Tuesday, March 13, 2018

Kerja Kilang part 2



Sekitar pertengahan 90an peluang untuk bekerja di kilang ada di mana2. Walaupun sudah berpindah namun aku masih sesekali berjumpa dan berhubung dengan Sabiran (Arwah). Kami memang sudah lama berkawan semenjak dari sekolah rendah. Aku dimaklumkan oleh Faruk yang Kilang Volvo di Shah Alam ada kekosongan untuk jawatan operator pengeluaran.

Alhamdulillah, aku boleh mula bekerja, pegawai yang menemubual kami begitu ramah dan baik sekali. Aku sudah lupa namanya, yang pastii apabila dia bertemu dengan staff  lain nampak auranya dan dia memang seseorg yang dihormati dan disenangi.

Kami di bawa ke bahagian dalam kilang, dimana pada ketika ini ada 3 department yang utama. Dibhgn paling hadapan 'line production' untuk Truck, diikuti Department Volvo yg terbahagi pd 2 model ; 940 dan 850, dan dihujung sekali department untuk Suzuki Vitara. Kami ditempatkan di department Suzuki.

Aku perasan tadi juga tadi seolah terpandang seseorang yg aku kenal, namun memandangkan ketika itu masih dalam seisi pengenalan jadi aku fikir mungkin diwaktu rehat nanti aku ada peluang.

'Nanti kamu berdua akan dibimbing oleh supervisor'
'Kerja 5hari dan sabtu setengah hari'
'Manakala gaji akan diberi setiap 2 minggu, OT dikira pada setiap hujung bulan'

Gaji permulaan RM350 serta ada elaun kedatangan. Cuma waktu bekerja hanya shift normal sahaja jadi tiada elauan untuk shift.



Waktu Rehat

Sesuatu yang baru aku pelajari sewaktu makan digalakkan untuk menggunakan sudu kerana menjaga kebersihan dan kesihatan memandangkan tangan yg kotor semasa bekerja. Ada subsidi juga untuk makan dikantin, nasi termasuk dalam subsidi syarikat. Sempat juga aku bertemu dengan Faruk, dia lebih segak dengan baju kemeja biru Uniform Volvo. Kami sebagai budak baru hanya berbaju t shirt merah. Dalam masa yg sama juga mata ku meliar menandang2 sekeliling, dan benar tekaan ku memang aku kenali wajah tadi. Salleh rakan sekelas ku dimasa sekolah rendah, namun dia tidakla semesra dahulu. Masa dan jarak tentu banyak mengubah manusia.

Senaman Pagi

Sebelum memulakan kerja kami akan memanaskan badan selama 5minit dan seterusnya ada taklimat ringkas drpd supervisor. Kami bergilir2 akan ke depan dan mengetuai senaman pagi. Ketika ini tiada bangsa asing semuanya pekerja tempatan. Supervisor aku tu org meru Jawa. Dan perkara yg paling aku suka buat setiap pagi ialah mengambil stok Gombal dan sarung tangan.



Aku ditempatkan dibahagian pemasangan cermin dan pintu. Sesekali aku ambil peluang berbual2 dengan rakan sekerja dibhgn engine. Model suzuki hanya dipasang disini, jadi semua komponen telah pun siap dan hanya perlu dipasang secara berperingkat, daripada Engine + Gearbox, Body , wiring dan finishing. Tugas memasang cermin tidaklah sesukar mana, cuma perlu berhati2 semasa meletakkan gam agar tidak berlebihan dan perlu kemas. Kebiasaannya hanya 5 buah kenderaan dipasang sehari, jika ada OT ada tambahan 2 buah kenderaan sahaja.

Helmet LTD

Setiap pagi aku akan menjemput Sabiran di Sg rasa, melalui jalan  Sg Rasa bersebelahan Lebuh Raya persekutuan melewati Kg Rimba Jaya ,Taman Karupiah dan Padang Jawa.

Ketika ini tugu Keris masih ada menjadi mercu tanda sempadan Bandar Klang. Gaji pertama aku beli helmet motor. Malam tu aku mengajak Abg Din ke simpang 5 Klang. Rasa teruja sgt dapat memiliki sebuah helmet idaman remaja ketika itu. Walaupun helmet idaman masih lagi BELL yg asli namun harganya sekitar rm500 terlalu mahal utk dimiliki.

Aku memilih waran meroon, dan ditambah dengan sticker Dziljian yg pada ketika ini memang menjadi trending menampak sticker dbhgn sisi helmet, antaranya seperti Ray Ban , Clark. Ini semua pun gara2 pengaruh Abg Din juga. Namun rezeki aku tidak panjang, suatu hari sewaktu ingin pulang dan habis bekerja aku mendapati helmet ku tiada di motor. Silap ku juga tidak mengikatnya di bawah seat. Ku kira tidak sampai 2 minggu sempat aku bergaya dengan Helmet LTD Meroon.



