Tuesday, September 29, 2015

Fana



Bulan September merupakan bulan yg penuh diselubungi pelbagai peristiwa. Dalam masa yg sama, Hari raya Aidiladha menjelma. Itupun disulami kisah duka dimana jemaah haji yang menjadi mangsa kren runtuh dan menjelang hari wukuf, jemaah haji terkorban lagi kerana bersesak di Mina. Ramai yang lemas akibat rempuhan.

Dan dipagi aidiladha kehilangan seorang lagi insan yang pernah muncul dalam perjalanan hidupku, bapa Azmi ; telah kembali kerahmatullah. Pagi semasa aku menerima makluman, aku baru pulang dari solat aidiladha. Kebetulan pula hp bimbit  sengaja ku tinggalkan kerana sedang dicas. Hatiku begitu membuak2 untuk menziarahi dan jika ada kesempatan utk sm2 memberi perhormatan terakhir dgn menyempurnakan solat jenazah. Alfatihah untuk arwah abu samah yasin.



Hari selasa itu aku pulang agak lewat. Mata ku masih memandang pc sambil jemari ku menekan code2 drafting. Esok aku kena mengadap 2 meeting pagi dan petang. Walaupun hati ini bagai dicabar dengan kesabaran. Aku kecewa dengan boss yg langsung  tidak peduli. Jam dah 9mlm....aku pun segera bersiap utk pulang.

Aku menghidupkan motor dan seperti biasa belum pun sempat panas engine segera ku pulas minyak, sampai disimpang hadapan HLA, aku terdengar bunyi motor yg menderu laju datang dari arah kananku, segera aku memberhentikan motorku.

Kabommm!!!

Sekelipmata, aku sudah terbaring diatas jalanraya. Fikiranku masih diawangan. Ku lihat motor honda wave biru tersadai ditepi.

"Kau nak pergi mana?...kau nak mampos ke?" memang aku marah. Rupanya remaja india yg melanggar ku. Sekelip mata aku didatangi oleh pengawal HLA, pemandu kereta Proton.
"Bang telefon jer Polis".
"Biar bagi sikit pengajaran"
" Saya nampak abg tadi berhenti kat tepi..motor tu laju dan langgar abang...bila sy nmpk abg terbaring x bangun...sy terus lari nak tengok"

"Alhamdulillah, sy xde apa2...mujur dia langgar tayar sy, sbb sy perasan dia tadi" Aku lihat pemijak kaki hadapan terkulai patah. Mudguard tayar hdpn juga pecah kesan rempuhan tadi. Motor yg melanggarku bengkok fox hdpn, cover hdpn hancur....yg pasti esok aku ada meeting dan spt biasa tiada yg peduli.















Tuesday, September 15, 2015

jerebu dan kehilangan



Sakit terasa tekakku, bukan kabus yg kuredah tapi asap jerebu. Kasihan Aisyah yang terpaksa juga menelan asap jerebu.

alfatihah utk wak din...

Search This Blog