, secara langsung terbayang wajahnya yg tenang, manis dan seorg yg sungguh berhati mulia. Seakan baru kami makan malam bersama2, sbgmana lazimnya setiap tahun hari raya pasti kami akan menziarahi rumahnya dan akan dijamu dan makan beramai2.

Ketika arwah nenek meninggal, aku ingat lagi..pada ketika itu aku beraya kerumahnya dengan bermotosikal dgn adikku. Baru lepas SPM dan dah ada lesen motor berkobar2 nak beraya sendiri dgn bermotosikal. Tahun itu arwah nenek jatuh dan kakinya bengkak. Sampai shj diperkarangan rumah....
'zi wak nak bgtau, nenek dah meninggal'......

innalillah...

tiada lagi kidungmu...aku doakan semoga insan istimewa seperti wak ditempatkan dikalangan org beriman.
amin

Tuesday, July 21, 2015

ducahati

Kulihat habis semua makanan dilemparkan...bag kerja ku berlumuran dengan minyak masak..mujur dokumen penting sempat aku selamatkan, walaupun berminyak aku kutip satu persatu. Semua pakaian ku di atas lantai tandas. Ku tarik nafas panjang, bisikan syaitan senantiasa berangin2 bermain api, sehingga terkesan aku seketika ku ambil semua kordial, minyak dan kutuang ke dalam sinki...mcm org hilang akal dan bodoh...

aku termangu....



'besi buruk tu yg ko beli?'
"org bodoh yg beli x fikir mampu ke x"
"x malu naik keta org bawa keluarga beraya"
"Bapak aku dah lama benci dengan ko"
"aku x ingin keluarga ko datang !!"

ducahati ini...x siapa yg tahu..dengan siapa ingin aku bercakap...aku jadi gila bodoh dipsiko bertahun2...

....berpisah?..adakah itu yg terbaik?

innalillah

Search This Blog