Sampaila suatu ketika di mana aku menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPT dan aku pun berhenti. (Jun 95)

Sudah terlalu lama berlalu, bahkan aku juga turut terlupa nama rakan2 yang pernah sama2 bekerja di sini. Itulah juga memori akhir aku bersama dengan seorang rakan karib yg sehingga kini masih aku rindu dan sedih apabila terkenangkannya. Allah lebih menyayanginya. Allahuakbar.







Saturday, March 10, 2018

kerja di kilang

part 1

1994
Pertama kali selepas habis SPM semangat untuk bekerja begitu berkobar. Setiap malam sebelum tidur seringkali aku berbual panjang dengan Abg Din pelbagai perkara. Bas yang berhenti disimpang jalan kampung pun kami tahu bas pekerja2 NDK yang lalu di dalam kampung. Bunyi panther Kamal juga kami tahu yg memecah kesunyian malam menuju ke hujung kampung.



Pengalaman kerja pertama aku sebenarnya tidak lah sehebat kilang2 yg pernah aku dengari. Kilang Benson, yg terletak di Seksyen 15 Shah Alam berhampiran dengan kilang UMW Toyota. Kilang yg membuat klip fail sebagai operator pengeluaran. Minah2 kilang yg ada pun agak berumur dan sebenarnya ramai juga pekerja India di sini. Mahudin dan Halim juga sama2 bekerja disini.

"Sehari kena target 2000 klips yg perlu disiapkan"
"Tengok bagaimana nak masukkan 2 dawai tu kedalam klips fail"
"Setiap kali kita punch, ada counter yg akan beritahu berapa kali yg dah kita punch"

Kerja yg ditugaskan tidak sukar dan mencabar, cuma kami tidak boleh kemana2 kecuali waktu rehat sahaja. Memang bosan. Setiap hari sebelum memulakan kerja aku akan mengambil data dan direkodkan. Ada seorang Kakak yg akan datang ke setiap stesen dan mengambil rekod.



Aku mengulang dr kampung sebenarnya, setiap hari aku bangun seawal pukul 5pagi. Nenek akan menyiapkan sarapan untuk aku. Sepupu aku akan menghantar aku ke jalan utama menunggu bas. Ada juga aku ajak sepupu bekerja sama2, namun dia kata ingin membantu org tuanya ke kebun memetik kelapa sawit. Setiap hari aku tidur sepuasnya di dalam bas.

Abah sebenarnya tidak menggalakkan aku duduk dikampung, dia menyarankan mengulang shj dr rumah. Pada ketika ini aku belum ada lesen motorsikal. Aku niat jika diizinkan dengan duit gaji pertama nanti aku ingin modalkan untuk mengambil lesen motorsikal.

Selepas sebulan berulang alik dengan bas dari kampung akhirnya aku pun berhenti. Dan tidak lama juga selepas itu  Din juga berhenti dan beralih ke NDK, Halim lama juga disana dan selepas itu sehingga hari ini aku tidak pernah berjumpa lagi dengan beliau.


Monday, March 5, 2018

Menyalahkan org lain?

Perut malam tadi kurang selesa, aku fikir mungkin kerna telur kicap kelmarin yg aku jamah untuk bersarapan pagi. Aku hanya melihat ikan kari di dalam kuali. Semalam aku goreng 2 potong buat makan tghari, bersama2 aku tambah telur mata masak kicap.

Sepanjang minggu lepas menu berkonsepkan ayam, ayam kari, ayam goreng. Sempat aku singgah ke pasar jumaat lepas membeli ikan. Walaupun asalnya aku mencari ikan kembung disebabkan lebih murah. Sedikit sesal juga aku membeli terlebih dr budget yg aku fikirkan di awalnya. Dan hari ini aku rasa, sesalan itu bertambah, ikan kari semalam tiada sesiapa yg menjamahnya. Pasti sudahnya akan ke dalam tong sampah.

"Mak kena stay 9-10 hari lagi" balas Fizi.
"Susah juga tu xde siapa yg nak bantu tengokkan, mungkin ayah boleh temankan sesekali"


Aku perasan minyak tinggal 3 bar. Hakikatnya dalam wallet ini cuma ada beberapa helai note $1. Waze telah memaklumkan jualan bulanan telah dimasukkan ke dalam bank, masalah yg sama berulangkali setiap bulan apabila perlu meminjam account org lain. Sebenarnya aku pun dah penat. Kadangkala aku termenung panjang, apa yg aku buat disini. Memudahkan secara umumnya namun dari sudut hati kecil aku terasa kekosongan. Mujurla ada hasil jualan bulanan namun hakikatnya segala2nya pun kena curi2 masa dan ruang yg sendiri.

Besar juga harapan aku resume itu dapat diterima. Aku nak bangunn semula dan keluar. Sesuatu perkara memang pasti ada pengorbanan.

Search This Blog