Friday, December 31, 2010

2010 dalam kenangan 2011 menyusul...

pelbagai peristiwa terjadi...seperkara, azam dan perubahan yang dikejar bagaikan berlalu begitu sahaja...semoga kekuatan 2011 itu cukup kuat untuk merubah diri menjadi yang terbaik..pastinya datang dari dalam..hati yg ikhlas..

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia!!We're the Champion



Gol cantik daripada Safee Sali cukup untuk melengkapkan sejarah yg tersendiri untuk Malaysia merangkul kejuaraan pertama Piala AFF Suzuki. Walaupun tewas 1-2 namun kelebihan agregat 4-2 memastikan Malaysia ditabalkan sebagai juara baru, bahkan Safee Sali turut menambah koleksi apabila beliau muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF (Final Pertama)

Tahniah pasukan kebangsaan yang berjaya menewaskan Indonesia pada final peringkat pertama. Kemenangan 3-0 tentunya menjadi bekalan selesa untuk pasukan kebangsaan merangkul buat pertama kali Piala AFF. Namun sikap kekampungan penyokong Malaysia pastinya membuahkan dendam yang tidak menguntungkan pabila bertandang untuk perlawanan kedua di Indonesia. Aku memang tidak setuju dengan tindakan penyokong Malaysia yang memancarkan cahaya laser ke arah pemain Indonesia. Mereka tidak memikirkan betapa fanatiknya penyokong Indonesia disana. Aku cabar penyokong Malaysia yang bertanggungjawab itu turut turun ke Indonesia dan membuat tindakan yang sama di sana. Pastinya ibarat harimau mati meninggalkan belang tapi penyokong bodoh mati tanpa kepala!!

Thursday, December 16, 2010

In Memories WDY248

....pergimu membawa seribu kenangan
terpahat jasa2 yg penuh bermakna...
aku tahu aku pasti rindu...
pastinya ada yg lebih terbaik utk mu

Semi Final AFF Suzuki Cup; Malaysia 2 - Vietnam 0

Wednesday, December 1, 2010

Piala Suzuki

Agaknya apa reaksi wartawan dan laporan akhbar esok berkenaan kekalahan Malaysia 1-5 kepada tuan rumah Indonesia.

Search This Blog